OS_3

1.4K 50 9
                                    

"kau nampak tak junior tu?" selamba saja Hanim menunjuk kepada seorang junior yang baru seminggu berada di asrama ini kepada Qyrash, walhal mereka baru sahaja menjejak satu tangga sebagai senior tingkatan dua.

"nampak nim, aku ada mata" seloroh Qyrash malas melayan rakan seperjuangannya sejak tahun lalu.

"aku dengar dia dah ada kakak angkat, then kakak angkat dia tu kak Syahirah tau" Qyrash memandang tidak percay pada Hanim, seorang junior yang terlihat tidak polos malah boleh dinilai dari segi luaran bahawa dia berkemungkinan besar seorang yang nakal menjadi adik angkat kepada ketua asrama mereka.

"apalah yang Kak Syahirah tu nampak dekat budak tu ehh?" tanpa melihat kiri dan kanan selamba sahaja Qyrash berkata sedemikian seolah-olah merendahkan si junior tersebut, Hanim yang mendengar hanya menghendikkan bahu sambil memerhati kan acara makan tengahhari antara adik dan kakak angkat siapa lagi kalau bukan yang mereka katakan tadi.

Terlihat bahawa si junior telah pun bangun dan pergi untuk mencuci tray menandakan dia telah habis makan bersama si kakak tadi yng di sertai dengan gurau senda. Sedang sibuk memerhatikan, secara tiba-tiba seseorang telah datang dengan tergesa-gesa dan segera berbisik tepat di telinga kanan milik Syahirah. Serta merta wajah mesra kak syahirah selepas bergurau senda dengan adik angkat nya berukar masam, opss bukan masam malah tegang. Mata tajamnya segera menangkap dua pasang mata Qyrash dan habis yang sedari tadi memerhatikan mereka, dengan cepat kedua senior bawahan itu menunduk ke bawah setelah kantoi memerhatikan si ketua asrama.

"sebab kau lah ni Hanim" rungut Qyrash perlahan sambil mencuba berlagak normal dan meneruskan kunyahan makanan tengahhari yang tidak begitu menyelerakan nasib terpaksa di buat demi menjaga keselamatan diri.

"aku pulak, kau pun sama" Hanim berbalas menyalahkan Qyrash, dia mencuba untuk tenang setelah hampir diserang penyakit jantung ketika pandangan tajam Syahirah tepat mengenai anak matanya secara tiba-tiba.

"ehem" seseorang secara berdehem dengan agak keras di belakang mereka dua, dengan ragu Hanim dan juga Qyrash menoleh ke belakang. Terlihat lah wajah Emelda biro disiplin asrama yang wajahnya tidak kurang tegang seperti wajah Syahirah seketika mereka tatap tadi, kedua mereka mencuba memberikan senyuman terbaik untuk si biro disiplin agar tak terlihat bersalah.

