"ASYA NABILAH!!!!" bergema satu asrama mendengar suara tegas Qyrash memanggil Asya, para senior serta junior langsung tidak berani mengangkat muka memandang Qyrash yang berdiri di tengah gelanggang sambil matanya tajam memandang pintu bilik Asya yang bertutup.
Perlahan pintu bilik tersebut terbuka menampilkan seorang Asya dengan wajah yang jelas menunjukkan dia baru sahaja bangun tidur yang sedang keluar bersahaja walaupun perasaannya sedang takut dan gemuruh berjalan menuju tangga belakang untuk menghadiri roll call asrama seperti biasa. Mata Qyrash mengikuti setiap langkah Asya berjalan sehinggalah gadis tersebut hampir melintasi Qyrash.
"stop asya" ujar Qyrash yang langsung Asya dengari, dirinya berdiri dengan kepala menunduk. Qyrash mendekat memandang Asya seperti ingin menelan gadis tersebut, bagaimana tidak roll call sdh berlangsung sejak 30 minit yang lalu. Dimana semua pelajar perlu berkumpul sedangkan Asya berada di bilik melayani penatnya akibat membantu Qyrash dan Miss Amanda sehingga jam 5 tadi dan rollcall akan berlangsung pada jam 6.
"berdiri sampai 30 minit selepas roll call tamat." Qyrash mengucapkan hukuman bagi Asya yang terlmabat turun roll call, Asya terpaksa berdiri dengan tidak rela. Qyrash pula berjalan ke hadapan dimana para biro asrama berkumpul sebelum menyampaikan laporan ataupun mengumuman setiap biro. Hanim segera memberi isyarat agar Shahirah meneruskan roll call mereka sekembalinya Qyrash ke tempat berkumpul para biro.
"takpe ke kau buat dia macam tu Qyrash?" bisik Hanim bertanya sambil memandang Asya simpati, walaupun dia setegas Qyrash namun perasaan kesian masih ada dalam dirinya. Qyrash diam seperti tak menghiraukan kata-kata Hanim, matanya tetap memandang lurus ke hadapan walaupun sesekali matanya melirik pada sekujur tubuh milik Asya yang berdiri tegak dengan kepala tertunduk.
******
"itu sahaja roll call kita untuk kali ni, semua boleh mula gotong-royong" roll call diakhiri setelah hampir sejam berlangsung, para pelajar segera bergerak ke lokasi gotong-royong masing-masing kecuali insan yang telah didenda oleh Qyrash tadi. Asya masih lagi berdiri dengan tegar walaupun kakinya telah sakit semenjak minit ke 5 dia berdiri, Qyrash segera berjalan ke arah Asya ntah untuk menambah hukuman atau ada maksud yang lain.
"masuk bilik aku sekarang" sebaik sahaja memberi arahan Qyrash segera berlalu meninggalkan Asya yang terpinga-pinga dengan arahan yang baru saja dikeluarkan oleh Qyrash, dengan ragu dririnya melangkah dengan terpaksa menahan sakit urat kakinya akibat berdiri hampir setengah jam.
Masuk sahaja bilik Qyrash, Asya segera duduk di birai katil lalu mengurut sedikit betis dan pahanya yang dia rasakan mula cramp. Bagaimana tidak nyawa nya tadi terkumpul hanya disebabkan terkejut dengan suara Qyrash memanggil nama penuhnya, ditambah dengan denda yang terpaksa dia ikuti memandangkan itu sudah terang lagi bersuluh kesalahannya. Asya mengeluh, sekiranya bukan sebab Qyrash yang menjemput nya dari rumah dan mengarahkan dirinya untuk menolong pendafataran pelajar tentunya dia tidak terlajak tidur dan perlu didenda sedemikian.
"dahlah bawa keluar semalam, sehari suntuk kot malam baru hantar aku. lepastu awal pagi lagi dah terpacak depan rumah dengan alasan aku kan slave dia. tambah pula dengan kemas baju dia sebelum tolong miss untuk pendaftaran... haihhhh bilanya aku nak rehat" keluh Asya sedang asyik memicit betis dan paha berharap kesakitan tersebut berkurangan.
"dah habis membebel?"
"ehhhhhh!!!!!!" terkejut Asya dibuatnya dengan teguran tiba-tiba Qyrash dari muka pintu bilik, ntah sejak bila dia berdiri di situ sehinggi Asya langsung tidak menyedarinya.
"sejak bila kau dekat situ?" tanya Asya yang masih terkejut dengan kehadiran Qyrash.
"suka hati aku bila aku nak datang, bilik ni bilik aku" jawapan kerek Qyrash membuatkan Asya menjeling padanya, tahulah ini bilik Qyrash habis tu kenapa nak suruh dia datang. Asya hanya mampu diam malas hendak membalas percakapan si Qyrash ni.
YOU ARE READING
overseer slave
Short Story"if you don't want it happen, be my slave" "waitttt whatt???!!!!"