Chapter 3

32.7K 1.5K 53
                                    

"Abang! Sophea pinjam Yariz" jerit Sophea sambil menuruni anak tangga memberitahu abang nya. Dia mahu pergi ke boutique awal hari ni kerana semalam seharian dia tidak datang.

"Eh Sophea tak breakfast dulu ke?" Soal Melia bila lihat Sophea berdesup turun kebawah. Laju betul adik ipar nya itu berlari keluar rumah. Macam kena kejar pun ada rupa nya.

"Tak sempat kak, Sophea nak kena cepat. Sorry!" Hari ni dia perlu siap kan beberapa perkara sebelum jumpa dengan Datin Roziah, customer boutique nya. Mereka ingin bincangkan tentang wedding dress yang ditempah oleh Datin itu.

Untuk pengetahuan, Sophea juga ada mengambil tempahan berkenaan baju nikah tetapi hanya yang simple-simple sahaja. Saja mahu membuat side income kerana dia memang minat bila melihat dress kahwin yang dibuat sendiri terletak elok di tubuh orang.

"Kak Sophea, awal nya hari ni" tegur Alya, staff Ary's Boutique yang sudah lama bekerja di situ sejak boutique ini ditubuhkan.

Terkejut diri nya masuk-masuk boutique, boss nya itu sudah ada di dalam. Jam masih awal kalau nak ikutkan waktu boutique ini beroperasi.

"I kena siapkan proposal untuk bagi dekat Datin Roziah tu nanti. Semalam I lupa yang I kena jumpa dia. Nasib baik dia okay untuk tunda ke hari ni" Kalut dibuatnya. Nasib la datin itu okay saja bila perjumpaan mereka dibatalkan serta merta.

Salah dirinya kerana pentingkan emosi dari business sendiri. Dia boleh lupa yang dia perlu berjumpa dengan Datin Roziah soal baju nikah yang mahu ditempah.

"Kak Sophea ada nak Lya tolong apa-apa tak? Lya boleh tolong" tanya Alya menghulur bantuan. Dia melihat boss nya itu seperti serabut jadi dia berkira-kira mahu tolong.

Kenapa Alya tidak memanggil boss kepada Sophea? Kerana Sophea sendiri tidak mahu staff nya memanggil dengan panggilan itu. Dia bukan la orang atasan untuk dipanggil dengan panggilan boss. Tanpa staff nya, boutique ini tidak akan berjalan dengan lancar. Dia hanya menubuhkan boutique ini dan selain itu staff nya yang banyak membantu.

"It's okay Lya. You semalam dah jaga boutique ni, you pergi la breakfast dulu ke apa ke. Awal lagi kan nak buka boutique" Sophea tidak mahu menyusahkan staff nya itu, semalam sudah la dia suruh Lya batalkan semua meeting last minute. Buat nya orang di belah sana tidak setuju, tak ke Lya yang kena marah dan sebagainya? Jadi hari ni biar la dia settle kan semuanya.

Alya hanya mengangguk dan bergerak ke bungkusan nasi lemak yang dibelinya tadi. Sekarang baru pukul 830 dan boutique buka pada pukul 10. Jadi, dia masih banyak masa untuk berlenggang. Dia memang suka datang ke boutique ini awal kalau boleh, nak tidur terus di sini. Boutique ini lengkap dengan segala benda dah seperti rumah, sungguh selesa buat diri nya.

"Yo Lya tonggek" tegur seseorang sambil menolak badan Lya yang sedang menjamu selera ke depan. Tersedak dibuatnya bila kena tolak.

"Oiii! Elok la sikit aku tengah makan ni" marah Lya. Aqil atau nama glamour nya Qila, hanya tertawakan kan saja rakan sekerja nya itu tanpa rasa bersalah.

Lya menjeling kawan nya itu dengan pandangan menyampah. Dah la muka berbulu tapi sibuk nak jadi perempuan. Semalam rambut blonde hari ni ginger pula. Esok lusa mahu botak perempuan jadian itu.

"Kau gelak pehal? Aku tumbuk nanti terus jadi jantan kau" rakan nya itu memang nyah. Tak tahu la kenapa jadi sampai macam tu sekali, dilukai oleh kaum perempuan banyak kali agaknya.

"Eleh kau. Try la sini kalau berani" cabar Aqil menunjuk buku limanya di depan muka Lya.

Mereka memang gaduh mulut, tetapi dua dua menganggap perkara itu hanya gurauan. Tidak mengambil hati pun, memang cara mereka bergaduh agak kasar tapi masing masing boleh terima dengan hati terbuka.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now