Part 13
Christian memandu dan Danny disebelahnya. Mereka menggunakan kereta sport warta hitam milik Danny. Mereka tidak sendirian. Mereka diiringi beberapa lagi kenderaan lain. Mereka telah berpecah.
Ketua gangster yang lain sudah pun mengepung kubu Suzane. Suzane dan beberapa lagi ahli gengster lainnya masih tidak menyedari kehadiran mereka di luar.
“Sial! Aku mau tu perempuan hidup-hidup! Kenapa kamu semua ni tidak boleh diharap?! Aargggg!!” Suzane menghayun pedang miliknya. Dia menyerang secara rawak pengikut-pengikutnya.
Pengikutnya bergelimpangan kerana terkena serangan Suzane. King dan beberapa ketua gangster yang lain hanya memerhatikan sahaja Suzane melepaskan serangan memuaskan nafsunya.
“Aku mahu RED BUTTERFLY hidup-hidup!!!!!” Jeritnya.
PANG!!!! tiba-tiba pintu utama terbuka luas kerana di tendang. Christian berjalan masuk sambil mengheret Samurainya. Dia yang lengkap memakai baju hitam dipadankan dengan black skinny jean dan long black leather jacket. Wajah Suzane di renung tajam.
Suzane melangkah kebelakang. Dia tidak menyangka akan kehadiran Christian. Jantungnya bergedup kencang tetapi dia cuba mengawalnya untuk menutup rasa takut.
King dan beberapa ketua gansgter lainnya maju mendekati Suzane. Mereka bersedia untuk menyerang Christian.
Danny dan yang lain mula masuk memenuhi ruangan tersebut. Suzane tersenyum cuba menapuk kegusarannya. King dan yang lain terkejut melihat Danny dan ketua-ketua gangster yang lain.
“Where is my wife?!” Christian mengaum.
“She already death!” nda mau kalah. Suzane mengaum balik.
Christian tidak dapat menahan lagi. Dia maju dan terus berlari menyerang Suzane. Suzane mengangkat pedangnya dan cuba menahan serangan Christian. Suzane lebih pantas dia menghayun pedangnya dan berjaya mengoyakkan kulit lengan Christian.
“Wow! Christian..realy? Thats it?” Bilang Suzane dengan nada menyindir.
Sebenarnya Christian sedikit lemah apabila mendengar kata-kata Suzane tentang isterinya telah mati. Dia terganggu dengan kata-kata Suzane sehingga hilang fokus.
Christian tersenyum dengan matanya tajam melihat Suzane. Dia harus akui Suzane bukan wanita biasa yang mudah dikalahkan. Suzane adalah pembunuh wanita yang hebat dan sangat berbahaya. Christian cuba bertenang.
Dia harus menstabilkan emosinya agar dia tidak tersilap lagi kali ini. Dia cuba meyakinkan dirinya Berly masih hidup lagi. Masih ada harapan untuk dia bertemu dengan Berly.
“Aku tanya sekali lagi! Mana isteri aku!!” Suara Christian mengaum dengan lebihh kuat.
Suzane tersenyum. Kali ini dia benar-benar yakin mampu membunuh Christian. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang sedang dilalui Christian. Dia tahu Christian sudah mulai terganggu.
Baginya Christian bukan mudah untuk dikalahkan. Tapi hari ini dia dapat melihat bagaiman fokus dan emosi Christian terganggu kerana Red Butterfly. Dia nekad untuk menggunakan peluang yang ada.
“Madam! Kami tidak dapat mencari Red Butterfly!” Tiba-tiba seorang pengikut Suzane meluruh masuk tanpa menyedari kehadiran Christian dan yang lain.
Suzane berpaling melihat pengikutnya itu. Rancangannya hampir berjaya tetapi dirosakkan!
“Bodoh!” Suzane meluruh dan terus memancung kepala pengikutnya tadi. Mereka yang ada di sana terkejut dengan tindakan Suzane.
Christian melihat Danny. Mereka tersenyum. Christian sedikit lega! Walaupun dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh pengikut Suzane tadi tapi hatinya dapat mengagak! Itu pasti isterinya! Red Butterfly isterinya! Ini bermakna isterinya sudah melarikan diri!
