Bab 5

10 5 6
                                    

"AKU nak join basketball sekolah kita." Beritahuku kepada Purnama yang sedang membasuh motornya. Aku berkeliaran di sekitar halaman rumah Purnama yang luas.

Purnama yang tadinya mencangkung, berdiri dengan drastik. Pancuran pili air hampir sahaja terkena aku. Aku mengelak dan cuba mengstabilkan kaki kembali. Kalau tergolek tadi, buat malu aje.

Terkejut sangat dia nampaknya. Wajahnya yang sedikit basah dengan peluh dan ada terkena buih sabun menjadikan wajahnya kelihatan comel.

Mulut Purnama melopong. Aku mendekatinya. Tuala yang berada di bahu lelaki itu aku ambil dan kibaskan. Dibawa perlahan-lahan tuala Purnama aku buat lap muka sendiri.

"Ingatkan nak lap muka aku tadi." Purnama memuncung sedikit. Merajuk.

Terus sahaja aku ketawa dan meletakkan kembali tuala ke bahunya. Kirim salam ajelah kalau aku yang nak lapkan.

Aku bersila di hadapan Purnama. Dia menutup kepala paip dahulu sebelum mencampak tali paip itu ke tepi dan barulah dilabuhkan punggung di hadapan aku.

"Kenapa tiba-tiba sangat kau nak masuk basketball sekolah?" soalnya tidak menyempat.

Aku menongkat dagu dan memandang tepat ke serata wajahnya. Buih yang berada sedikit di atas rambut dan pelipis membuatkan dia seperti kanak-kanak riang.

Purnama memetikkan jari di hadapan wajahku.

"Buih kat muka dan rambut kau." Aku menunjukkan ke arah rambut hitam berkilatnya yang tidak berjel itu.

Lantas dia mengambil tuala di bahu dan digosok kasar ke serata rambut dan wajah. Tuala kembali disangkutkan ke bahu. Rambutnya sekarang sangat tak teratur. Messy hair. Tak dapat dinafikan, dia memang hot habis.

"Okey. Apa sebab kau masuk?" Soalnya tak sabar.

"Aku nak banggakan mama.." Kataku sambil menekur tanah.

"Kejora..."

Aku mengangkat sebelah tangan tanda suruh dia berhenti. "Aku rasa aku tak cukup untuk dia orang. Aku kena jadi sempurna kalau nak jadi macam along dengan angah. Memang dia orang semua dah bekerja kalau nak dibandingkan dengan aku.." Aku menarik nafas seketika.

"Aku pelajar sekolah. Tapi aku tetap kena bekerja keras untuk gembirakan mereka." Luahku.

Purnama tergemap.

"Kau support lah aku. Aku tak ada orang lain untuk bagi aku semangat. Kau ajelah sumber untuk aku kuat." Rayuku. Memohon supaya dia mengizinkan aku untuk menyertai sama.

Mana boleh dia aje reti main basketball dan aku tidak. Purnama sangat terror bermain bola keranjang. Daripada dia tingkatan satu, dia sudah menyertai pasukan bola keranjang sekolah kami.

Dia mengeluh. "Aku tak nak tangan kau injured. Tak nak kau menangis sebab penat. Mental, fizikal kena bersedia." Terlepas juga kata dari bibir merah delima itu.

"Aku boleh lah." Sedaya upaya aku cuba yakinkan dia. "Tak perlu risaukan aku. Apa kata kau yang latih aku?" Cuba tawar menawar pula.

"Boleh, sayang. Boleh. Apa untuk kau, semua boleh." Seperti biasa, dia akan mengalah untuk aku. Hanya aku.

Aku ketawa perlahan. "Terima kasih!"













BOLA keranjang milik Purnama aku lantunkan guna dua-dua belah tangan. Dibalingkan ke dinding dan dia melantun kembali pada aku. Sudah 5 minit aku buat ini dan aku berhenti.

Purnama suruh aku berlatih menangkap bola dahulu. Bola tersebut aku peluk di antara tepi pinggangku dan tangan, aku mula duduk menyandar ke dinding. Peluh dimuka dibiarkan.

