"Morning baby" ucap Fahim dengan suara serak basah nya.
Itu la perkataan yang dia akan sebut setiap pagi selama seminggu bersama dengan Sophea.
Bahagia hidup dia selama seminggu ini. Mana nya tidak happy, celik je mata muka Sophea.
Makin hari makin merenyam perangai Fahim bila dengan Sophea. Sampaikan tak terlayan Fahim punya gedik.
"Baby, wake up. Kejap lagi kita kena gerak rumah mommy" Fahim menarik comforter yang membalut tubuh Sophea.
"Fahim, no" jawab Sophea meleret, dia menyelubung seluruh tubuhnya dengan comforter tersebut.
"I call mommy la suruh dia cancel majlis hari ni" Fahim buat-buat mahu mencapai phone nya.
Hari ni majlis resepsi belah Fahim pula. Puan Amanda suruh mereka balik ke rumahnya semalam, Fahim tak dapat nak tunaikan janji mommy nya itu.
Ada kerja lain yang perlu diselesaikan.
"Jangan la" Sophea mengeluarkan tangan nya sedikit dari comforter untuk mencapai tangan Fahim.
"Baby penat, I suruh je la mommy cancel" ujar Fahim sengaja ingin mengusik Sophea.
"Ish!" Dengus Sophea lalu bangun, dia terus menuju ke dalam toilet dengan badan nya diselubungi comforter.
Fahim tersenyum melihat Sophea yang berjalan terkedek-kedek dengan comforter meleret di atas lantai.
"Baby tak nak I teman ke?" Soal Fahim mengekori belakang Sophea.
"Diam!" Jawab Sophea tegas sebelum meloloskan dirinya dalam toilet.
Tak sempat Sophea nak tutup pintu, satu tangan menahan terlebih dahulu.
"Tapi I nak teman baby"
Kaki Sophea terus tak jejak lantai disebabkan oleh Fahim.
Beberapa jam kemudian,
"Sampai pun, kenapa lambat? Mommy call sorang pun tak jawab" Puan Amanda bercekak pinggang di hadapan pintu menyambut anak menantu.
"Fahim ni ha mommy, kalau tak pukul 8 dah sampai" Sophea mengadu pada Puan Amanda lalu berdiri di belakang mak mertuanya.
Ternaik kening Fahim, Sophea mengadu pada mommy nya? Tapi bukan salah dia pun, orang kata dapat pahala kalau meluangkan masa dengan tepat jangan membazir.
"Fahim buli anak mommy ke?" Soal Puan Amanda pada Sophea.
"Eh siapa anak siapa menantu ni?" Sampuk Fahim tak puas hati.
"Kamu diam. Kesian anak mommy ni kena hadap budak si Fahim" Puan Amanda mengusap bahu Sophea.
"Apa mommy ni?" Rungut Fahim, matanya tak lepas dari Sophea yang duduk di belakang Puan Amanda.
"Sudah, mari masuk. Majlis lagi tiga jam nak start, nasib kamu berarak lepas Zohor ada la juga masa nak bersiap. Mommy suruh balik semalam degil, kalau ikut cakap mommy kan tak payah nak tergopoh-gapah macam ni" bebel Puan Amanda sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
"Sayang ingat boleh lari? Dah mengadu dengan mommy senang je nak lari dari I" ujar Fahim perlahan sambil menahan tangan Sophea.
"Fahim! Jangan nak buli anak mommy lagi" marah Puan Amanda yang dapat tangkap perbuatan Fahim.
"Ya mommy" jawab Fahim perlahan.
"Sophea pergi masuk bilik Tya, MUA dah tunggu dekat dalam." Ujar Puan Amanda.
"Baik mommy, Sophea pergi dulu" Sophea melepaskan tautan tangan Fahim lalu menuju ke bilik Tya.
"Yang kamu ni nak ke mana?" Puan Amanda menahan Fahim yang mengekori Sophea.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...