OS_2

1.6K 54 5
                                    

Asya diam memandang Qyrash yang sibuk dengan segala fail serta kertas-kertas yang tentunya bertuliskan skop kerja Qyrash sebagai penolong ketua pengawas, dia mula merasa bosan sdh sejam dia berada dalam bilik disiplin ini bersama dengan Qyrash. Telah habis setiap ruang dan sudut bilik ini di tenungnya bahkan dia sdh boleh menghafal setiap inci benda yang tersusun kemas.

"emmmm" tanpa sedari Asya telah pun mengeluh kuat akibat bosan yang langsung memancing perhatian Qyrash, Qyrash segera memandang Asya yang duduk di hadapannya.

"sorry, aku lupa kau ada dekat sini" Asya mengerutkan dahi, setelah berjam dia di sini seboleh-bolehnya Qyrash melupakan kehadirannya sedangkan dia yang mengarahkan Asya untuk datang ke bilik disiplin ketika prep petang untuk pelajar asrama berlangsung.

"Aku tak nk dengar apa yang jadi antara kau dengan Maya, macam yang kau tahu kes kau bukan langgar peraturan pun." ucap Qyrash dingin memandang Asya yang masih lagi berwajah malas setelah di lupakan tadi.

"Habis tu kenapa nak jumpa?" soal Asya bingung, bukan kag disebabkan kesalah fahaman antara dia dan Maya yang mengundang kehadirannya disini.

"Ada 3 ehh 4 kot sebab untuk aku panggil kau petang ni. "Qyrash tersenyum senget menanti reaksi wajah Asya sebelum diri nya terlihat membuka laci ke dua meja tersebut dan mengambil sebuah sampul surat berwarna coklat lalu simpan atas meja tersebut. Asya mula penasaran dengan isi sampul surat yang terlihat misteri itu, ingin di buka namun perasaan tidak sedap hati menyelubungi dirinya.

"buka lah, aku memang sediakan sampul tu untuk kau" seakan terlihat penasaran serta kebimbangan Asya, Qyrash pun mempersilakan diri nya untuk membuka sampul surat tersebut.

Seketika Asya terkejut melihat kesemua isi sampul tersebut yang terdapat 6 keping gambar kesemua nya di ambil pada hari yang berbeza dan yang paling jelas, wajahnya serta kesalahan yang di lakukannya di gmbr tersebut.

"jadi semua tu kau kan?" tanya Qyrash seakann mengintimidasi Asya, Asya yang tahu dirinya tidak mampu menafikan apa-apa lagi hanya mampu menggangguk lemah.

"kau tahu kan apa jadi kalau aku dedahkan ketiga-tiga kesalahan kau?" Asya semakin menunduk mendengar ugutan dari Qyrash, 3 kesalahan sekali gus memang takkan ada peluang lagi untuk dia beli diri. berawal dari keluar asrama serta sekolah tanpa kebenaran, menjual di kawasan asrama serta ponteng waktu prep untuk tidur didorm, jelas bukan kesalahan yang besar untuk di dedahkan sekali gus.

"Kak Qyrash please jangan kantoikan semua sekali gus" Asya yang sudah pun dilandah kegelisahan dengan tentang Qyrash yang ingin dirinya diambil tindakan yang sewajarnya atas kelakuannya dan tentunya amat mengamcam diri Asya sekiranya hal itu terjadi.

"If you don't want it happen, be my slave" ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Qyrash setelah agak lama dia membiarkan Asya merayu-rayu dirinya agar tidak dilaporkan, Asya yang sudah pun sedia kusut dengan kekantoiannya Kembali dikusutkan dengan syarat Qyrash.

"Waittt what????" Asya cukup-cukup terkejut, sejujurnya untuk menjadi "hamba" kepada Qyrash adalah perkara yang tidak pernah dia terfikir akan menjadi salah satu penyelamat hidupnya di zaman persekolahan yang kejam ini, asya diam tidak bersetuju dan tidak menolak.

