WARNING‼️‼️
-baca dengan teliti (ada flashback)
-harap jaga iman anda di bulan puasa ini
-jangan salahkan author ya
-maaf lambat update, agak sibuk beberapa hari ni
-comment and vote untuk chapter seterusnya hehehe
-any request scene boleh comment atau chat
-thankyou semua<3
Suara riuh-rendah kedengaran di dewan makan asrama seperti biasanya untuk makan tengahhari,lebih-lebih lagi lauk pada kali ini adalah ayam goreng. Kegemaran kesemua pelajar asrama, hampir kesemua pelajar masih menikmati makanan tengah hari mereka yang lazat termasuk lah Jiela dan Aisyah. Berbeza dengan Asya, walaupun terbentang di hadapannya nasi hujan panas dan ayam goreng dia masih tidak mampu mengalihkan fikirannya dari memikirkan Qyrash. Entah kemana gadis itu, puas mereka cuba meneka tadi ketika di bilik warden namun tiada satu pun boleh menjawab di mana keberadaan Qyrash yang di kawal oleh Qai.
Qai, nama yang cukup misteri untuk Asya. walaupun dia sudah membantu sebaik boleh dan mendengar apa yang dibincang kan namun masih buntu di fikirannya tentang Qai. Persoalan tentang siapa Qai masih tidak terjawab bagi Asya, tidak Hanim, Maya malah Miss Amanda satu pun tidak menjelaskan padanya apa yang terjadi. Hanya membiarkan dirinya masih tertanya-tanya sedangkan ketiga mereka berusaha untuk mencari tahu keberadaan Qyrash melalui Asya.
"oiii.... kenapa tak makan lagi?" Jiela menegur sahabatnya yang masih saja belum menyentuh apa-apa makanannya, sedangkan Asya merupakan salah seorang peminat menu hari ini.
Asya tersentak dari lamunannya. Dia mengerling ke arah Jiela yang sedang menyudu nasi hujan panas ke dalam mulut dengan lahap. Aisyah di sebelah hanya mengangkat kening, menunggu reaksi Asya. Dia juga dilanda penasaran dengan kelakuan Asya, Asya lebih banyak diam setelah kembali selepas menemui Qyrash.
"Takde selera" jawab Asya perlahan, jemarinya memutar-mutar sudu tanpa arah. Aisyah mengehela nafas berat, dirinya dilanda kerisauan terhadap Asya.
"Tak nk makan sudah, aku nak ayam kau" Selamba Jiela mengambil sepotong ayam goreng dari tray makanan Asya, meneruskan makannya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya termasuk Asya.
Asya tidak membantah, hanya merelakan. walaupun perutnya terasa kosong namun fikiran penuh malah terlebih penuh. Penuh dengan persoalan demi persoalan yang muncul mencari jawapan yang boleh masuk akal dan mampu memuaskan perasaan gelisah yang menghentam dirinya. Asya mula memandang ke satu arah, mengelamun. Dia hendak berhenti berfikir namun dia tidak mempu untuk mengalihkan pemikirannya dari memikirkan Qyrash.
"ehh.. kak Qyrash"
"kenapa tu"
Sayup-sayup kedengaran suara kecoh di luar dewan makan, Asya terhenti dari lamunannya. Jiela yang sedang menikmati ayam goreng juga terhenti seketika, memandang ke arah sumber kekecohan. Suara riuh-rendah semakin jelas. Pelajar-pelajar di sekitar mula berdiri, mengintai ke luar dewan makan. Asya segera bangkit, jantungnya berdegup kencang. Tanpa menunggu lebih lama, dia melangkah pantas ke arah pintu. Saat dia tiba di hadapan pintu dewan, matanya membulat.
Insan yang tidak henti difikirkannya sejak tadi malah meninggalkan persoalan dimana keberadaannya kini terbaring di lantai, berlumuran darah di kepala. Bajunya kotor, kesan tanah dan daun kering melekat pada hoodie hitam yang dipakainya. Asya tergamam, terkejut dengan apa yang dia nampak. Lebih tepatnya keadaan Qyrash yang jauh dari perkataan baik, dia terkaku, seolah-olah kakinya dipaku ke lantai. Nafasnya tersekat, cukup menggambarkan dia sangat-sangat terkejut.
"KAK QYRASH!!!" Asya menjerit mendekati tubuh Qyrash, dirinya diselimuti rasa bersalah.
"Asya, jangan!!" Jiela yang pantas bertindak menahan Asya dibantu oleh Aisyah dari terus menghampiri Qyrash, dia tahu gadis itu risau namun meluruh menyentuh Qyrash tanpa pengetahuan perubatan bukanlah satu langkah yang bijak.
ANDA SEDANG MEMBACA
overseer slave
Cerita Pendek"if you don't want it happen, be my slave" "waitttt whatt???!!!!"
