5 tahun kemudian
Hari hari Sophea seperti biasa, sungguh bahagia hingga tak terkata. Kini umurnya sudah 16 tahun, hubungan kekeluargaan nya dengan Tya juga semakin rapat. Puan Amanda juga turut mengatakan yang Sophea ini tidak jauh seperti anak kandungnya sendiri.
Hubungan nya dan Fahim pun masih kekal macam biasa cumanya kini sedikit renggang kerana Fahim sibuk dengan sambung pelajarannya. Jika dia pergi ke rumah Tya pun, jarang sekali dia dapat berjumpa dengan lelaki itu.
Tetapi jika lelaki itu cuti sem, ada saja mereka berjumpa. Masih sama cara layanannya, tiada yang berubah. Fahim pun sudah meningkat menjadi seorang remaja begitu juga dengan dirinya.
Kalau dulu masa dia masih sekolah rendah, boleh la dia mahu gurau ataupun rapat dengan Fahim. Kini perasaan malu untuk berhadapan dengan Fahim itu tinggi, atau boleh dikatakan dia sudah jatuh suka pada abang kawan nya itu.
Fahim dari dulu sentiasa ada dengan nya. Sangat la bohong jika nak katakan yang dia tidak punya apa apa perasaan terhadap lelaki itu. Cara layanan Fahim sudah cukup buat dirinya jatuh tergolek ke hati Fahim.
Sophea tidak berani mahu cakap hal ini dengan siapa siapa mahupun Tya, dia memilih untuk tutup mulut dan simpan saja dalam hatinya. Biar la dirinya seorang saja yang tahu akan hal ini. Belum bersedia mahu luahkan pada Fahim.
Lagipun umurnya terlalu muda untuk perkara sebegini. Fahim pula sudah menganjak umur yang ke 20 tahun, tak kan lelaki itu mahu sukakan perempuan yang masih sekolah seperti dirinya ini.
Suka dalam diam ni walaupun sakit, tapi tak apa la. Dia rela dari rahsianya diketahui oleh orang sekeliling.
Hari ni merupakan hari kebahagiaan abang sulungnya, Aryan. Dari minggu lepas dirinya busy menguruskan pelbagai hal untuk majlis abang nya ini.
Dia la yang tolong cari barang goodies, dia la yang tolong cari bag untuk pack barang, dia la yang kena cari homestay untuk sedara mara yang datang, semuanya dia. Begini la hidup seorang anak bongsu, semua nya diserah.
Mujur urusan nya semua dipermudahkan dari A-Z. Mujur juga ada Tya, banyak juga gadis itu tolong dirinya. Sama sama mencari, sama sama selesaikan.
"Sophea, mana dulang yang ibu beli haritu ya? Nak letakkan barang barang goodies ni ha tak ada tempat" panggil Puan Maria, ibu kepada Sophea.
"Jap ibu, Sophea tengah pakai tudung nanti Sophea cari terselit agaknya" jawab Sophea sambil menyiapkan dirinya. Kadang dia terfikir, kalau dia tiada bagaimana persiapan majlis ini disiapkan?
Tak kan mahu harapkan abang kedua nya itu, Adrian. Lambat lagi abang nya itu nak buat kerja seperti ini. Kalau kacau, mengganggu itu ialah nombor satu diberikan.
Sophea yang sudah yakin dengan penampilan dirinya di depan cermin, keluar dari bilik ingin mencari dulang yang dikatakan oleh Puan Maria itu tadi.
"Wah, cantiknya anak dara sorang ni. Siapa yang kahwin sebenarnya ni?" usik maklong selaku kakak kepada ibunya.
"Eh maklong ni, tak ada nya. Abang kahwin kan, kena la raikan sama sama" jawab Sophea tawa mesra pada maklong itu. Bukan dia tidak tahu, maklongnya itu memang suka mengusik dirinya dari kecil.
"Ni ibu dulangnya" Sophea hulurkan dulang yang dicari oleh Puan Maria itu tadi. Terselit belakang kotak kotak, mana nak nampak.
"Thank you anak ibu, cantik anak ibu sorang ni. Ada orang yang special nak datang ke?" kini giliran Puan Maria pula yang mengusik anak bongsunya itu.
"Apa ibu ni, Sophea macam biasa je la" Sophea sudah tersenyum malu bila dipuji oleh ibunya. Rasanya dia macam biasa sahaja, cuma dia kenakan solekan yang nipis. Tiada yang berubah pun.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...