Asya berdiri di hadapan pintu bilik Qyrash, dirinya mengambil nafas panjang sebagai persediaan sebelum berani untuk mengetuk pintu bilik tersebut. Seakan mengetahui yang ini akan menjadi tarikan nafas terakhirnya sebelum Qyrash menghamburkan amarahnya pada Asya, dia bukan tidak terbiasa tapi kali ni dia sangat-sangat merisaukan reaksi Qyrash. Selalunya Qyrash akan menghantar 'wakil' nya untuk membangunkan atau mengingatkan Asya dengan perjanjian mereka, namun dengan kelenaan dan keselesaan tidurnya semalam jelaslah Qyrash terlalu marah padanya. Asya menelan air liurnya membayangkan apa yang akan Qyrash lakukan padanya?
TOK TOK TOK....
Asya mengetuk pintu sebelum membuka pintu bilik milik Qyrah, sedikit demi sedikit asya membuka pintu tersebut sebelum akhirnya dia terdiam kaku. Bilik tersebut bukan dalam keadaan yang biasanya, walaupun Qyrash bukan seseorang yang kemas namun dia masih lagi menjaga keteraturan biliknya. Setiap kali Asya mengunjungi bilik itu, hanya beberapa buah buku di meja belajarnya yang tidak tersusun tanda Qyrash menggunakan buku tersebut sebelum dia datang.
Namun kali ini, bilik tersebut seperti telah di redah oleh ribut atau lebih tepatnya amukan seseorang. Langsir koyak separuh, satu sisinya hampir tercabut dari pengikat. Udara di dalam bilik berbau lembap, seakan ada sesuatu yang telah lama terperangkap di situ. Di lantai, buku-buku bertaburan, beberapa daripadanya sudah koyak dan renyuk. Rak buku di tepi dinding yang sebelum ini tersusun rapi kini condong, seolah-olah ada yang menendangnya dengan kuat. Beberapa bingkai gambar pecah di sudut bilik, kaca berselerak di atas lantai, memantulkan cahaya suram dari tingkap yang separuh terbuka.
Meja belajar Qyrash berantakan. Kertas-kertas bertulis tangan berserakan, beberapa helaian dikoyakkan dengan kasar, seolah-olah ada yang cuba menghapuskan sesuatu. Gelas air yang biasa diletakkan di tepi katilnya terbalik, kesan air masih kelihatan di permukaan kayu, mencipta corak kusam yang tidak sekata.
Tetapi yang paling menakutkan Asya ialah dinding bilik itu. Ada kesan cakaran di cat dinding—panjang, dalam, dan tidak sekata. Seolah-olah seseorang telah menggunakan kuku atau apa sahaja yang ada untuk mengukir kemarahan mereka di situ. Dan di cermin besar yang tergantung di seberang katil, ada sesuatu yang lebih buruk.Huruf-huruf yang digores dengan sesuatu yang tajam membentuk perkataan samar:
"AKU QAIIIIII"
Asya membaca tulisan tersebut dengan perasaan ragu-ragu, dia seperti pernah mendengar nama itu namun tidak mampu dia gambarkan siapa dan di mana dia mendengarkannya.
"Asya" Suara Miss Amanda kedengaran dari belakang, bersamanya ada Hanim dan Maya yang turut berdiri memandang keadaan bilik Qyrash yang tidak baik-baik saja. Perlahan Asya menoleh kearah Miss Amanda dengan perasaan yang bercampur aduk, Hanim tanpa menunggu bergerak menutup pintu bilik itu dan menguncinya.
"ikut saya ke bilik warden sekejap" ucap Miss Amanda yang langsung di setujui oleh Asya dengan anggukan kepalanya, tanpa berlama-lama mereka segera ke bilik warden seperti yang diarahkan Miss Amanda tadi.
"kau tahu Qyrash dekat mana?" sebagai permulaan perbicaraan mereka, Maya terus bertanya terus pada Asya. Kerisauan nya terhadap Qyrash mampu dilihat dengan gelagat serta matanya yang sembab.
"takpe, minum dulu" Miss amanda yang baru kembali dari dapur menghulurkan gelas yang berisi air putih kosong kepada Asya, dia tahu Asya masih terkejut dengan apa yang dia lihat di bilik Qyrash tadi.
Asya menenguk air kosong tersebut sehingga tidak tersisa, gelas diletakkan diatas meja. Perlahan Asya cuba meneutralkan detak jantungan dan pernafasannya agar lebih teratur, Maya dan Hanim yang duduk di hadapan Asya hanya mampu menunggu gadis itu tenang sebelum mendapatkan jawapan mereka.
"maaf tapi aku tak tahu" jawab Asya perlahan setelah beberapa ketika, Hanim menunjukkan wajah kecewa dengan jawapan Asya.
"habis tu kenapa kau datang bilik dia?" soal Maya tidak berputus asa, sekurang-kurangnya dia perlu mendapatkan hint dari Asya.
ANDA SEDANG MEMBACA
overseer slave
Short Story"if you don't want it happen, be my slave" "waitttt whatt???!!!!"
