HARI terakhir aku di kampung. Esok dah kena pulang semula ke bandar. Kalau boleh, nak tinggal sini dengan lebih lama. Bersama Purnama. Eh, gedik kau, jah! Beberapa hari mengenali kembar Purnama, si Pasha, membuatkan aku lebih rapat dengan seorang Purnama.
Sebelum ini, mungkin aku tak tahu makanan kegemarannya selain roti. Sekarang, aku dah tahu. Semuanya daripada Pasha—rakan membawang aku.
Berada di sungai memberikan aku kesegaran luar biasa. Bunyi air mengalir, burung berkicauan dan angin sepoi bahasa menampar muka memang kombinasi terbaik.
Cumanya, pemandangan aku yang sedikit terganggu. Purnama yang berenang tanpa memakai baju dan hanya tersarung seluar panjang sahaja di tubuh. Aku dah kata, jangan main air, nak juga.
"Kejora..." Seru Purnama seraya mengeluarkan kepala dari paras air dan mendekat di hujung kaki aku.
Aku yang berada di atas batu tidak basah sedikitpun. "Iya?" Sahutku.
"Kau betul tak nak join aku berkuak lentang?" Soalnya dengan tangan yang memercikkan sedikit air ke mukaku.
Tak guna! Basah sedikit tudung dan bajuku akibat percikan itu. "Tak nak! Biar hantu air tangkap kau." Disebabkan aku marah, mulutku sudah celupar di tempat ini.
Purnama menjenggilkan mata. "Dah tu kau tak cemburu kalau 'dia' tangkap aku?" Mukanya cemberut, bau-bau nak merajuk.
"Eh, jangan cakap macam tu. Kita kat tempat ni." Sedar akan keterlanjuran kami berdua.
"Kau yang cakap dulu." Tak mahu mengalah pula Purnama.
"Hai, guys!" Pasha yang datang entah dari mana terus terjun ke dalam sungai juga. Pakej berbaju lengkap yang tidak dibuka dulu seperti Purnama.
Terkedu jugalah aku yang melihat. Sangat drastik ya dia masuk. Tak bagi signal.
"You all gaduh apa ni?" Pasha sudah mula berenang-renang sekitar Purnama. Sengaja mahu mengusik abangnya.
"Kejora ni, dia tak nak main air dengan aku." Adu Purnama kepada Pasha.
Amboi, pandai mengada, siapa ajar?
"Tak apalah. Perempuan, kan? Mana tahu mungkin dia bendera jepun!" Pasha acah-acah berbisik.
"Eh, suka hati akulah nak main air ke tak! Aku bukan macam kau orang! Lelaki senang. Sebab tu suka main air." Kataku separa jerit. Lepaskan geram.
"Okey apa main air daripada mainkan hati orang." Purnama tak berhenti membalas.
"Okay, stop! Sampai bila nak bergaduh ni? Tak sukalah gaduh-gaduh. Bingit telinga! Kau orang ni ada superpower menjerit ke? Kesian telinga I!" Pasha menepuk permukaan air dengan telapak tangannya bagi menghentikan kami yang berbalah.
Tapak tangan yang sakit akibat menepuk air, Pasha tiup. Konon nak bagi reda lah tu.
"Aku rasa kalau dia ni jadi superpower mesti dia jadi Super Mom. Ibu kepada anak aku." Purnama terus kembali berenang selepas itu, menjauhi aku dan Pasha.
Meninggalkan aku dan Pasha yang terkebil-kebil. Aku yang di situ mengemam bibir, tak tahu hendak memberikan reaksi jenis apa. Malu seribu kali malu.
Pasha sengih jahat. "Jalanlah." Dia berura-ura hendak mencuit aku. Tak kena pun sebab dia ni tahu jaga batas.
Buat muka keliru. "Jalan apa?"
"Jalan ke hati Purnama lah." Pasha juga berenang menjauhi aku setelah itu.
Antara kami, bukan ada apa-apa pun. Kawan biasa aje. Tak ada perasaan istimewa.
Mungkin.

ANDA SEDANG MEMBACA
RUMAH
RomanceFajar Purnama X Elica Kejora "Weh, bola keranjang ni kurang angin." -Kejora "Buatlah bola tu marah, supaya dia naik angin." -Purnama Fajar Purnama, sebaris nama indah itu tapi sayang seribu kali sayang, percakapannya tidak indah pula didengar teling...