"AHHHHHH!!!!" Asyab menjerit tanpa sedar sehingga dia terjaga dari tidur dengan nafas yang terburu serta detak jantung yang berentak laju, peluh mengalir membahasi dahi bahkan lehernya.
"KAU DAH KENAPA!!!" tersentak Qyrash dibuatnya mendengar jeritan Asya secara tiba-tiba diwaktu subuh ini, matanya tajam menadang Asya sedangkan Asya segera menjauhkan diri dari Qyrash.
Perasaan takutnya membuak-buak terkenangkan wajah Qyrash yang licik tadi, selimut ditarik sehingga paras dada berusaha melindungi dirinya. Qyrash yang melihat gerak-geri Asya yang cukup mencurigakan membuatkan dia pun keliru, entah apa yang dimimpikan si budak nakal tersebut. Qyrash bangun dari katil, membuka lampu biliknya lalu berjalan menuju ke meja study biliknya. Ipad 10th gen di usik sedikit untuk meilhat jam berapa pada waktu itu, 3:40 a.m. waktu yang sepatutnya dia tidur dengan tenang telah terkejut kerna jeritan nyaring Asya yang cukup membingitkan telinga nya lebih-lebih lagi mereka berdua hanya tidur bersebelahan di atas katil queen tersebut.
"hiks...hiksss" Qyrash memandang asya yang menunduk teresak-esak perlahan mengalihkan pandangan keatas meja belajar sebuah botol ubat yang bertuliskan namanya, Qyrash terpandang. Terkejut lalu menghembuskan nafs berat, botol air mineral bersaiz kecil yang tersusun kemas almari Qyrash gapai. Dia berjalan mendekai Asya yang tentunya dia tahu Asya mungkin takut padanya, penutup botol tersebut di buka sebelum dirinya duduk di birai katil bersebelahan Asya.
"Asya, minum ni dulu" Qyrash memegang bahu Asya yang terus ditepis kasar oleh Asya, mata merahnya akibat menangis memandang tajam mata Qyrash seakan ingin menelan senior tersebut bulat-bulat.
"KAU BUAT APA DEKAT AKU QYRASH!!! hiksss.... hiksssss...." Asya menjerit sebelum menyambung tangisannya, air mata yang jelas menuruni pipi Asya Qyrash pandang dengan rasa bersalah.
"aku... aku tak buat apa-apa Asya" Qyrash cuba untuk menenangkan gadis tersebut sambil tangannya bergerak untuk menyentuh gadis tersebut namun seperti yang dijangka Asya menjauh takut pada Qyrash.
"kenapa Qyrash hiksss.... besar sangat ke salah aku sampai kau kena rogol aku hikss" sayu saja Asya berkata sambil menangis meratapi nasibnya, sedangkan Qyrash mengerutkan dahi nya pelik.
"aku??? rogol kau?? kau ingat aku selera ke dengan budak macam kau" Qyrash menjeling tidak puas hati dituduh begitu oleh Asya, Asya tersentak lalu membuka selimut Qyrash yang membaluti tubuhnya.
Semua nya masih sempurna, baju, seluar bahkan pakaian dalam maish dipakai oleh Asya, langsung tiada tanda-tanda koyak mahupun dibuka secara paksa. Spontan air mata asya berhenti mengalir, bahkan diusap secara sembunyi olehnya dengan wajah tertunduk tak mampu untuk memandang Qyrash yang dia tahu Qyrash akan marah atau mengejeknya.
"adoii kau ni, menyusahkan aku betul lah" Qyrash mengeluh tidak puas hati, dia kembali bangun dan menutup lampu bilik tanpa menghiraukan Asya yang maish dengan posisi malu dek menuduh dengan meluluh.
"dah tepi aku nak tido" Qyrash menghalau Asya yang telah pun duduk di tempat tidurnya semalam akibat tadi menghindar sentuhan dengan asya,denga cepat asya kembali ke posisi tidrunya tadi sebelum perkara memalukan ini terjadi.
Qyrash mengambil tempatnya kembali dan tidur membelakangi Asya, tidak sampai 2 minit Qyrash tertidur sepenuhnya. Entah apa saja yang dibuat malam tadi sehingga merasa begitu penat sekali, manakala Asya masing merenung panjang. Meratapi kebodohannya yang membaca novel haram berunsur ganas malah tambahan 18 ke atas, membuatkan gadis tersebut bermimpi yang tidak-tidak. Sungguh memalukan diri sendiri.
******
"Perhatian kepada kesemua peserta kem, anda di minta untuk berkumpul mengikut kumpulan dalam barisan yang telah pun diberikan ketika pendaftaran tadi. 1 minit dari sekarang" tegas sahaja kakak fasi yang bertugas untuk menjayakan kem kepimpinan tersebut memberikan arahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
overseer slave
Short Story"if you don't want it happen, be my slave" "waitttt whatt???!!!!"