P.O.V APRIL & DANNY

35 4 0
                                    

A LOVE FOR BROKEN HEART LADY (APRIL <3 TOP)

Hola...yeah! My turn! April <3

Macam yang kamu tahu seperti yang Becka cerita saya ni sama macam dorang Becka dan Berly. Sama-sama anak tunggal. Dari kecil lagi mami sama dady memang kasih manja saya. Well im the only one. No brothers and no sisters. Just me :)

Dalam banyak-banyak cousin saya yang paling close sama saya Becka dan Berly. Mungkin sebab kami sama-sama anak tunggal kami 1 kepala.

Dari kecil lagi parents saya bagi pendidikan yang cukup-cukup sama saya. Dadi saya pengarah di sebuah Universiti. Mami saya pula ada sebuah syarikat kosmetik terkenal. Kamu dapat imagine kah macam mana life saya?

Yes! Im a princess. Apa saja yang saya mahu dari kecil sentiasa ada. Parents memang manjakan saya dengan kemewahan. Sama juga macam Becka dan Berly. Bezanya saya dikawal ketat oleh parents saya. Tidak macam Becka yang diajar berdikari. Tapi saya sama Berly ada 1 persamaan.

Patuh sama parents kami. Walaupun kadang-kadang parents kami buat keputusan ikut kepala durang saja. Tidak lagi tanya kami. But si Berly ada bagus sikit,mendiang papa dia akan tanya dulu pendapat dia. Kalau mendiang papa dia boleh terima alasan dia,dia selamatlah.

Tapi kalau mendiang papa dia tidak boleh terima tu alasan si Berly. Siaplah..paksa si Berly 'YES SIR' saja. Saya pula,parents memang tidak perna tanya saya pendapat saya dalam hal yang memerlukan keputusan saya.

Dari jenis sekolah,pakaian,kawan dan apa-apa saja semuanya parents saya yang tentukan. Mungkin sebab tu lah saya tidak ada kawan. Semua kawan saya parents saya reject. Nasib la Becka sama Berly ada. Durang dua saja kawan saya.

Masa saya form 6 dulu,saya ada suka sama ni saturang lelaki. Dia sekelas sama saya. Hensom! Muka matang sama macam perangai dia. Dia ketua pengawas sekolah elit tempat saya,Becka dan Berly sekolah dulu. Nama dia Zakry.

Muka dia iras-iras Song Joong Ki tu. Baik,prihatin dan paling best dia care pasal saya. Dia anak seorang askar. Bapa dia general besar. Tidak hairanlah dia ada macam askar-askar sikit. Serius,bertanggungjawab,cekap dan paling penting badan dia tuff!

Satu hari tu masa di labrary..

“April..” Saya angkat kepala. Masa ni saya sedang sibuk buat cerpen untuk majalah tahunan sekolah kami.

Terkejut saya tengok si Zakry depan mata saya. Dub dab dub dab tu jantung saya tengok muka dia. Dia membongkok sambil 1 tangan dalam poket seluar dan 1 tangan lagi atas meja. Mata kami saling berpandangan.

“Ye..yes?” Me.

“I need your help.” Zakry.

“Help?” Me. Masih gugup. Zakry angguk.

“Apa?” Me.

“May I?” dia minta izin duduk depan saya.

“Sure..” bhoa! Macam mau kambang jadi cendawan sudah kepala saya.

Zakry tarik kerusi dan duduk di depan saya.

“Saya sedang cari seorang model untuk ikon kelab bola tampar. So,masa meeting dengan ahli kelab tadi ada yang vote nama kau memandangkan kau ni ahli sejak form 1 lagi kan. Macam mana? Kau berminat?” Zakry.

“Arh? Me?” Aik! Biar betul ni? Saya? Model? Ikon? Macam saya mau gulik-gulik ketawa saja. Kenapa pula saya?

“Yup! You..” Zakry senyum.

“Tapi kau pun tahukan,saya cuma ahli dalam kertas saja. Saya tidak perna pun aktif main. Kalau mau cari ikon ni mestilah yang aktif main.”

“Setakat ni memang ada lagi 2 calon lain. Angeline dan Deborah. Termasuk kau ada 3 la. Jadi macam mana?”

RED BUTTERFLY SEASON 2Where stories live. Discover now