SEKARANG sudah cuti pertengahan tahun. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, otak aku tidak berhenti bekerja memikirkan hubungan aku dan Purnama. Jasad mungkin di dalam kereta ini namun hatiku berada di Purnama.
Dia ada menelefon aku berkali-kali semalam. Mesej juga dihantar aku tak balas apatah lagi panggilan telefon.
Sudahnya, semalam telefon aku dilemparkan ke dinding oleh papa. Kata papa, telefon aku terlalu bising mengganggu konsentrasinya menonton televisyen. Salah aku juga sebenarnya kerana tidak mute telefon sendiri.
Nak buat macam mana, telefon pun aku tidak ada kuasa untuk main. Tenaga dan semangat aku hilang. Penat dah mata aku nak mengeluarkan air mata. Cukuplah semalam sudah habis-habisan aku menangis di atas sejadah.
Pagi ini, mata aku bengkak dan wajahku kusam akibat menangis tidak henti. Badan terasa lenguh semacam. Di dalam kereta juga, suasana hanya senyap. Radio tidak dibuka.
Aku memakai earpod. Spotify aku buka dan playlist yang bertajuk 'Rumah' menjadi pilihan. Kebanyakan lagu di dalam itu dipilih oleh Purnama sendiri. Katanya, lagu itu mengingatkan dia tentang aku.
Sekarang, lagu Susun Silang Kata yang dinyanyikan oleh Aizat Hamdan sedang dinyanyikan. Tak pernah gagal playlist ini membuatkan hatiku tersentuh biarpun apa yang telah berlaku antara Purnama dan aku sepatutnya menjadi penghalang.
Aku terlalu bodoh kerana hati ini masih tersentuh apabila mengingati Purnama.
"Anak kawan mama, sebaya adik, nak tunang dah. Isy, isy. Kau menggatal lah macam tu, Kejora. Tahulah aku nak buat apa."
Aku masih dapat dengar mama membebel walaupun earpod sudah disumbat di dalam telinga. Sebelah earpod aku keluarkan. Ingin lebih fokus tentang apa yang dikatakannya.
"Lelaki ke perempuan yang sebaya Kejora?" Papa menyoal dengan mata yang menjeling aku melalui cermin pandang belakang.
"Dua dua sekali. Itulah, orang kaya. Nak keturunan dia orang dengan yang kaya-kaya aje." Mama mencebirkan bibir sambil tangan menekan telefon. Ingin mencari bahan gosip lagilah tu.
Aku kekal diam apabila papa dan mama tidak mengaitkan nama aku dalam hal ini.
"Kita kena datang majlis tunang ni nanti. Nak tengok jugak kut kut ada berita terhangat lain." Mama sudah mula bersifat mak cik bawang.
"Kejora pun kena ikut. Tak ada siapa nak jaga kat rumah tu."
Kalau papa dah berkata begitu, aku tak ada pilihan lain untuk menolak. Terima ajelah dengan hati yang terbuka. Eh tapi... sekejap.
"Kejora tak bawa baju kurung." Bukan beralasan tapi kenyataannya.
"Tak payah jadi perempuan melayu terakhir." Mama menjeling aku yang berada di tempat duduk belakang.
"Tak payah melaram sangat. Bukan kau nak bertunang pun. Tak payah nak menggatal cari jodoh kat situ." Menjulingkan mata ke atas, papa melajukan kadar kelajuan kereta.
Akibat jalan yang sudah berlubang sana sini, kepala aku terhantuk sedikit pada cermin tingkap. Desisan yang hampir meniti ke bibir tidak berbunyi apabila aku mengemam bibir.
Tak terasa dengan apa yang berlaku. Sudah terlalu biasa dengan semuanya. Hatiku terlalu hancur untuk merasai apa itu sakit.
Purnama, rumahku. Kenapa ini berlaku?
Ingin marah tapi tak layak kerana sedar diri batas hubungan kita.
Bukankah rumah tempatku bersandar?
