BAJU kurung cotton berwarna hitam di badan aku betulkan kedudukannya. Tudung bawal berwarna krim membaluti kepalaku. Aku tak suka bawal! Awning nak betul aje dah ambil masa setengah jam.
Baju kurung dan tudung ni masih segar dibeli semalam ya!
Mama sudah meninggalkan aku seorang diri terpinga-pinga di luar rumah tetamu ini. Rumah yang membawa nilai estetika yang kukira agak tinggi menghiasi kornea mata. Gabungan papan dan juga simen menjadikan ia lebih istimewa.
Dua tingkat dan sangat lebar. Mahu aku sesat kalau masuk ni. Papa sudah berbual dengan orang-orang surau.
Aduh, aku nak pergi mana? Sedang mata aku melinggas ke sekitar halaman rumah mereka, kepala aku terlanggar dada seseorang. Aku tak kisahkan orang yang dilanggar terus aje aku membetulkan awning.
"Fikir senang ke nak betulkan awning?" Cemuhku. Harapnya orang yang aku langgar tu dengar.
"Maaf, si cantik. Tak perasan." Ucap lelaki di depan aku ni. Dia masih statik berdiri di hadapan aku.
Mengangguk malas aku masih membetulkan awning dan berlalu pergi meninggalkan dia. Masuk aje dalam rumah, di ruang tamu penuh dengan manusia. Mataku tertancap pada pelamin ringkas, sederhana besar. Diduduki oleh seseorang.
Macam kenal. Macam pernah nampak. Bezanya, dia pakai tudung hari ini. Ini bukan ke budak perempuan yang dengan Purnama hari tu? Bertunang? Dengan Purnama ke?
"Cantik kan tunang saya?"
Teguran mengejut itu membuatkan bahuku terangkat. Terkejut aku!
Menjeling orang di sebelah, aku mengecam wajahnya. Orang yang aku langgar tadi kut.
"Putera, sini duduk sebelah tunang. Apa pula duduk sebelah perempuan lain?" Seorang perempuan yang berumur lingkungan 30-an menegur lelaki itu.
Putera senyum tidak bersalah dan mula melangkah meninggalkan aku. Perempuan itu sudah menjeling aku semacam. Tak selesa akan pandangannya, aku mula berura-ura hendak mengundurkan diri.
Aku menapak ke belakang perlahan-lahan sebelum kakiku tersalah landing dan kakiku terpijak kain sendiri! Dengan redanya, aku rela dimalukan dalam majlis tunang orang ni!
Lain pula jadinya bila ada tangan kekar yang melilit pinggangku. Aku jatuh dalam dakapannya. Dia mendirikan diriku kembali.
Mataku tak berkelip memandang kewujudannya di hadapan mata. Rindu! Kata-kata itu hanya aku simpan dalam hati. Mata tidak henti-henti menyoroti dia yang kacak dalam baju melayu berwarna hitam. Eh, boleh pula sedondon.
"I miss you too, Kejora." Yakin!
Aku berdeham dan pantas menundukkan pandangan. Apa aku nak buat ni? Sudah sah-sah dia tiada apa-apa dengan perempuan tu! Aku aje yang fikir buruk tentang dia.
"Kau buat apa kat sini?" Aku menyoal dia dalam gugup.
Bertambah gugup bila dia tengok aku macam tak pernah tengok orang. Memang aku jarang pakai bawal. Selalunya, shawl ajelah. Buruk sangat ke rupa aku?
"Saudara jauh aku nak bertunang. Mestilah aku ada." Jawabnya dengan mata yang tak sudah-sudah tenung aku macam nak tembus.
Mulut aku membentuk 'o'. "Aku buruk sangat ke Purnama? Kenapa tengok aku macam tu?"
Tawa kecil terlepas dari celahan bibir merah delima itu. "Cantiknya kau pakai bawal. Nampak macam gadis melayu terakhir. Gadis akulah yang pasti."
Buat-buat tak dengar akan pujiannya. Terus aku julingkan mata ke atas.
"Kau tak balas chat aku. Something bad happen?" Tenang dan seakan tidak syak yang aku nampak perkara yang berlaku di kedai mamak.
"Macam biasa. Papa baling telefon aku." Jawabku acuh tak acuh.
"Before that? Mesti ada sesuatu berlaku. Kenapa tak muncul dekat mamak? Penat aku tunggu seorang-seorang."
Pernyataan yang keluar daripada Purnama membuatkan aku tergemap. Hujung baju kurung aku genggam. Tak faham.
