Bab 9

9 3 1
                                    

AKU keluar ke halaman rumah apabila terasa sudah berapa lama terperuk aje dalam bilik. Nak buat apa-apa pun Opah dan Tok Wan tak bagi. Opah dan Tok Wan memang sayangkan aku semenjak kecil.

Sudahnya aku termenung ajelah.

Kaki yang tergantung kerana duduk di atas wakaf yang bertemakan klasik. Bosan. Kalau main batu seremban syok juga. Along dengan Angah ni tak ada pulang pula cuti kali ini.

Kalaulah aku rapat dengan budak lain di sekolah itu... Malangnya, aku memang tak bergaul sangat dengan budak di sekolah itu. Aku dengan hal aku aje. Dan Purnama.

Speaking of the devil, dari jauh aku boleh nampak Purnama yang berjalan ke arah wakaf ini. Di tangan kanannya menjinjing plastik berwarna merah. Di sini, dia duduk dekat homestay milik Tok Wan.

"Hai!" Lambaiku ke arahnya. Tersenyum lebar.

Dia hanya menghayunkan dagu ke hadapan sedikit tanda menyambut sapaan aku. Dah aku bilang, dia ini memang anggap aku kawan jantan dia. Eh, tapi dia pun tak ada kawan. Sama macam aku.

Plastik merah di tangannya, dihulurkan di hadapan muka aku. Terkebelakang sedikit kepala aku kerana terkejut. Plastik tersebut aku ambil. Isinya aku buka.

Maggi goreng! Ada sos dan juga telur mata. Kegemaran aku selepas dia. Eh?

"Kenapa beli dua? Bukan kau tak suka maggi?" Soalku sambil mengambil sudu dan garfu untuk menyuapkan ke dalam mulut.

"Kerana yang satu itu Allah."

Jawapannya membuatkan aku tersedak Maggi sendiri. Uish, makan dalam atau makan maggi sekarang ni sepatutnya?

"Makan slow-slow! Tercekik kang. Siapa yang nak kahwin dengan aku." Ujarnya sambil menghulurkan air teh ais.

Aku menyedut dua kali sehingga merasakan tekak kembali lega. "Kau nak ke kahwin dengan aku?"

Jarang sekali aku nak melayan lawak luar alam seorang Fajar Purnama.

Dia mengangkat sebelah bahu. "Kalau kau nak kahwin dengan aku, aku masuk meminang."

"Tak sweet langsung!" Kutukku.

"Nak sweet lepas kahwin lah."

Dan banyak lagi pergaduhan kami. Biasalah, adat tahunan, kan?













"BANYAKNYA, makanan!" Tanganku mengeluarkan satu persatu jenis makanan ringan yang ada di dalam bilik Purnama ini.

Homestay ini memanglah Tok Wan aku punya dan dengan beraninya aku masuk ke dalam bilik dia. Itupun lepas dipaksa buat kali ke seratus. Katanya, cctv di mana-mana.

Masalahnya, kami masuk berdua. Kerana Pasha dan ayahnya keluar ke pekan. Fikirkan kami, ada Pasha di dalam. Rupanya, tak ada, dia pun ikut sama ke pekan.

Jadi, kami ajelah yang ada di sini. Sangat tak manis kalau ada orang yang nampak tapi benda pun dah jadi. Harap-harap tak ada apa yang buruk jadi.

"Makanlah mana-mana yang kau nak." Ujarnya sambil berbaring di atas katil. Membiarkan aku menyelongkar bakul yang dipenuhi makanan ringan.

Ada Super Ring, Twisties, Mister Potato, Mentos, dan yang paling mengejutkan ada Oreo Blackpink. Tak tahu pula dia minat yang macam tu. Aku ketawa seorang diri. Muka aje garang.

"Oreo warna pink tu untuk Pasha dan untuk kau. Aku belikan. Jangan fikir bukan-bukan." Katanya dengan mata yang masih melekat di telefonnya.

Dia ni ada banyak mata ke? Macam mana boleh tahu aku gelakkan dia?

"Aku tak banyak mata. Jangan merepek." Sudah seperti tahu akan isi hati aku.

"Kau ni memang seram tahu tak? Apa aku cakap semua kau boleh tahu. Ilmu apa kau pakai?" Super Ring di tangan aku buka dan duduk di lantai, sebelah katilnya.