Sendiri ku tak bisa
Bersama ku tersiksaLOLIPOP berperisa krim di tangan aku tengok tak bermaya. Sudah sedikit melekit kerana aku sudah menjilatnya beberapa kali. Rasa manis lolipop itu tidak mampu memaniskan hari aku.
Aku tertawa kecil secara tiba-tiba bila lolipop di tangan menggamit kenangan lama. Deja vu.
Imbas kembali..
Maggi goreng kegemaran aku! Sudah semestinya menjadi pilihan setiap masa ke sini. Tak kisah sarapan ataupun makan malam, itu tetap menjadi pilihan.
Purnama tergeleng perlahan. Roti canai di pinggannya dicarik menggunakan tangan, roti yang telah dicarik dibawa ke dalam kuah kari.
"Weh, sekarang sarapan. Magi makan pagi-pagi?" Dia menyuapkan satu suapan ke dalam mulutku. Menghalang aku menikmati magi goreng.
Aku kunyah dahulu sebelum tertawa. "Sedaplah. Cuba try." Sudu yang penuh dengan magi, aku suakan ke mulutnya.
Mukanya cemberut. Aku juga sama. "Aku suap pun tak nak." Suaraku mengendur. Tanda-tanda mahu merajuk.
Sudu yang masih di tanganku dia pegang dan dibawa ke mulut. Magi dikunyah kasar. "Puas?" Tak rela mukanya saat ini.
Anggukan puas hati, aku mula menikmati magi tersebut. Makan, makan, makan. Aku menyisip air teh tarik milik Purnama sedikit.
"Purnama, aku nak lolipop. Krim." Tersenyum tidak bersalah.
Satu lagi kegemaran aku di kedai mamak, lolipop krimnya. Purnama paling tidak gemar lolipop berperisa krim. Aku tak tahu pula lolipop ada krim dengan tidak berkrim itu berbeza! Main bedal aje.
Purnama menjulingkan mata ke atas namun langkah kaki panjang masih dibawa ke kaunter untuk mengambil lolipop kegemaran aku.
Kembali Purnama di sebelah aku, beberapa helai duit seringgit diletakkan di atas meja bagi membayar lolipop itu. Tangan aku mengambil teruja lolipop yang dibeli. Ada empat.
Plastik cuba dibuka. Sturggle ya aku cuba buka tu. Kuku aku sudahlah tidak panjang. Terpusing-pusing kedudukan lolipop di tangan.
Purnama merampas lolipop itu. Sipi-sipi aje kulit kami terkena. Tak sampai beberapa saat, plastik sudah dibuka. Wah!
Lolipop diambil dan aku mula menghisap lolipop itu.
"Siapa yang cipta lolipop krim memang minta kena saman dengan aku." Purnama tergeleng perlahan melihat aku.
Dengan mulut yang masih dipenuhi lolipop, aku ketawa. "Nyom ngom yom.."
Purnama menarik lolipop tersebut keluar dari mulutku. "Apa kau cakap sengal?"
Aku menjilat bibir membuang sisa lekitan manis di sekitar pinggir bibir. "Okeylah lolipop perisa krim daripada lolipop perisa kari." Rawak aku memetik perisa lolipop yang aku pasti tidak wujud pun.
Purnama sudah tersengih jahat. Lolipop aku dibawa ke belakang badan. Aku terus cuba merebutnya. Akibat kami bergelut, lolipop itu selamat mendarat di dalam mangkuk yang berisi kari itu.
Kami terdiam buat beberapa ketika sebelum sama-sama ketawa terhibur. Berair mataku kerana ketawa.
"Lolipop perisa krim tu akulah yang buat."
Angguk kepala, tanda setuju. "Kalau jual, mesti tak laku." Kutukku.
Sekarang, aku makan lolipop perisa krim itu seorang diri. Tiada Purnama mahupun sesiapa.
Rindu.

ANDA SEDANG MEMBACA
RUMAH
RomanceFajar Purnama X Elica Kejora "Weh, bola keranjang ni kurang angin." -Kejora "Buatlah bola tu marah, supaya dia naik angin." -Purnama Fajar Purnama, sebaris nama indah itu tapi sayang seribu kali sayang, percakapannya tidak indah pula didengar teling...