Nafas Asya terhengah-hengah seolah oksigen sukar untuk memasuki paru-parunya, langkah kaki yang tadi pantas berlari semakin perlahan menuju ke tempat permulaan di berlari sebentar tadi. Asya berdiri separuh sambil memegang lututnya, mencuba untuk meneutralisasikan kembali pernafasannya. Mata nya meliar untuk menangkap tubuh seseorang yang telah memaksanya latihan berlari di petang hari isnin ini walhal dia boleh berehat sebentar memandangkan ahad semalam dia sangat penat. Asya mengeluh lega melihat kelibat seorang Qyrash yang berlari semakin mendekat dirinya, perlahan langkah kaki Qyrash pun berubah menjadi berjalan mendekati Asya yang dia tahu sedang menunggu dirinya.
"cepat kau pancit" sindir keras Qyrash kepada Asya yang masih tercungap-cungap, Asya tak mampu berkata-kata hanya fokus menenangkan caranya bernafas.
Qyrash meminum sedikit air yang sememangnya dia bawa sejak awal temu janji namun lebih kepada paksaan untuk Asya menemaninya berjogging. Selesai sahaja meneguk sedikit, Qyrash menghulurkan air tersebut untuk Asya hilangkan dahaganya memandangkan gadis td
"esok bawa air, kau tu bukan the flash tak penat lari" sindiri kali kedua Qyrash yang takkan Asya diamkan lagi.
"dah tahu aku ni bukan macam kak Qyrash kenapa nak bawa jogging sekali?" protes Asya yang sememangnya masih dengan perasaan terpaksanya melayan karenah dan arahan Qyrash padanya.
"then nak protes?" Qyrash mendekat pada Asya
"remember you're my slave" bisik Qyrash sinis di telinga Asya yang membuatkan gadis tersebut mengeluh terpaksa, hendak memprotes dirinya sdh membuat 'deal' dengan Qyrash.
"dah jom makan malam" Qyrash segera menarik tangan Asya tanpa keraguan sedikitpun, sedangkan dalam hatinya dan otaknya kini sedang berperang dengan tindakan yang sangat spontan ini.
Asya hanya menurut kemana tangannya di pimpin oleh Qyrash, dirinya terlalu penat untuk mempertimbangkan tindakan luar kawalan milik Qyrash saat ini. Hanya Qyrash yang berada di alam sedar akan perbuatannya dan tentunya membutakan dia menyoal kembali tindakan tersebut dalam sanubarinya, hanya setakat situ pertanyaan jiwa tanpa diekpresikan pada wajahnya yang terlihat hanya ketat seperti biasanya lagi-lagi ketika dia bersama sang pembuat onar. Langkah diteruskan ke dewan makan untuk menikmati masakan makcik dewan di sertai dengan berpasang-pasang mata memerhati kelakuan Qyrash dan Asya, fokus mata mereka memandang tangan Qyrash yang erat menggenggam tangan Asya tanpa ragu. Mata tersebut termasuklah milik Hanim dan rakan-rakan Asya tentunya pelik dengan kelakuan kedua anjing dan kucing ini, Asya yang sedikit mula menyedari situasi yang agak pelik segera melepaskan tangannya dari genggaman Qyrash.
"sebelum prep, datang bilik" pesan singkat Qyrash pada Asya sebelum membawa dirinya ke tempat Hanim dan membiarkan Asya terpinga-pinga dengan situasi yang perlu dia fahami sekarang.
"ada kemajuan eh?" usik Hanim pada Qyrash yang berdiri di hadapannya, tanpa menanggapi usikan Hanim Qyrash segera mengambil makan malamnya di bahagaian hadapan dewan makan tersebut.
********
FLASHBACK
"maaf mengambil masa untuk kamu semua malam ni, terima kasih kerna hadir" ucapan pendahuluan dilakukan oleh Syahirah selaku Ketua Biro yang disambut dengan tepukan para biro yang lain.
"tanpa berbasa-basi saya menjemput Miss Amanda bagi meneruskan meeting kita" jemput Syahirah penuh sopan pada Miss Amanda sebagai ketua warden mereka.
"terima kasih semua biro kerna sudi hadir, meeting kita pada malam ini tidak lain tidak bukan dikernakan ada beberapa perkara perlu saya tekankan dan meminta kerja sama daripada kesemua pihak terutama sekali biro asrama."
"seperti yang semua ambil maklum, sekolah kita terpilih sebagai tuan rumah bagi sukan bola baling dan bola tampar peringkat daerah xxxxx. sukan tersebut akan diadakan beberapa bulan lagi, oleh itu, persiapan awal sebagai tuan ruamh patut kita ambil bermula saat ini bagi memastikan kelancaran acara tersebut. untuk mengetahuan semua akan ada beberapa sekolah yang akan menumpang bermalam di asrama kita ini. saya minta untuk biro penginapan asrama untuk ambil perhatian perkara ini. "
"Selain itu, Qyrash dan Hanim saya harapkan kamu berdua boleh saling bekerja sama bagi memastikan suasana asrama pada waktu tersebut terkawal sama ada dari pelajar luar ataupun pelajar sekolah kita. Seterusnya ......."
Meeting pada malam itu berlangsung dengan baik bagi memastikan setiap biro mendapat apa yang perlu dilakukan termasuk lah Hanim dan Qyrash, namun Qyrash lebih merasakan dia mempunyai tugas lain selain dari yang diberikan tadi iaitu membantu Asya. Atlet bola baling sekolah yang sdh pun biasa mewakili dan mengharumkan nama namun prestasi asya yang cepat penat dalam gelanggang tidak mampu memberikan dia peluang untuk lebih mengilap di peringkat yang lebih tinggi.
"aku nak naik bilik" ujar Qyrash singkat pada Hanim sebelum mereka berpisah, Hanim mengangguk faham memandangkan Asya masih berada dalam bilik Qyrash takkan mahu ditinggalkan sendirian sedangkan asrama sedang kosong.
Sesampai Qyrash di biliknya dia segera mencari tahu lebih detail mengenai sukan bola baling yang diceburi oleh Asya, tentang trick dan tips bagi setiap pergerakan atlet ternama dalam sukan bola baling tersebut. Tak lain tak bukan adalah untuk membantu Asyanya, Orang dibantu masih tidur akibat kelelahan walaupun dia tersedar sebentar namun rasa penat membuatkan dia mampu untuk tidur lebih lama. Qyrash juga sudah pun menyiapkan makanan untuk Asya, sekiranya gadis tersebut sdh pun bangun dia boleh memberi Asya makan kerna makanan terakhir asya tadi adalah makan tengahari.
"good luck, Asya for that" bisik Qyrash perlahan sambil memandang wajah Asya setelah dia mendapat beberapa tips untuk senaman yang mampu membantu asya untuk menjadi lebih baik dan tahan lama berada dalam court ketika bermain.
p/s: sorry lambat update, author tengah bercuti and akan cari masa untuk update. please comment, vote and share.

ANDA SEDANG MEMBACA
overseer slave
Nouvelles"if you don't want it happen, be my slave" "waitttt whatt???!!!!"