Habis skincare aku. Pesan Purnama, kalau nak bersukan, yang pertama mesti jangan kisahkan tentang rupa ketika bermain. Kedua, fokus dan matlamat kita hanya bola keranjang tersebut.

"Kau jangan kisah sangat pasal muka berpeluh atau tudung herot. Kau memang dah cantik walau macam mana sekalipun." Pesanannya terngiang-ngiang di dalam benakku.

Lantas, senyuman kecil mula terukir. Purnama itu ibarat segalanya pada aku. Mati dia, mati jugalah jiwa aku.

"Kedua, kau kena fokus dekat bola. Anggap bola tu macam hati kau. Jangan lepaskan pada orang yang salah." Pesannya lagi. Tersenyum senget, dia menyambung. "Lepaskan pada aku boleh. Sebab aku orang yang tepat."

Aku tersenyum lebar pula. Argh! Dia boleh buat aku gila. Comel comel comel!

"Berangan apa sampai senyum macam orang gila?"

Terus lamunan aku terhenti. Rosak betul mood aku.
Purnama yang duduk di sebelah aku, dijeling sekilas.

Purnama menghulurkan sebotol air mineral yang telah dibukakan penutupnya kepadaku. Huluran itu aku sambut.

Aku meneguk agak rakus. Hausnya. Air yang sedikit terjuih dari pinggir bibir, aku lap menggunakan hujung lengan baju.

"Tak ada apa." Dalihku.

Aku melantunkan bola keranjang ke lantai beberapa kali sebelum menyedari sesuatu yang tidak kena dengan bola itu.

Lantunan terhenti bila aku menangkap bola tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan. "Wei, bola keranjang ni kurang angin." Bola keranjang itu terasa sedikit ringan di peganganku.

"Ya ke? Bak sini bola tu." Dia merampas bola tersebut dari peganganku. Diputarkan bola keranjang menggunakan hujung jari telunjuk dengan cekap.

Sengaja nak tunjuk skill depan aku ke apa ni?

"Haah lah. Kurang angin." Dia mengangguk kepala berkali-kali.

"Alamak, kita tak ada pam, kan?" Nampaknya, kami tak boleh nak berlatih dah.

Dapatlah aku berehat! Eheks.

"Jangan nak lari latihan dengan aku!" Purnama awal-awal sudah melarang.

Macam mana dia boleh baca fikiran aku ni? Takut pula dibuatnya.

"Aku memang dapat tahu apa dalam otak kau. Aku guna kata hati." Seakan tahu yang aku mengutuknya di dalam hati, dia berkata lagi.

Seram ya.

"Ha aku tahu!" Tepi kepalanya seakan keluar mentol yang bercahaya menandakan idea yang datang.

Aku bersiap sedia mendengar.

"Kita buat bola ni marah."

Idea gila jenis apa ni? Terangkat keningku tinggi. "Kenapa?"

"Kalau kita buat bola ni marah, nanti dia naik angin."

Satu persatu ayat itu aku hadam. "Purnama!!" Aku menjerit namanya. Senang aje aku hampir terpedaya. Apa ingat naik angin tu jenis apa? Macam nak marah.

Dia sudah terkekeh ketawa dan mula berlari meninggalkan aku yang sedang duduk. Bangun dan bersedia untuk mengejar dia. "Tak nak kawan!" Aku mula mengejarnya.

Purnama memusing separa kepalanya ke arahku yang berada di belakang. Lidah dijelir mengejek. "Kejarlah!"

"Kalau aku dapat kau, tak lepas kau aku buat!"

Dia berhenti drastik dan memusingkan badannya. Aku yang tak sempat berbuat apa terus sahaja melanggar badannya. Dia hanya tegak berdiri statik. Tangannya naik memegang kedua belah lengan aku untuk pastikan aku dapat seimbangkan diri.

"Kau dah dapat aku. Jadi, ambil lah aku." Matanya bercahaya merenungku seakan gembira dengan ugutan aku tadi.

Mulutku terlopong. Purnama gila!

"Gila! Haram! Tak nak kawan." Aku sudah ingin berlalu pergi sebelum dia menghalang.

"Esok kita pergi mamak. Aku belanja kau. Jangan merajuk."

Okey, aku dah tak merajuk.

RUMAHWhere stories live. Discover now