"JANGAN nak menggedik sangat dengan Purnama tu." Mama berpesan semasa aku menyalaminya di dalam kereta.
Aku mengangguk acuh tak acuh dan mula membuka pintu untuk keluar. Di luar kedai mamak, aku sudah nampak kelibat Purnama bersama seorang gadis yang berambut lepas separah bahu. Mungkin baya aku atau lebih muda.
Siapa? Setahu aku, Purnama anak tunggal. Melihat wajah Purnama yang tegang aku dapat menebak hal yang dibincangkan hal yang serius.
Aku jalan mendekati meja itu namun kehadiranku masih tidak disedari oleh mereka. Duduk di sebalik tiang, aku mula mencuri dengar.
"Listen here. Don't you dare to tell anything to her. She means a lot to me." Purnama berkata keras.
"Kau dah tangkap cintan dengan dia? Habis tu macam mana dengan aku?" Perempuan itu menyebak rambutnya ke belakang.
Tanpa mendengar perbualan penuh, aku pasti she yang disebut ialah aku. Entah kenapa, hati aku seperti dicucuk bilah pisau yang tajam. Apa hubungan mereka yang sebenar?
"Aku tak cintakan dia. Aku tahu limit. Aku dah ada kau buat apa pandang dia? Dia bukan taste aku. Jaga agama sangat." Angkuh sekali balasannya.
Aku menekup mulut menahan jeritan yang hendak keluar. Tak sangka bahawa Purnama memandang rendah begitu sekali terhadap aku. Aku tahu kami hanya kawan tapi sebegitu teruk kah pandangan dia pada aku?
"Good then. Pastikan kau berpegang pada apa kau cakap." Tersenyum puas perempuan itu.
Langkah kaki perlahan-lahan aku bawa mahu beredar dari situ sebelum tertangkap aku mencuri dengar. Tak rasa mahu berdepan dengan Purnama. Sangkakan aku, kami dapat melepak sama-sama untuk meluangkan masa seperti selalu di kedai mamak.
Tapi lain pula jadinya. Nasiblah Allah itu sudah tunjukkan apa yang disorokkan selama ini. Tidaklah aku sakit sangat. Langkah kaki aku bawa entah kemana bersama hati yang sudah pecah.
Bahagian dada aku pegang. Sakit sangat. Lagi sakit daripada saat kali terakhir aku bergaduh dengan Purnama dahulu. Lagi sakit daripada diherdik mama dan papa. Lebih sakit daripada segalanya.
Terasa penat berjalan, aku duduk di bahu jalan yang agak kosong. Air mata automatik jatuh deras. Dari tadi aku tahan menangis bagi mencari tempat yang tepat untuk menangis. Aku seka kasar menggunakan tapak tangan air mata yang jatuh.
"Bila kau menangis, jadikan aku tukang lap air mata kau."
Mana kau sekarang Fajar Purnama bin Malhamka? Janji hanya sekadar janji pada akhirnya. Bahuku terhinggut-hinggut kerana esakan yang menggila. Hingus aku sedut kasar. Sudahlah aku tidak membawa tisu.
Sebab selalunya, Purnama yang membawakan aku tisu. Oh, sudahlah Kejora! Dia sedang gembira menyulam cinta dengan perempuan tu. Kau tu hanya kawan perempuan dia. Tak lebih dari itu.
Aku pun pelik dengan perasaan sendiri. Buat apa sedih lebih-lebih? Entahlah.... Tidak berhenti air mata aku mengalir lemah. Sudahnya, aku biarkan aje dia jatuh tanpa diseka. Keluarlah air mata. Penat sangat.
Aku ni memang lemah. Benda sikit pun nangis. Sebulan itu, tidak terkira berapa kali aku menangis. Aku memang lemah. Tak sekuat yang aku sangkakan.
"Kadang-kadang, menangis tu jugak salah satu cara meluahkan kata-kata yang tak terucap. Menangislah." Suara di sebelah membuatkan kepalaku terangkat.
Bibirku yang menggeletar hebat kerana tangisan aku kemam. Mata separa bulat, kening lebat terletak elok dan bibir yang monggel menjadi tatapan kornea mataku yang berair. Indahnya ciptaan Tuhan.
Pakaian yang dipakainya jelas menunjukkan bahawa dia baru lepas berjoging di kawasan ini. Air mata segera disedut masuk kembali apabila sedar orang lain sudah nampak tangisan hodoh aku.
Dia tersenyum manis. Tangan dihulurkan untuk bersalam. Dengan rasa janggal dan teragak-agak aku sambut. "Aku Arwa Naura. Sebelah aku ni, kesayangan aku. Nama dia Afwan Nabhan." Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebelah kanannya.
