Chapter 19

26K 1.2K 48
                                    

"Nok! You dengar tak I cerita ni?" Peha Sophea dipukul sedikit kuat dengan hanger baju yang berada di tangannya itu.

Aqil memandang Sophea tidak puas hati yang dari tadi mengelamun. Penat dia bercerita!

"Ha apa dia?" Sophea tersedar dari termenung. Dirinya seperti tak betul lepas dengar perkataan yang keluar dari mulut Fahim tadi.

Dunia nya seolah-olah terhenti. Fahim tu gila ke? Atau dia yang gila sekarang ni?

"You kenapa? Penat I cerita dari tadi. Nak merajuk la macam ni" rungut Aqil dengan muka sudah berubah menjadi cemberut.

Aqil yang memeluk tubuh membuatkan Alya di sebelah tertawa. Gedik betul mamat nyah sorang ni!

"Ala sorry la, I termengelamun tadi. Cerita balik I dengar" pujuk Sophea serba salah bila tidak mendengar cerita Aqil dengan betul.

Dalam masa yang sama, dia mahu lupakan kata-kata Fahim yang tadi.

"Semalam nok, I pergi makan dekat satu cafe ni. I sorang je time tu then you nak tahu nok!" Aqil mengetuk kepala Sophea menggunakan hanger sekali lagi dengan perlahan.

"Ish cerita je la, ketuk I pula" marah Sophea bila kepala nya diketuk tiba-tiba. Suka hati saja ketuk kepala orang.

"Okay okay. Lepas tu ada sorang laki ni nok! Dia datang dekat arah I siap duduk sebelah terus! Eee dah la handsome you tahu, nasib I waras lagi" ujar Aqil sedikit excited, kelihatan lelaki itu seperti menggeletis. Pantang nampak lelaki handsome sikit, mula lah nak merenyam satu badan.

"Tu je?" Soal Alya menunjukkan muka toya nya, sangat lah tak gempak cerita mamat ni.

"Diam la kau, aku nak cerita dekat Sophea je kau yang sibuk dekat sini" jeling Aqil menyampah pada Alya. Semak saja nak pasang telinga.

"Lepas tu?" Soal Sophea memberhentikan pergaduhan dua orang pekerjanya itu.

"Dia ajak I check in. Memang tak la! Siap pegang-pegang peha I lagi, mak terus turn off!" ujar Aqil dengan nada geram sambil memeluk tubuh.

"Eee dengan lelaki pun dia nak ke" Alya buat muka seperti dia geli. Tubuh Aqil dipandang atas bawah sebanyak tiga kali.

"Sebab aku cantik sebab tu dia terpikat" balas Aqil sambil flip kan rambutnya lalu pergi dari situ.

Sophea dan Alya memandang antara satu sama lain. Tak faham dengan situasi yang berlaku.

Itu saja ke motif dia nak cerita? Suka hati ketuk kepala orang lepastu nak bagitahu pasal benda tu je?

Dasar mamat nyah gila.

"Kau kenapa sengih-sengih dari tadi? Macam kena pukau pula aku tengok" tegur Emeyr yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik Fahim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau kenapa sengih-sengih dari tadi? Macam kena pukau pula aku tengok" tegur Emeyr yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik Fahim.

Tadi rakannya itu kata nak keluar pergi breakfast, balik dari breakfast terus sengih macam orang tak betul.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now