Chapter 5

32.5K 1.4K 57
                                    

"Cik Aryanna Sophea ada?" Soal seorang lelaki kepada Alya yang berada di dalam boutique itu. Alya memandang lelaki itu pelik, dengan muka bertutup pakai helmet bagai.

Terlihat lelaki yang baru masuk itu memegang sejambak bunga mawar putih. Kelihatan sangat cantik dan menarik kerana covernya menggunakan color hitam.

"Dia belum masuk lagi, kenapa ya?" Tanya Alya dengan mukanya yang hairan. Tak pernah lagi orang sebegini rupa datang ke boutique boss nya.

"Ni ada orang kirim kan bunga untuk dia, nanti tolong pass kan ya" kata lelaki tersebut, bunga itu sudah bertukar tangan. Alya menyambut huluran itu dengan keadaan dirinya penuh dengan tanda tanya.

"Sign sini ya cik" lelaki itu menunjuk ke arah yang Alya perlu sign. Tidak banyak cakap, Alya turuti apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

Selepas lelaki itu sudah keluar, Alya memandang bunga itu dengan agak lama. Tak pernah pula sebelum ni ada orang kirim bunga untuk boss nya. Ada secret admire ke tiba tiba? Tanpa melengahkan masa, Alya terus masuk ke bilik Sophea lalu meletakkan bunga itu di atas meja.

"Good morning Lya tonggek" ucap Aqil sejurus masuk ke dalam boutique diikuti Sophea di belakang nya.

Alya yang baru keluar dari bilik Sophea menjeling ke arah Aqil. Pagi pagi nak kena hadap orang dua alam ini.

"Kak Sophea, tadi ada orang hantar bunga. Lya letak dekat meja akak dalam bilik" kata Alya mengabaikan Aqil yang menegurnya tadi. Malas dia mahu bertekak mulut dengan perempuan jadian itu. Hari ni datang siap ribbon di atas kepala, dasar mak nyah gedik.

"Bunga? Siapa bagi?" Soal Sophea dengan dahinya yang berkerut. Tak pernah-pernah dia dapat bunga sepanjang buka boutique ni.

Alya hanya mengangkat bahu nya tanda tidak tahu. Kalau Sophea pun pelik, dia dua kali ganda pelik. Dah setahun lebih dia kerja di sini, tiada lagi dia dengar atau nampak Sophea itu berjumpa dengan mana mana lelaki.

"Okay la. Hari ni I nak siapkan baju kak Hana. You guys berdua macam biasa la eh and you Aqil jangan kacau customer lagi" ujar Sophea sambil menunding jari ke arah Aqil. Sophea tahu, dia buat la garang macam mana sekali pun budak si Aqil tu tetap tak makan saman.

Aqil mengejek cara Sophea cakap sambil buat memek muka. Suka hati dia la nak buat apa sibuk saja.

Sophea yang melihat hanya menjeling. Tidak mahu lama berada di situ, dia terus menuju ke  bilik nya. Baik siapkan baju dari kena hadap Aqil.

"Eh nok, siapa yang bagi bunga tu?" Soal Aqil yang semestinya busy body 24/7. Dagu ditongkatkan di hadapan meja counter yang diduki oleh Lya.

"Pula aku tahu, orang yang hantar pun aku tak nampak muka dia" kata Alya malas mahu layan dan berlalu pergi dari situ. Menimbulkan bunyi hentakan dari kaki Aqil.

Alya menahan diri dari letuskan tawanya. Dia first day bendera merah hari ni, so better jangan cari pasal dengan dia.

Sophea yang baru sahaja melangkah masuk ke biliknya memandang sejambak bunga yang ada di atas meja itu. Sophea memegang bunga yang dikatakan oleh Alya dengan penuh tanda tanya.

White roses! bunga kegemaran nya dari kecil hingga sekarang.

Sophea menghidu bau bunga tersebut, sangat wangi. Lalu Sophea mengambil kad yang terselit di antara bunga-bunga itu dan melihat tulisan yang ada di kad tersebut.

Beautiful flowers for a beautiful flower.

-monday

-F

Sophea mengerutkan kening nya bila membaca tulisan yang ada di kad itu. Siapa yang bagi?

Sophea malas mahu ambil kira, dia meletakkan bunga itu di atas meja lalu pergi mengambil baju nikah Hana. Baru saja dia mahu mulakan jahitan pintunya diketuk dari luar.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now