Bab 2

16 5 1
                                    

"FAJAR, macam mana nak buat ni?" Laila mengendeng dengan Purnama. Buku tulis matematik diletakkan di atas meja, antara aku dan Purnama. Namun, tahulah aku buku tu hanya ditujukan untuk Purnama.

Memang semua orang memanggil Purnama itu Fajar. Aku seorang aje khas yang memanggilnya Purnama. Pernah juga aku pertikaikan tentang ini tapi... Ah tak penting.

Purnama juga memanggil aku Kejora meskipun ramai orang memanggil aku Elica.

"Aku pun tak tahu." Purnama menolak seperti kebiasaannya. Tahu akan niat perempuan itu yang hanya mahu cuba rapat dengannya.

"Alah, Fajar. Jangan kedekut ilmu. Aku betul-betul nak fahamkan." Laila menghentak kaki. Eh, dia ni! Aku hentak muka dia tu kang apa pun tak jadi.

Aku buat pekak aje dengan perbualan mereka. Malas mahu masuk campur. Takut ada penampar hinggap kat pipi Laila.

Purnama mengeluh, bahunya jatuh seakan mahu mengalah dengan pujukan Laila. Inilah lelaki, mudah sangat terpujuk dengan rayunya perempuan. Lelaki, semua sama.

Melihatkan itu, seisi kelas sudah mengusik mereka. Banyaklah yang sudah bersorak apabila Purnama yang sedang mengalah. Jarang dia nak mengalah melainkan dengan aku.

"Kau tanya Daniel. Aku tak tahu." Mendengus kasar setelah itu, buku dicampak jauh dari meja kami. Akibatnya, buku terpelanting ke kerusi kosong sebelah kiri aku.

Sebelum buku tersebut mendarat pada kerusi sebelah kiri, buku itu terkena aku dulu. Sakit jugalah peha aku. Act cool, Kejora!

Wah, inilah Purnama aku kenal. Dia memang ganas dengan semua orang. Kecuali aku. Comel kan dia? Ihiks! Gedik pulak kau, jah!

Senyap terus semua orang melihat. Ada yang 'haa?!'

Macam tak biasa nampak 'Fajar' mereka ni mengamuk. Selalu sangat dah.

Laila mencebik. Mengambil buku, dia menjeling tajam kepada aku sebelum mahu mengangkat kaki.

"Kau kenapa Fajar? Kurang ajar betul! Fikir kau hot stuff?" Julia, kawan Laila memarahi Purnama sambil memaut bahu rakannya itu.

"Dah kena reject, terus kutuk. Kalau tak, dia paling menggeletis." Aku mengomel perlahan namun aku tahu telinganya tak pekak untuk dengar. Memang sengaja cakap kuat sikit.

"Kau cakap apa perempuan?" Julia meluru ke arahku.

Purnama pantas meletakkan tangannya di kepala kerusi aku. Tangannya berada di belakang aku, automatik menghadang Julia daripada menerpa. Jarak kedudukan aku dan Purnama sangat dekat sehinggakan aku dapat menghidu bau minyak wanginya.

Tak berani aku nak toleh kanan saat ini. Aku tahu, mukanya mungkin berjarak lima sentimeter atau kurang dari itu.

"Nak main tarik tudung pulak. Tak matang." Purnama mengutuk mereka sekaligus memberikan amaran. "Jangan. Sentuh. Kejora." Dia menekankan satu persatu perkataan yang disebut.

Kalau aku tak kenal Purnama yang berada di sebelah aku sekarang, mungkin aku akan gentar.

"Kenapa?" Laila menjerkah.

"People don't mess up with my girlf.."

"Bestie." Aku memotong kata Purnama tanpa memandang dia. Nak cakap aku ni awek dia? Tak nak! Nanti jadi berita hangat di sekolah.

Julia dan Laila tidak berkata apa dan terus pergi. Riak wajahnya aku tak dapat lihat. Malas mahu menoleh. Aku dapat tebak yang mukanya pasti seperti asam cuka!

"Kejora, pandang aku." Purnama bersuara lembut, tidak seperti dengan Julia dan Laila tadi.

Oh tidak! Aku lupa akan kedudukan kami yang sangat rapat.

Aku menghiraukan arahannya itu, hanya gumaman dari aku sebagai balasan.

"Peha kau okey?" Soalnya gusar.

Tahu akan keterlaluan dia tadilah tu! Sakit? Hm, lebih kepada terkejut.