Dia bangun daripada baringan. Memandang aku yang duduk di bawah sahaja. Tak berani nak dekat. "Duduk sinilah." Ajaknya sambil menepuk ruang kosong di sebelah.

Mula dah budak ni. Dengan mulut yang mengunyah, aku menggeleng. Sengaja aku sumbatkan lagi Super Ring dalam mulut. Tak mahu keluarkan suara.

Melihatkan kedegilan aku, terus Purnama duduk bersila menghadap aku. Agak rapat. "Tak kenyang ke? Tadi makan magi, ni makan Super Ring pula." Tangannya yang memanjang ingin mengambil sedikit Super Ring, membuatkan aku mengengsot ke belakang.

Sengaja tak mahu berikan dia. Kata aku tak reti kenyang padahal dia pun sama. Makin dia mendekat, makin aku mengengsot ke belakang.

Pergerakan aku terhenti bila belakang badanku mengenai dinding. Oh, tidak. Aku tak suka ni.

Purnama tersenyum senget dan mendekat. Aku meletakkan plastik Super Ring di hadapan muka. "Janganlah!" Sepatah aje yang keluar dari mulut.

Apabila aku perasan yang dia tak berganjak sedikitpun, rasa gerun mula bercambah dalam hati.

"Ambil ajelah Super Ring ni. Tak nak pun." Tambahku, mengharapkan dia memberikan aku ruang untuk bernafas.

Sebab sekarang ni, aku rasa tangki oksigen aku tak cukup.

"Tak nak Super Ring."

Kata-katanya membuatkan Super Ring yang berada di tangan aku jatuh. "Nak apa? Jajan lain?"

"Nak kau."

"Assalamualaikum, kami dari penguatkuasa pencegah maksiat, mendapati terdapat pasangan sejoli berebut Super Ring."

Purnama terus berdiri menjauhiku dan aku pun ikut sama. Berderau darah aku mendengarkan itu. Aku pasti Purnama juga sama kerana muka dia pun pucat habis!

"Tok Wan!" Aku terjerit kecil melihatkan Tok Wan aku di muka pintu. Laju langkah kakiku mendekati Tok Wan.

"Amboi, bercinta sampai tak perasan Tok Wan kat sini." Tok Wan memeluk tubuh seraya membetulkan cermin mata di pangkal hidung. Gaya marah. Acah je tu.

Aku ketawa kekok. Purnama mendekati Tok Wan dan menyalaminya.

"Ni kawan Elica. Purnama nama dia." Aku memperkenalkan Purnama kepada Tok Wan.

Tak mahulah dia fikir yang bukan-bukan.

"Tak usah nak coverline. Tok Wan tak kisah pun. Tok Wan restu." Tok Wan mengenyit sebelah mata setelah itu.

Purnama menadahkan tangan lalu meraup muka. Tanda mensyukuri sangatlah tu.

"Kau bayar berapa Tok Wan aku sampai dia suka kau ni?" Saje aku dengki dengan dia ni.

"Tok Wan kau dah suka aku, kira jalan lah ni." Tak mengendahkan persoalan aku, dia terus melalut.

Aish, geramnya!

Tok Wan ketawa gembira. "Purnama, Tok Wan nak ambil semula cucu Tok Wan ni. Lain kali main kat wakaf aje. Jangan sampai tempat tertutup." Pesan Tok Wan memandang aku dan Purnama bersilih ganti.

"Baik, Tok Wan!" Purnama mengenyit sebelah mata kepada Tok Wan.

Tergeleng-geleng kepala Tok Wan.

"Kau jangan nak mengorat Tok Wan! Aku cepuk kau apa pun tak dapat." Amaran keras aku berikan.

Tok Wan menggosok lembut atas kepalaku sehingga membuatkan tudungku senget. "Perempuan ni, perasaan suka tu dia boleh sorok selama mana pun."

Tiba-tiba aje Tok Wan ni. Aku dan Purnama memberikan perhatian penuh.

"Tapi kalau cemburu, tak sampai sesaat dia dah tunjuk." Sambung Tok Wan tersenyum mengusik.

Dapat aku rasakan muka aku kian panas akibat usikan itu. Purnama senyum senget seperti selalu.

"She won't admit." Purnama mengangkat sebelah bahu dan Tok Wan pun melakukan perkara sama.

Aku. Tak. Faham.

RUMAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang