OS_17

490 32 9
                                        

Beberapa hari berlalu sejak kejadian yang tidak diingini berlaku di sekolah perprestij tinggi ini, para guru juga murid maish belum berhenti membicarakannya. Walaupun pihak sekolah cuba untuk meredakan keadaan, bisikan dan spekulasi tetap berlegar di setiap sudut. Dari kantin ke perpustakaan, dari kelas ke asrama—semuanya dipenuhi dengan satu topik yang sama.

"Kau rasa Qyrash akan datang balik ke sekolah?"

"Aku dengar kecederaan dia teruk"

"Asya masih jaga dia kat hospital, kan?"

Bilik pengetua sekolah berprestij tinggi ini tidak seperti pejabat biasa. Ruangannya luas, dihiasi dengan perabot kayu gelap yang mewah, menandakan kuasa dan autoriti yang dimiliki oleh individu yang bertakhta di dalamnya.

Di belakang meja besar kayu mahogany, terdapat rak buku yang tersusun rapi dengan fail-fail sekolah dan buku-buku akademik yang jarang disentuh. Di dinding, tergantung potret rasmi pengasas sekolah, seolah-olah memerhatikan setiap keputusan yang dibuat dalam ruangan ini.

Langit-langit tinggi dengan lampu gantung memberikan cahaya malap yang sedikit kuning, mewujudkan suasana yang tegang tetapi profesional. Jam antik di sudut bilik berdetik perlahan, satu-satunya bunyi yang kedengaran selain nafas berat Pengetua Hadi.

Bau kulit buku lama bercampur dengan aroma kopi yang sudah mula sejuk di cawan pengetua. Di hadapan meja, dua wanita anggun duduk dengan penuh elegan tetapi membawa aura mendominasi Puan Elara dan Puan Jasmine. Elara duduk tegak, jari-jemarinya bertaut di atas meja seperti seseorang yang tidak meminta, tetapi mengarah. Jasmine, walaupun lebih pendiam, duduk di sebelah dengan postur yang lebih santai tetapi matanya penuh dengan amaran tersembunyi.

Pengetua Hazrul di sebalik meja cuba untuk kekal tenang. Peluh kecil mula terbentuk di pelipisnya, tetapi dia tidak mahu menampakkan kelemahannya. Di luar tingkap besar bilik, hujan renyai mula turun, membasahi halaman sekolah. Langit mendung seolah-olah memahami ketegangan yang sedang berlaku di dalam bilik ini. Rahsia, ancaman, dan kuasa—semuanya berlegar di dalam satu ruangan yang kini semakin terasa menyesakkan.

"Saya rasa tuan pengetua dah tahu apa yang saya nak kan?" nada suara Puan Elara terdengar dingin dan tegas, pengetua menarik nafas dalam, bersandar ke belakang.

"Saya tahu Puan, ini bukanlah isu yang kecil dan mudah dipadamkan. Terlalu ramai saksi yang nampak, termasuk pelajar dan guru" dia sudah menjangka ini, namun dia hanya mampu memberikan jawapan selamat semoga saja kedua wanita ini memahaminya.

"Tuan Hazrul" suara Elara menekan.

"Kami ada pengaruh besar dalam sekolah ini. Dana yang kami salurkan setiap tahun bukan jumlah yang kecil. Saya harap perkara ini cukup untuk memberi Tuan sedikit... pemahaman."

Pengetua diam. Dia tahu maksud tersirat itu.

"Saya tidak mahu ada seorang pun bercakap tentang kejadian Qyrash selepas hari ini." Elara menyambung, kali ini dengan nada lebih rendah, tetapi lebih berbahaya.

"Dan saya terutama sekali tidak mahu perkara ini sampai ke telinga wartawan." Matanya menatap tajam wajah pengetua.

"Faham?"Pengetua Hadi menghela nafas, Dia tersepit.

Elara dan Jasmine berkahwin di luar negara, dan hanya segelintir orang yang tahu akan perkara ini. Di Malaysia, perkahwinan mereka tidak diiktiraf, tetapi itu tidak menghalang mereka daripada membesarkan Qyrash seperti anak kandung sendiri.

Namun, jika rahsia ini terbongkar—bukan sahaja status mereka akan dipersoalkan, tetapi juga Qyrash.

"Budak itu sudah cukup menderita." Jasmine akhirnya bersuara setelah sekian lama diam. "Saya tak mahu dia berdepan dengan benda yang lebih buruk bila dia bangun nanti."

overseer slaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang