"Kak Sophea, sorry kalau ganggu tapi ada customer buat kecoh dekat depan. Dia tengah bertekak dengan Lisa, Nisa tak tahu nak buat apa" ujar Nisa serba salah.
Sophea sudah memicit kepalanya. Lately ni banyak sangat masalah yang datang berkenaan dengan boutique nya. Sejak dia buka boutique ini semula 3 minggu yang lepas, boleh dikatakan setiap hari ada masalah.
Owner kedai naikkan harga sewa secara mendadak.
Stock baju kekurangan.
Condition baju tak sama dengan yang sebelum ni.
Customer buat kecoh tak tentu pasal.
Customer pulangkan semula baju.
Semua perkara itu Sophea kena handle sendiri tanpa sokongan orang lain. Sudah la dia selalu rasa tak sedap badan.
Fahim. Last jumpa 3 minggu yang lepas, messages pun lelaki itu jarang balas.
Bukan nya Sophea tak faham dengan kerja Fahim tapi dia rasa diabaikan oleh lelaki itu.
Hantar messages pagi, malam baru Fahim balas dan perbualan tamat macam tu sahaja.
Fahim dihantar ke luar negeri atas urusan kerja yang diarahkan oleh pihak atasan.
Sophea faham akan perkara tersebut cuma dia tak boleh terima bila rasa hubungan nya dengan Fahim macam semakin renggang.
Kini sudah sebulan mereka bergelar suami isteri.
Mungkin Sophea terlalu ikutkan perasaan.
"Akak, boleh saya bantu?" Soal Sophea kepada customer tersebut.
"You owner kedai ni ke?" Sophea mengangguk sebelum mukanya terkena baju yang dicampak oleh customer itu.
"Kalau nak berjual, buat cara berjual. Material sampah macam ni kalau I pergi bundle pun tak jumpa tau" customer itu terus sembur Sophea yang berada di hadapan.
"Saya minta maaf kalau ada kekurangan dengan baju ni tapi saya rasa kita boleh settle cara baik" Sophea tunduk mengambil baju tadi yang berada di lantai.
"Dengan orang macam you memang tak layak guna cara baik. Elok la material baju macam tu, owner sendiri sama sampah" Sophea hanya menelan setiap perkataan yang dikatakan oleh orang itu.
"Eh akak kalau nak buat kecoh dekat sini hina-hina orang baik akak pergi balik. Saya masih hormatkan akak sebagai customer jangan sampai-" kata-kata Lisa terhenti bila Sophea memegang tangannya.
"Memang padan korang semua ni kerja sama-sama. Majikan bodoh pekerja pun ikut bodoh" ujar customer itu sinis sambil tangan nya memeluk tubuh.
"Saya akan bagi refund pada akak dan saya harap kita dapat settlekan benda ni dengan elok" Sophea masih menggunakan cara yang lembut.
"I pun tak hamak la nak refund dari you. I boleh beli dekat kedai lain yang lebih bagus" balas customer itu lalu menuju ke pintu keluar.
"Dah kalau banyak sangat duit beli la yang branded!" Jerit Lisa sebelum customer itu keluar dari boutique.
"Sorry, I tak tahu pula jadi teruk sampai macam ni. I pun tak tahu apa punca" ujar Sophea perlahan, badan dia sungguh lemah ketika ini.
"Eh akak jangan minta maaf. Kitaorang tak ada masalah pun, customer tu je ha yang kecoh lebih" jawab Lisa dengan nada yang geram, kecil besar kecil besar je dia tengok customer tu.
"Lisa, kau tengok kak Sophea betul-betul. Muka dia pucat la" Nisa berbisik pada Lisa lihat Sophea yang sedikit terhuyung-hayang.
"Akak okay tak?" Tanya Lisa mendapatkan tubuh Sophea yang semakin lemah.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...