Aku melihat ke arahnya. Apabila mataku bertautan dengan Afwan, kesayangan Arwa ni, Afwan hanya mengangguk perlahan sebagai sapaan. Pasti dia tak nak tegur aku sangat demi menjaga hati Arwa. Untungnya gadis ni.
"Elica Kejora." Suaraku yang serak, kedengaran. Pantas aku berdeham membetulkan aliran pernafasan.
Mata Arwa terbeliak. "Uniknya nama. Macam nama zaman dulu. Kejora. Kejora. Kejar cinta tak kesampaian." Dia memainkan namaku.
Betullah. Cinta tak kesampaian. Eh, aku cinta Purnama ke?
Aku ketawa kecil tidak ambil hati. Selambanya Arwa ni. Tak pernah aku kenal gadis yang sungguh main langgar aje semua benda. Walaupun baru kenal, dia buat aku macam kawan lama.
"Tak baiklah! Dia tengah menangis tu." Afwan menegur lembut.
Arwa tersengih tidak bersalah sambil menggaru kepala yang berlapikkan tudung. "Maaf! Aku memang macam ni. Harapnya, dengan kehadiran aku ni, dapat gembirakan sikit hati kau yang sedang bersedih."
Dia tidak memberikan aku pelukan atau apa-apa sebagai pujukan namun kehadirannya yang tiba-tiba memberi impak yang bukan sedikit.
"Tak apa. Saya okey." Aku senyum paksa.
"Putus cinta ke?" Arwa menyoal perlahan. Afwan menjenggilkan mata sedikit. Botol air mineral dia mengetuk sikit bahu Arwa. Amaran. Lembut betul amaran yang diberi.
Boleh aku katakan, hubungan mereka jauh jika nak dibandingkan dengan hubungan aku dan Purnama. Purnama tu kasar percakapannya. Afwan lembut layanannya.
"Taklah. Tak sempat bercinta macam tak ada harapan." Jawabku.
Aku tertawa sinis pada diri. Kenapa aku buat macam Purnama tu crush aku? Bukan kawan aje ke?
Mulut Arwa membulat 'o'.
"Sweetnya kau orang. Saya harap kau orang together sampai kahwin. Teringin nak dapat hubungan macam ni." Pujiku sekaligus menukar topik.
Arwa tersenyum malu. "Kau nak tahu satu benda?"
Aku angguk melayan.
"Untuk mendapatkan syurga Allah, tak mudah. Kita kena hadapi ujian di dunia yang perit." Arwa perlahan memaut lembut bahuku. Tangannya mengusap lembut.
"Sama juga bahagia. Untuk mencapai bahagia, kita perlukan bayaran yang tinggi untuk kecapinya. Kadang kala terpaksa korbankan hati dan air mata. Ataupun nyawa sendiri." Dia bermadah.
Tak dapat dinafikan, hatiku terpujuk. Allah menghantarkan dia untuk buat aku gembira hari ni.
"Apa yang aku lalui dengan Afwan untuk bahagia ni, kami aje tahu peritnya. Kadang-kadang aku bersyukur dengan kesakitan dan ujian sebelum ni yang aku lalui. Dengan itu, aku rasa Allah memberi Afwan sebagai ganjaran aku bersabar selama ini."
Afwan mengangguk sambil memandang tepat ke wajah Arwa. Pandangan penuh kelembutan dan rasa cinta. Senyuman kecil tadi sekarang menjadi senyuman lebar. The way he looks at her.
"Cantiknya. Bercakap pun cantik." Kata Afwan seraya menongkatkan dagu. Matanya kuyu memandang lembut Arwa.
Arwa yang perasan akan pandangan itu terus pipinya berona merah. "Sudah! Jangan nak mengada." Arwa mengerling aku.
Aku sudah tertawa memandang mereka. Doaku, agar aku dapat merasai hubungan seperti ini jugak. Manis dan tidak toksik.
Memikirkan keadaan aku dan Purnama, macam mana hubungan kami? Sudahlah kami pasti akan lama tidak bertemu kerana cuti pertengahan tahun akan bermula esok. Haih, hati aku semakin risau.

ANDA SEDANG MEMBACA
RUMAH
RomanceFajar Purnama X Elica Kejora "Weh, bola keranjang ni kurang angin." -Kejora "Buatlah bola tu marah, supaya dia naik angin." -Purnama Fajar Purnama, sebaris nama indah itu tapi sayang seribu kali sayang, percakapannya tidak indah pula didengar teling...