"Okey." Perlahan aku bersuara. Tangan buat-buat sibuk menyelak buku Kimia. Aku tak tahu apa aku baca. Otak aku terlalu sarat.

Tertawa perlahan dia mendengar jawapan aku. "Asal kau macam takut aje?" Dia mengusik aku. Sengaja didekatkan lagi wajahnya ke arah aku.

Tindakan refleks, aku mengangkat buku Kimia di tangan dan meletakkannya di hadapan wajah Purnama. Sekarang, buku itu menjadi penghalang wajah aku dan dia. Kedudukan tangan kiri Purnama masih di kepala kerusi aku.

Purnama memang kurang dalam bab menjaga jarak kalau antara kami. Dia seorang yang jenis main langgar aje. Syukurlah, solat masih tidak tinggal. Cumanya, dia memang suka dekat-dekat dengan aku. Atas dasar hormatkan permintaan aku, dia cuba menjaga jarak.

Kadang-kadang tu, dia tetap langgar. Macam sekarang.

"Kau nak apa, Fajar Purnama?" Nama penuhnya aku sebut. Aku elak untuk menyebut nama bapanya sekali kerana Purnama memang tidak sukakan bapanya.

"Apa jadi kalau aku nak kau?"

Tangan yang memegang buku Kimia yang menjadi penghadang tadi aku jatuhkan ke atas riba. Memandang dia dengan takut-takut.

"Haram lah gila!" Sedas aku gilakan dia.

Purnama mungkin kurang didikan daripada ibu bapanya. Ibunya sudah meninggal sejak dia berumur 3 tahun. Bapanya pula memang tidak kisahkan dia sangat.

"Jadilah yang halal untuk aku." Smirk.

Bayangkan, kalau iman aku ni tak kuat! Purnama.. Purnama...

Badannya ditegakkan kembali. Tangannya sudah beralih tempat. Dia meregangkan tubuh sedikit. "Takut sangatlah kau ni dengan lelaki. Macam mana nak kahwin?" Tertawa kecil. Suka sangat tengok aku cuak.

Menarik nafas lega sambil kononnya membetulkan awning. Tak ramah! Sangat tak ramah.

"Banyaklah kau. Nanti orang kata apa tengok macam tu tadi? Bahaya lah. Aku tak nak kena pindah sekolah lagi." Aku beralasan. Mata dijulingkan ke atas.

Purnama pantas memandang aku dengan kening yang ternaik sebelah sedikit. Aku tutup mulut sendiri. Alamak, terlepas cakap.

"Aku tak nak paksa kau tapi kalau kau rasa bersedia, bagitahulah sebab apa kau pindah ke sekolah ni dulu." Dah banyak kali dia pujuk aku macam ni.

"Kau jangan salah sangka! Aku bukan tak suka kau pindah sini. Aku suka walaupun kau banyak bunyi. Rasa berteman sikit." Sambungnya.

Sempat juga selitkan kutukan untuk aku. Purnama, memang macam tu. Aku tak ambil hati pun.

Aku ketawa kecil dan menunduk sambil menggeleng. Mengelak untuk menjawab. Cukuplah alasan tu aku seorang aje tahu.

"Nanti aku bagitahu. Bila? Bukan sekarang. Terima kasih sebab tak paksa aku." Jujurnya, aku sangat beruntung kerana Purnama bukan jenis yang memaksa walaupun dia sering menyakitkan hati aku.

"Anything for you!" Kenyit mata setelah itu.

Memang tak reti balas ucapan terima kasih aku.

Kalau aku hempuk, boleh tak? Aku terus aje menunjukkan sengenggam penumbuk di hadapan muka dia.

"Tak takut. Lagi takut kalau kau period. Habis semua orang dimarahnya." Usiknya.

Terdiam aku. Makin nak naik angin pula bila dengar dia yang mengutuk aku dari tadi!

"Tak nak kawan kau." Aku menarik meja ke tepi sedikit, meninggalkan jurang antara meja kami.

Cemberut muka Purnama. Dia menarik kasar meja aku ke arahnya kembali. Bunyi kaki meja yang berlanggaran dengan lantai simen menarik pandangan beberapa orang ke arah kami.

Purnama tidak menghiraukan pandangan itu. Dia mendekat ke arah tepi telinga aku dan berbisik. "Tak nak kawan, kita kahwin."

Okey, aku diam betul kali ini.

RUMAHWhere stories live. Discover now