Pertama, patutkah aku bagitahu yang hati aku patah bila melihat dia dengan yang lain? Aku tak mahu merosakkan persahabatan yang terjalin.
Kedua, seorang diri? Habis tu, apa yang aku lihat dan dengar? Tipu atau benar?
Aku pilih untuk diam.
"Betul kau seorang diri time dekat mamak?" Soalku, meminta kepastian dan kebenaran daripada dia.
Dia angguk. Wajahnya yang menunjukkan tiada riak resah seorang penipu terpampang. Aku kenal Purnama, tak pernah dia menipu sepanjang kami berkawan. Mungkinkah sepanduk dua serupa yang aku lihat hari itu?
Dengan suasana mamak yang sedikit bising mungkin itu suara orang lain. Mungkin. Aku juga datang awal pada hari itu.
Purnama memetik jari di hadapan muka aku. "Cuba bagitahu aku. Apa yang terjadi?" Dia masih cuba mengorek.
Okey, aku rasa betul yang bukan dia di situ. Habis tu, siapa? Muka sama kut.
Tak sempat untuk aku buka mulut dan ceritakan hal sebenar, ada seorang lelaki muncul dan menepuk bahu Purnama. Wajahnya.. Badannyaa... Semua persis seorang Purnama. Satu aje yang lain. Lelaki itu mempunyai air muka yang sedikit lembut.
Perwatakan seperti seorang yang lembut.
"Ayah panggil. Buat apa kat sini? Oh, sebelah tu awek eh?" Dia menegur Purnama dengan tangan yang meliuk-lentok. Purnama pula hanya kekal dengan wajah bekunya.
"Kau saje kan? Ayah tak panggil pun kan? Saje nak kacau daun!" Seperti sudah faham dengan karenah, lelaki yang muka sebijik dengannya, Purnama menjeling.
Terus aje si dia tu muncung sedepa sambil menguis bahu Purnama. Apa yang dikuisnya? "Tak nak kenalkan ke dia tu?" Bisiknya sambil menjeling aku sedikit.
Purnama mengeluh dan merapati aku sehingga bahu kami berlaga sedikit. "Kenalkan, ni Fajar Pasha." Dengan tak ikhlas, dia memberitahu.
Aku berbalas senyuman dengan Fajar Pasha.
"Kembar aku." Sambungan daripada Purnama membuatkan mulutku melopong.
Kenapa aku tak pernah tahu?
"Hai, kita kembar Fajar." Beritahunya sambil menghulurkan tangan hendak bersalam.
Aku hanya berikan senyuman dan menggeleng. Buat-buat faham ajelah. Haram! Kembar dia ni sama aje dengan dia.
Purnama menepuk tangan Pasha yang masih di udara itu. Pasha pantas mengusap kesan pukulan itu. Alah, sikit aje kenanya.
"Dahlah, aku pergi dulu. Tak nak jadi orang ketiga. Macam Ira Kazar." Ayat yang terakhir dibiskkan gaya mak cik bawang.
Tawa kecil terlepas di bibir aku dan Purnama.
"Kenapa aku tak pernah tahu pasal kembar kau?" Soalku dengan kening terangkat.
Entah-entah di mamak hari itu pun, kembar dia. Aku aje yang menuduh itu Purnama. Jadi, aku putuskan untuk buat-buat tak tahu. Kan senang. Yang susah tu, untuk buat-buat lupa. Tiber.
"Dia duduk dekat kampung. Easy to say, our dad hates him more." Jelasnya.
Aku terangguk sendiri. Kesian mereka. Kembar tak sepatutnya dipisahkan. "Why?"
"Perhaps, because he accused Pasha was the one of reason our mum dead." Sebelah bahu diangkat.
Mukutku membentuk 'o'. Malas mahu menanya menyentuh isu sensitif ini, aku menukar soalan. "Siapa abang siapa adik?"
"Susah nak bezakan ke tu?" Soalan berbalas soalan.
"Haah. Nasib aku tak tersalah ajak borak."
Dia tertawa kecil. "Aku abang."
"Apa yang bezakan kau orang dua eh?" Aku meneliti seluruh wajah Purnama. Nanti boleh aku cari bezanya apa.
"Beza dia, aku kau punya."
"Dia tu... Entah siapa punya."

ANDA SEDANG MEMBACA
RUMAH
RomanceFajar Purnama X Elica Kejora "Weh, bola keranjang ni kurang angin." -Kejora "Buatlah bola tu marah, supaya dia naik angin." -Purnama Fajar Purnama, sebaris nama indah itu tapi sayang seribu kali sayang, percakapannya tidak indah pula didengar teling...