OS_1

6.4K 96 5
                                    

Dengan langkah yang sedikit cepat dan tegas, Qyrash menghampiri sekumpulan pelajar yang masih sibuk bersembang di hadapan kelas mereka.

"Ke dataran sekarang, perhimpunan" arahan yang singkat dan padat Qyrash ucapkan tanpa senyuman di wajahnya, perlahan sekumpulan pelajar tersebut mula bergerak untuk ke dataran seperti yang diarahkan oleh Qyrash.

Jam tangan yang menunjukkan jam 6:50 pagi di pandang sekilas oleh Qyrash, dia segera menghabiskan tugasnya untuk meronda blok akademik sebelum kembali ke dataran untuk tugasan seterusnya. Satu per satu kelas di periksa bagi memastikan kesemua pelajar telah pun ke dataran bagi acara perhimpunan rasmi yang dibuat pada setiap hari isnin. Nuraqyrash ataupun lebih dikenali sebagai Qyrash merupakan penolong ketua pengawas yang dipercayai oleh semua guru-guru dan tentunya seorang yang amat di benci di kalangan pelajar. Selain daripada ketegasannya dalam menjalankan tugas, Qyrash juga merupakan seorang yang cerdik dalam bidang akademik yang menjadikan dia salah seorang pelajar harapan SPM sekolah tersebut.

"Qyrash, dah habis meronda?" tanya Ina sebaik sahaja Qyrash tiba di dataran, dengan anggukan kepala Qyrash mengiyakan pertanyaan Ina.

Melihat kelakuan Qyrash yang dingin Ina segera kembali menjalankan tugasnya untuk mengatur barisan pelajar agar lebih tersusun dan kemas sebelum perhimpunan bermula, Qyrash hanya memerhatikan gelagat pelajar sebelum bergerak ke hadapan astaka yang menempatkan. para emcee dan guru-guru serta ahli jawatan tertinggi.

"Qyrash, nah data student Syamilah bagi aku tadi" Bella selaku emcee yang bertugas pada hari itu menghulurkan fail yang berisi data pelajar kepada Qyrash.

Qyrash segera mengambil fail berwarna hitam yang berkulit keras itu dari tangan Bella sambil menganggukkan tanda terima kasih kepada Bella, segera Qyrash melangkah kah kakinya ke bilik disiplin yang berada di tingkat 2 blok akademik tingkatan 4 dan 5.

~~~~~~

QYRASH POV
Helai demi helaian data pelajar yang tertulis di kertas ukuran A4 aku selak, walaupun sepatutnya tugasan ku hanya memeriksa laporan disiplin pelajar yang beberapa kali diambil tindakan yang sudah pun tersusun di awal helaian kertas namun tangan ku masih giat mencari data seseorang. Dengan dahi berkerut aku bertanya pada diriku sendiri, tidak mungkin data nya tercicir setiap minggu. Setiap kali aku memeriksa data pelajar tentunya hanya datanya aku tidak dapat jumpa dan akan terus aku minta SU pengawas iaitu Shahirah untuk mengupdate data pelajar tersebut, setiap minggu aku harus memberitahu junior ku itu takkan tercicir lagi.

"Did you looking for Asya's profile?" aku terkejurt dan segera memandang ke arah suara yang bertanya padaku. Dengan senyuman yang manis terukir di pipinya, Hanim berjalan ke arah ku dan menyimpan sehelai kertas di atas meja.

"Setiap minggu data Asya hilang, kau ke yang ambil?" aku bertanya yang tentunya dalam nada dingin, berusaha untuk mengawal sikap ku agar tidak terlihat janggal di mata Hanim sambil mengambil kertas yang dia letakkan atas meja tadi.

Hanim mengambil tempat untuk duduk di kerusi salah satu yang berhadapan dengan ku, kerusi yang selalunya diduduki oleh pelajar dan pengawas yang ingin berurusan dengan ahli tertinggi pengawas. Aku mencuba menghindari tatapan Hanim yang terlihat cuba membuat ku salah tingkah atas sikap ku yang mencari-cari data Asya, aku membaca satu persatu data Asya yang tertera pada kertas tersebut lalu menyimpan kembali kertas tersebut dalam fail data pelajar.

"Sampai bila kau nak simpan emm Qyrash?" aku memandang pelik pada Hanim yang terlihat risau pada ku, walaupun aku tahu apa yang dimaksudkannya.

"Jangan ingat aku tak tahu ehh, semua pasal kau aku tahu walaupun kau tak bagitau aku apa-apa" aku hanya menyambung kerja ku untuk menaip nama pelajar yang diberikan surat amaran akibat kesalahan mereka di komputer yang sememangnya tersedia di bilik ini, langsung tidak menghiraukan pernyataan Hanim walaupun sebenarnya aku berdebar dengan apa yang hendak dia katakan seterusnya.

overseer slaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang