OS_14

329 26 10
                                        

"Jiela, Asya dah bangun ke?" soalan dari Aisyah yang baru sahaja tiba ke dorm sahabat nya itu memecahkan keheningan yang berlangsung sejak tadi akibat dari kesibukan ahli dorm masing-masing.

"belum, penat sangat training tu." balas Jiela tanpa menoleh kepada Aisyah, dirinya masih tenggelam dalam pembacaannya terhadap e-novel di aplikasi wattpad.

Menengar respon Jiela, Aisyah segera masuk dan mendekati katil Asya. Dimana tuannya masih lena di ulit mimpi, tanpa perlu menunggu Aisyah menggerakkan badan Asya untuk membangunkan sahabatnya itu.

"Asya, wakeup dah pagi lah" Aisyah masih berusaha mengejutkan Asya yang sememangnya sukar untuk dikejutkan, walaupun sudah tidur dari petang semalam sehingga saat ini.

"emm" Asya masih tidak mahu untuk diganggu tidur, badannya terasa lebih penat dari biasa. Macam mana tidak mereka training bermula jam 7 pagi sehingga jam 2 petang semalam, sejak bermulanya wisel yang ditiup oleh coach mereka asya sudah membanting tenaga di gelangangg tersebut. Lari, melompat, menepis, menyerang semua sudah asya lakukan, tidak hairan bukan kenapa dirinya masih tenggelam dalam keletihan yang menggigit setiap sendi ototnya.

"Wey, asya kau ni tidur ke koma??" Jiela menegur asya yang sukar dikejutkan walaupun sudah berkali-kali Aisyah kejutkan. Walaupun terpaksa Asya tetap berusaha untuk membuka matanya, akibat dari teguran Jiela padanya.

"ehh?? Jiela cakap sekali je kau dah buka mata" Aisyah mengambil tempat duduk di birai katil milik Asya, matanya masih lagi memerhati gelagat Asya yang masih berusaha untuk bangun sepenuhnya.

"aku penat giler" ringkas sahaja jawapan Asya sebelum kembali merenung, bak kata nya mengambil mood untuk melakukan sesuatu memerlukan beberapa minit.

seminit.....
dua minit....
tiga....

"ALAMAKKKKK!!!! wey kak Qyrash suruh aku jumpa dia lepas mandi semalam" Asya bangun mengejut yang juga mengejutkan kedua sahabatnya, mereka bukannya tidk tahu angin Kak Qyrash sejak semalam memang tidak baik.

"kau gila ke?? sekarang dah pagi asya ni pun dah nak dekat tengahhari" Jiela segera mengambil tempat mendekati kedua sahabatnya, atau lebih tepat salah seorang bakal menjadi arwah sahabatnya.

"aku tak sengaja wey sumpah, aku terlena gila" asya tanpa apa-apa segera bangun menuju loker nya untuk menggapai hoodie, kedua sahabatnya hanya mampu melihat kepanikkan milik Asya yang sememangnya ada walaupun dia pemberontak.

"better kau gosok gigi cuci muka dulu" Aisyah menasihati si sahabat nakalnya, segera Asya berlalu membawa barangan mandiannya dengan hanya memakai hoodie dan short pants.

******

Persekitaran ruang tamu rumah warden diperhatikan dengan senyap oleh Hanim dan Maya. Kedatangan keduanya secara bersamaan bukan lah sesuatu yang dilakukan secara rela melainkan atas arahan warden. Hanim hanya mampu mengikut perintah warden bersama Maya dan disinilah mereka berdua, diam membatu hanya menunggu kedatangan warden. Walaupun sepatutnya Hanim dan Maya saling menyalahkan ketika ini atas sebab sebenar mereka di panggil namun mereka berdua saling memahami untuk kali ini bukan salah satu mereka puncanya.

"maaf saya lambat tadi" Miss Amanda tanpa menunggu respon dari Hanim dan Maya terus duduk di hadapan Hanim dan Maya, wajah keduanya di pandang serius.

Boleh dijangkakan tiada langsung senyuman mahupun terniat di bibir ketiga-tiga pihak ini. Keheningan yang mencengkam kembali menguasai ruang perbualan antara merka, masing-masing cuba untuk menyiapkan diri dalam diam. Miss Amanda cuba untuk mengatur susunan ayat yang perlu dia lontarkan kepada Hanim dan Maya, manakala mereka berdua menyiapkan diri untuk bersedia apa sahaja yang disampaikan oleh Miss Amanda. Nafas diambil dengan panjang sebelum memulakan apa yang sepatutnya Miss Amanda lakukan sejak hal ini terjadi namun dia mengambil ringan perkara tersebut dan kini inilah yang terjadi.

"saya rasa kamu berdua dah boleh agak apa yang saya nak sampaikan" Hanim mengangguk membenarkan apa yang diucapkan untuk
pembukaan hal ini.

overseer slaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang