LAJU sahaja tanganku bergerak di atas kertas menandakan aku menulis dengan tekun. Kiri kanan sudah tidak dipandang. Walaupun aku berasa sedikit kesunyian kerana tidak mempunyai kawan di sekolah baru. Aku persetankan aje perasaan itu.
Memegang gelaran pelajar baharu agak membosankan kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai rakan karib tersendiri. Awalnya sahaja aku ditegur ramah. Sekarang, semua dengan rakan-rakan sendiri semula.
Tak apalah, normallah tu. Aku memujuk hati.
"Masa tinggal lagi lima minit, lepas ni, kamu boleh pergi rehat."
Pemberitahuan daripada cikgu yang mengajar Bahasa Melayu itu membuatkan aku bertambah gelabah. Aku dah lambat! Bercakap tentang waktu rehat, aku akan pergi dengan siapa?
Memikirkan tentang itu, tangan yang bergerak laju menulis tadi terhenti. Keluhan dilepaskan, aku memandang orang di sebelah kanan. Sebelah kanan aku diduduki oleh seorang lelaki.
Tapi nampak dari gaya tu macam sombong. Tak beranilah aku nak tegur.
"Kau tak nak rehat ke? Duduk tengok aku macam tu, kerja kau tak akan siap." Dia mula meletakkan pen ke dalam bekas pensel. Mengemas meja yang sedikit berselerak.
Sudah ramai pelajar mula menghantar kerja dan keluar meninggalkan kelas ini.
Aku menggeleng kepada dia. Geleng untuk apa? Tak tahulah. Kembali memandang kertas, tiba-tiba sahaja kertas aku ditarik oleh dia. Pen yang berada di pegangan aku, sudah selamat berada di tangan dia.
Laju dia tolong membuatkan kerja sekolah aku. Tercengang tapi aku hanya membiarkan.
"Tak apa, aku boleh buat sendiri." Lemah sahaja suara dituturkan, tangan aku cuba menarik kertas itu kembali.
Pap! Tangan kirinya menahan kertas aku daripada diambil oleh aku sendiri. Kejap dia menjeling ke arah aku, tidak membenarkan. "Orang nak tolong tu cuba bersyukur." Matanya masih memandang kertas.
"Nanti cikgu marah.." Aku memandang cikgu kami itu. Memanglah dia nampak ayu dan lemah lembut tapi itu bukan sebab untuk aku mengambil kesempatan.
Dia tidak mengendahkan apa aku cakap sebaliknya terus sahaja menulis. "Asal kau pindah sini?" Kasar dia menyoal.
Apa cara elok dah tak ada ke? Dari tadi ajak borak macam nak bertumbuk. Tak apalah, Kejora. Dia tu memang ganas agaknya. Pujuk hati sendiri, lagi.
"Nak pindah pun salah ke?" Aku membalas dalam nada nak bergaduh juga. Barulah adil.
Aku nampak dia seperti menyimpan senyum. Lidah dia sendiri, menolak dinding pipi. Membuatkan lelaki ini nampak sangat menarik di pandangan aku.
"Dah siap." Dia meletakkan kertas itu di hadapan aku. Pen aku diletak kasar di dalam bekas pensel. Memang kasarlah dia ni!
Terangkat bahuku kerana terkejut akan perbuatan dia. "Te.. terima kasih." Aku mula berdiri sambil memegang sehelai kertas untuk dihantar kepada cikgu.
Ucapan terima kasih aku langsung tidak dijawabnya. "Sekejap!"
Aku memasungkan kembali kaki ke lantai. Dia sedang menghulurkan kertasnya tadi kepada aku. "Hantarkan." Arahnya tanpa memandang sedikitpun muka aku.
Kertas bertukar tangan, automatik mata aku jatuh pada kertasnya. Satu benda yang menangkap permandangan aku adalah nama dia. Aku memang tertanya tentang namanya tapi terlalu takut untuk bertanya.
Nama dia.... Faraj? Faraj Purnama? Terbeliak mata aku. Ketawa yang hampir lepas sedaya upaya aku tahan. Mana boleh buat macam dah kenal sepuluh tahun.
"Weh.." Perlahan aku menyeru dia. Muka cuba dineutralkan sebaik mungkin.
YOU ARE READING
RUMAH
RomanceFajar Purnama X Elica Kejora "Weh, bola keranjang ni kurang angin." -Kejora "Buatlah bola tu marah, supaya dia naik angin." -Purnama Fajar Purnama, sebaris nama indah itu tapi sayang seribu kali sayang, percakapannya tidak indah pula didengar teling...