"I will give u 3 days, then I will ask for your answer" ucap Qyrash seakan memahami kekusutan Asya yang tentunya dia sudah mengagak itu akan terjadi, namun senyuman Qyrash tidak dapat menipu yang dia cukup-cukup gembira mampu mengenakan si gadis keras kepala yang asyik mencari masalah dengannya.

~~~~~~

Maya memandang Hanim penuh curiga, entah kenapa seorang yang cukup terkenal dengan sikap yang baik serta patuh akan segala peraturan boleh berakhir dengan berduaan bersama ketua pengawas sekolah ini. Cukup lama berdiam diri, Hanim memandang Maya penuh serius yang tentunya di pandang pelik kembali oleh Maya. Perlahan Hanim menyerahkan sampul surat berwarna putih yang cukup formal di lihat kepada Maya, Maya mengambil sampul tersebut dan di awal sampul tersebut tertera nama penuh Maya berserta dengan alamat rumahnya.

"Surat apa ni?" soal Maya pelik sekali gus bertanya-tanya, sekiranya itu adalah surat amaran diri nya cukup yakim dia tidak melakukan apa- apa kesalahan. Jika sebaliknya, mengapa perlu ada surat tersebut di tangan Hanim yang tentunya sangat mencurigakan, alamat rumahnya jelas tertulis untuk seorang petugas hantar surat tersilap rumah sehingga menghantar surat tersebut ke sekolah mereka yang merupakan sekolah berasrama penuh perempuan.

"i don't know about that but now saya perlukan awak untuk tolong aturkan semula kesemua draf ni" ujar Hanim bersahaja sambil menyerahkan beberapa fail yang tentunya memiliki ketebalan berbeza yang membuat Maya cukup terkejut bahkan tak mampu berkata-kata.

"saya bukan su untuk uruskan kesemua draf ni" Maya cuba membela dirinya sambil sibuk membelek satu persatu helaian kertas tersebut, sejujurnya bukan dia tidak tahu niat Hanim untuk membulinya memandangkan dia adalah penolong pengerusi kelab STEM (science, technology, engineering and mathematics).

"saya nak awak aturkan sahaja mana yang tak ikut format lepastu inform kan dekat Izara biar dia buat semula" ucap Hanim tegas tanpa memandang Maya yang tentunya geram dengan sikap sambil lewanya menyerahkan tugas tersebut pada Maya sambil berpura-pura sibuk dengan fail yang lain.

"Okay, FINE CIK HANIM" Maya berujar geram seraya bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hanim di bilik disiplin yang cukup menyakitkan jiwa dan raga Maya, gerak kakinya laju bergerak balik ke asrama memandang kan waktu prep petang sdh pun tamat namun dirinya terpaksa menemui Hanim setelah salah orang dari junior mereka memaklumkan perkara tersebut.

Selain Qyrash dan Asya, pasangan anjing dan kucing selain mereka adalah Hanim dan juga Maya. Bezanya Hanim akan cuba cari cara untuk menyakitkan hati Maya samada dari segi bebanan tugas ataupun apa sahaja idea untuk menyusahkan Maya yang terbit dari kepala Hanim, sedangkan Qyrash akan mencari setiap titik dan celah kesalahan Asya agar dia boleh terus menerus mengikat gadis tersebut dengan kesalahan yang dilakukan. Pelik bukan tapi itulah kenyataan yang harus para pelajar sekolah ini hadap beberapa kali dalam sebulan malah ada yang berterusan dalam seminggu tidak tentu antara pasangan Qyrash-Asya yang bermasalah ataupun Hanim-Maya, kedua-duanya cukup complicated untuk difahami terutamanya kedua sahabat pengawas itu.

"aik, kejap je? selalu sampai asar kau kena kurung dengan Hanim tu" tanya Aina berkemban kerana baru sahaja selesai mandi, sebaik sahaja melihat kelibat Maya memasuki dorm mereka dengan wajah yang tersangat sakit hati disertai dengan geram akan sikap Hanim.

"aku keluar terus lepas dia suruh aku betulkan fail ni" Maya menghempas fail serta surat rasmi yang dia dapat dari Hanim tadi keatas meja belajar miliknya, terpandang akan surat tersebut Aian segera mendapatkan surat itu sedangkan empunya surat sudah pun terbaring atas katilnya penat akibat tersakiti jiwa dan raga.

"surat apa ni May?" tanya Aina penasaran ingatkan Maya telah membuka surat tersebut namun setelah dilihatnya surat tersebut masih lagi kemas tidak terbuka dia membatalkan niatnya untuk membuka surat tersebut.

"kau buka kan lah, aku penat ni" ujar Maya menutup matanya mencuba untuk menelan satu persatu perasaan geramnya terhadap cik pengerusi, Aina yang mendapat kebenaran secara lisan daripada Maya segera membuka surat tersebut dan membacanya dalam hati. Seketika mata Aina membesar secara tidak langsung dia terkejut dengan apa yang baru sahaja di bacanya dalam surat tersebut, Aiana segera menuju ke katil Maya dengan niat untuk membangunkannya.

"MAY!!!! KAU KENA BACA NI MAYYYYYYYY" jerit Aina terlalu terkejut sambil menggoyangkan tubuh Maya supaya Maya bangun dan membaca surat tersebut, dengan malas Maya bangun dan membaca surat yang di berikan oleh Aini.

KEM KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH XXXXXX
(p/s : author takde idea untuk nama sekolah sesiapa ada idea boleh comment hehehe tq)

"HAHHHH!!!!! AINAAAAAAA" Maya menjerit pasrah dengan apa yang dibacanya, bagai tidk percaya yang dia kan berurusan dengan Hanim sekali lagi dalam kem tersebut dan kemungkinan yang gila dia akan kerap bersama Hanim memandangkan mereka berdua adalah jawatan tertinggi kelab tersebut. Entah apa agaknya nasib Maya sedangkan beberapa minit sahaja pun perlakuan Hanim mampu menimbulkan kesan menyakitkan apatah lagi sepanjang 3 hari 2 malam tersebut........



note: hello hello para readers maaf lambat update, dalam persiapan masuk ke u semula and ketiadaan laptop menjadikan saya begini... harap semuanya bertabah, terima kasih. please vote and tq support<3

overseer slaveWhere stories live. Discover now