"jumpa akak lepas jam 3 petang, FAHAM?" ringkas, padat dan yang paling menyakinkan mampu membuat Qyrash dan Hanim mengangguk penuh pasrah di sertai dngan kecutan di perut masing-masing, terasa aura garang dan menakutkan Emelda menyelubungi kedua remaja tersebut.

~~~~~~

"Apa yang Kak Syahirah marahkan sangat tu?" soal Asya pada Jiela dan Aisyah sambil memerhatikan dua seniornya yang pasti sedang dimarahi habis-habis di kelas aras dua sedangkan mereka bertiga sedang mengintai dari ketas aras tiga yang berhadapan dengan kelas tersebut .

"Kau tak tahu sebab apa?" soal Jiela pelik, Asya segera menggelengkan kepala menandakan dia langsung tidak tahu menahu tentang semua itu. Tadi pun dia tengah sibuk membaca novel yang diberi pinjam oleh kakak angkatnya, dan hanya keluar melihat apa yang jadi setelah mendengar suara nyaring Syahirah dari arah kelas bawah.

"ish ish ish, kakak kesayangan kau tu tengah marah senior form 2 tu sebab diorang cakap bukan-bukan pasal kau" jelas Aisyah yang sememangnya tahu kejadian tersebut dari dewan makan tengahhari tadi, Jiela mengangguk kan kepala membenarkan penjelasan yang diberikan oleh Aisyah.

"ehhh, bila masa pula?" Asya pelik sememangnya pelik bagaimana pula kawan-kawannya tahu apa yang berlaku sedangkan dia hmpir setiap saat melekat pada kakak angkatnya tersebut langsung tidak tahu menahu hal-hal seperti itu .

"ada tadi Kak Maya dengar apa yang dorang sembangkan pastu bagitau dekat Kak Syahirah masa kau tengah kebelakanh cuci tray" Jiela segera membetulkan kepelikan Asya terhadap apa yang terjadi, Asya yang sudah mula faham dengan apa yang berlaku kembali masuk ke kelas tidak berminat melihat apa yang terjadi dan kembali menyambung bacaannya pada novel tersebut.

"ciss, mentang-mentang adik kesayangan langsng tak ambil tahu ehh siap sambung baca novel haram pula tu" Jiela memerli keras tindakan Asya yang langsung disambut dengan ketawa kemenangan dari Asya.

"tengok lah ni sape, ni asyalah. takat K.A tu takdelah bro" ucap Asya penuh dengan kemegahan serta berlagaknya mentertawakan Jiela dan Aisyah, sememangnya pada awal dia langsung tidak mempunyai niat untuk mengampu kakak K.A malah dia cuba untuk tidak mempunyai hubungan seperti itu, namun pucuk dicita ulam mendatang si K.A pula yang berminat mengambil dia menjadi adik angkat dengan jaminan keselamatan serta kebebasan. Peluang keemasan seperti itu hanya berlaku sekali seumur hidup tentunya Asya bersetuju dan ini lah sebab nya, membawa dan membaca novel waktu prep takut dirampas? tidak bagi Asya, dia ada back up yang kuat bahkan yang memberinya sumber novel-novel terbaik untuk dipinjamkan.

~~~~~~

Satu per satu batu bata yang berjumlah sepuluh bata untuk setiap orang di berus menggunakan berus gigi sendiri dan yang paling memalukan adalah perlu di cuci di gelanggang asrama selepas prep malam. Disini lah Qyrash bersama dengan Hanim bertungkus lumus memberus batu bata yang berlumut entah berapa tahun lamanya dibiarkan dan mereka insan beruntung untuk membersihkan di temanni berpuluh pasang mata yang melihat aktiviti dendaan mereka malam itu. Ada yang tertawa bahkan mengejek, ada yang bersimpati, ada juga ynag memanas-manaskan lagi keadaan. Qyrash dan Hanim hanya mampu meneruskan denda mereka sebelum lightoff pada pukul 11:30 malam kerana sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikannya bata tersebut akan di tambah dua kali lipat jumlah nya pada keesokan harinya.

"Cepat lah sikit, dah pukul 11 ni nak kena tambah lagi ke" ugut Emelda yang menjaga kedua insan malam ini untuk melaksanakan tugas, Qyrash segera mengerling jam tangannya untuk kepastian.

"Weyy dah 11:15 siak, kita kena cepat ni" Qyrash berbisik perlahan pada Hanim yang terlihat santai sedangkan ada 3 batu bata lagi yang perlu dia berus dan Qyrash hanya berbaki 2 batu bata.

"kau biar betul, Kak Emelda cakap baru pukul 11" mendengar bisikan Qyrash Hanim segera melajukan pergerakan tangannya agar pekerjaan mereka ini selesai bertepatan dengan waktu

"aku rasa dia sengaja lah, supaya esok kita kena lagi" ujar Qyrash juga dengan bersungguh menghabiskan berusannya pada batu bata tersebut.

"habis lah korang, tambah lagi 10 lah Mel tak best lah show 1 malam ke" ujar salah seorang senior tingkatan 5 yang sangat bahagia melihat para juniornya didenda dan disokong oleh senior-senior mereka yang lain. Qyrash dan Hanim langsung tidak menghiraukan ucapan penuh batu api tersebut malah semakin giat membersihkan saki baki batu bata yang tinggal, akan jadi sia-sia sekiranya mereka tidak mempu menghabiskan kesepuluh bata tersebut kerana esok malam akan menjadi 20 batu bata berlumut yang perlu di bersihkan dlm tempoh 1 jam.

hello para readers,
saya akan cuba publish secepatnya dikernakan ada idea baru akan mendatang. any story ataupun suggestions untuk part akan datang boleh contact saya, mostly saya tulis berdasarkan kisah bernar. terima kasih atas sokongan dan vote anda semua <3

overseer slaveWhere stories live. Discover now