HOW TO WIN YOUR HEART... (BECKA <3 DANNY)
Becka..ya,its me Becka. Saya ni sama macam Berly dan April. Anak tunggal mami dan dadi saya. tiada adik-beradik.
tapi saya tidak manja macam Berly dan saya tidak secomel April. sejak saya berumur 7 tahun lagi dadi sudah hantar saya masuk tae kwan do dan latihan pedang.
Dadi mahu saya jadi seorang gadis yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan tidak lemah.
jadi dari kecil lagi saya selalu berdikari. mungkin sebab itulah bila usia saya sudah mencecah 22 tahun saya sudah tidak tinggal dengan mami dan dadi lagi.
saya jadi seorang yang betul-betul berdiri atas kaki sendiri. Walaupun rumah tu dadi yang beli kasih saya,tapi saya tetap puas hati sebab tidak tinggal dengan keluarga.
masa orang tua Berly masih hidup,Berly sama April selalu datang stay rumah saya.
sekarang sudah Berly kawin,April saja selalu datang lepak rumah saya.
Boyfriend? Love? what is love? Saya tidak perna jatuh cinta...apalagi mau ada boyfriend? nda la kali...
******
Pagi-pagi lagi saya dapat call dari si April. Nangis-nangis dia call saya. Segar terus bah mata saya lepas saya dengar tu suara dia yang teresak-esak.
"Kenapa ni darling?" Me.
"James..james..dia.." April.
"kenapa?kenapa dia?apa dia buat?" Me.
"kita jumpa baru saya cerita..saya on the way pigi rumah kau sudah ni..!" April.
saya gusuk-gusuk mata saya. saya sempat lagi tengok jam. jam4 pagi???? biar betul!!
memandangkan April sudah sedih sampai tahap nangis-nangis begini bagus saya suruh saja dia pergi rumah saya. nanti lain-lain pula dia buat di luar sana.
"Bah! datanglah cepat. jangan kau drive laju-laju ok! sabar.. saya tunggu kau di rumah.." Me.
"Ok.." April.
end call.
saya terus turun dari katil dan keluar dari bilik. nasiblah saya tinggal sendiri. kalau saya tinggal sama keluarga saya,mesti mama saya hairan kenapa si April datang rumah jam 4 subuh!
saya duduk diruang tamu tunggu si April datang. balik-balik saya subuk diluar. mau 20 minit sudah saya tunggu masih belum ada lagi.
mula sudah saya risau. dia dalam keadaan yang tidak stabil. kalau dia terlampau ikut hati sampai jadi bukan-bukan macam mana? Oh April! mana kau ni!!!
tiba-tiba saya dengar bunyi kereta. saya subuk. Ada sudah si April dengan Red Camry dia. saya cepat-cepat buka pintu.
April keluar dari kereta terus dia berjalan perlahan menuju kearah saya.
apa yang saya boleh buat masa ni?saya peluk April. April nangis di bahu saya. saya bawa April masuk dalam rumah.
"Na..minum dulu.." Saya kasih April tu hot milo.
April ambil terus tu cawan hot milo. dia tiup-tiup sebelum dia minum.
saya duduk di sebelah dia. saya urut-urut belakang dia supaya dia rasa tenang lagi.
April letak tu cawan hot milo di meja. dia tunduk. lepas tu nangis lagi dia. tambah saya risau.
"Kenapa April?apa jadi?" Me.
"Semalam saya keluar dengan kawan U saya. kami pergi chill di pub. sebelum tu saya ada call si James. James cakap dia tidak mau join kami. sebab dia on call. jadi saya sajalah yang keluar dengan kawan-kawan saya.." April teresak-esak.
