Prolog

79.3K 1.8K 64
                                    

"Tya, jom la kita main dekat sana pula. Sini banyak nyamuk la aku asyik kena gigit je" adu Sophea sambil tangannya menggaru tangan yang penuh dengan bintat digigit oleh nyamuk.

Dirinya memang tak boleh duduk di kawasan yang banyak pokok tanaman. Mudah naik gatal gatal pada seluruh tubuhnya.

Puan Amanda, mommy kepada Tya sudah larang bermain disitu kerana banyak nyamuk. Tetapi biasa lah mereka yang budak ini mahu berangan seperti main masak masak di kawasan yang kononnya dibuat seperti kampung.

"Okay tapi jap aku nak ambil air dekat dalam. Kau pergi sana dulu eh" Tya menunjuk ke arah kawasan yang lapang di hadapan halaman rumah Puan Amanda itu. Sophea tidak tunggu lama, dia terus ke tempat yang ditujunjuk oleh Tya dan dijamin tiada nyamuk.

Sedang Sophea kusyuk menyusun semula mainan masak masak yang dimain bersama Tya sebentar tadi, terdapat sebuah motor memasuki perkarangan rumah.

Sophea sudah senyum dengan lebar bila lihat motor yang cukup dia kenali.

"Assalamualaikum" ucap seseorang yang baru sahaja melangkah turun dari motor tersebut sambil berjalan ke arah Sophea.

"Waalaikumussalam" jawab Sophea sambil tangannya masih sibuk menyusun mainan yang masih banyak itu.

"Mana Tya?" tanya orang itu dengan suara yang boleh dikatakan cukup garau. Tubuh diturunkan sama padan dengan Sophea yang bersila di atas tikar.

"Ada dekat dalam, dia ambil air" wajah lelaki itu dipandang sekejap lalu ditunduk semula. Tahap malu Sophea kalau mengikut skala 1 hingga 10 mungkin malunya berada di tempat ke-8.

Fahim Mikhael hanya senyum melihat Sophea di depan mata. Dia sudah biasa melihat Sophea berada di rumahnya bermain bersama Tya, adiknya.

"Abang nak main sekali boleh?" soal Fahim yang kini turut duduk bersila berhadapan dengan Sophea. Penat baru pulang dari kelas terus hilang bila lihat Sophea berada di depan mata.

Sophea sudah mula berdebar bila sedar yang kini  mereka berdua sahaja. Kenapa Tya lama sangat ambil air?

"Abang nak main masak masak ni ke? Abang tak penat ke baru lepas balik sekolah? Sophea yang dari tadi main masak masak ni pun penat." soal Sophea bertubi tubi pada Fahim.

Fahim tidak lepas dari melihat Sophea yang petah bercakap dari tadi. Ada lagi ke budak 11 tahun masih main masak masak macam ni? Sophea dengan Tya tidak jemu agaknya main mainan yang sama boleh dikatakan hari hari.

"Sophea tak nak kasi abang main ke? Tak apa la abang masuk dulu la macam tu" Fahim sengaja mahu buat buat merajuk. Beg yang berada di sebelah di ambil oleh Fahim seperti mahu bangun dari tikar tersebut.

"Eh bukan macam tu. Sophea tanya je tadi, abang nak main yang mana?" Sophea yang termakan dengan lakonan Fahim cuba memujuk semula.

Makin lebar senyuman Fahim. Kenapa la adiknya Tya tak secomel Sophea yang di depan mata ini.

"Abang nak teman Sophea je. Sophea main la abang nak duduk sini je" ujar Fahim jujur, memang itu niatnya. Ingin duduk bersama dengan gadis kecil cantik ini.

"Okay, abang tunggu eh Sophea masak kejap" tangan kecil itu sibuk memotong bahan masakan yang plastik itu. Dirinya dan Tya memang kuat berangan bila duduk bersama.

Fahim pun layankan saja lakonan Sophea itu. Nampak berbeza cara layanannya diantara Tya dan Sophea. Kalau Tya itu tidak ada lain, memanjang saja dia mahu sakitkan hati adiknya seorang itu.

Bila dengan Sophea, terus berubah Fahim menjadi orang paling soft spoken di abad 21 ini.

"Okay dah siap. Abang nak makan?" mata bulat bundar itu melihat Fahim dengan kepala disengetkan bersama tangan menghulur makanan yang masak tadi pada Fahim.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now