Fahim yang kini baru tiba di IPD Iskandar Puteri, melulu masuk ke dalam menuju ke bilik nya. Ada yang lagi penting buat dirinya sekarang ni.
Anggota yang bekerja sekali dengan Fahim melihat lelaki itu dengan pandangan yang hairan. Apa yang kalut sangat Tuan mereka ni?
"Nanti korang dah tangkap cintun, korang pun macam tu juga" ujar Emeyr yang baru saja turun dari kereta. Dia dapat baca apa yang ada dalam kepala setiap anggota tu.
Dia yang kenal Fahim lama pun boleh naik gila bila lihat kawan nya begitu. Apa tah lagi anggota lain yang mengenali Fahim sebagai seorang Inspector yang paling garing di IPD ini.
"Tuan!" Panggil seorang anggota wanita bila tubuh Fahim lalu di hadapannya.
Fahim menghentikan langkah nya dan menoleh ke arah wanita itu.
"Ni telefon tuan, rasanya haritu tuan tertinggal. Saya dengar telefon berdering banyak kali hari tu, tengok-tengok telefon tuan ni ada atas meja. Saya minta maaf sebab saya angkat panggilan tu, fikir nak bagitahu dekat dia yang telefon tuan tertinggal dekat balai. Tak sempat, orang tu dah letak panggilan" jelas anggota wanita itu panjang pada Fahim.
"Thank you" keras sahaja suara yang dilontarkan. Tanpa membuang masa Fahim terus mengambil phone nya lalu masuk ke bilik.
Kalut dia mencari charger phone mahu hidupkan semula phone nya yang mati. Dah tentu battery nya drop setiap kali terima panggilan ataupun message.
Fahim terus menghidupkan phone nya setelah dicucuk dengan charger. Bertubi-tubi notification phone nya masuk.
5 missed call Tya
3 missed call Puan Amanda
1 missed call Tuan Arman3 messages Tya
10 messages SopheaTanpa pedulikan missed call yang banyak, Fahim terus membuka chat daripada Sophea.
I gerak KL pagi tau, lusa nanti - mybaby
Tak susah kan you ke kalau hantar I nanti? - mybaby
Apa-apa you inform I tau - mybabyFahim - mybaby
You okay tak? - mybaby
I ada buat salah pada you ke? - mybabyKalau you busy tak apa, abang Adrian ada hantar I dekat sana - mybaby
Fahim - mybaby
I gerak KL dulu, take care - mybaby
Bye - mybabyFahim sudah meraup muka nya bila selesai membaca semua chat daripada Sophea. Semakin menggunung rasa serba salahnya pada gadis itu.
Fahim memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 8 pagi. Dia perlu tanya pada Tya di mana boutique Sophea.
"Hello" sahut Tya dalam panggilan.
"Tya, boutique Sophea dekat mana?" Terus Fahim menujukan soalan setelah Tya menyambut panggilan nya.
"Kau ni, dah la hilangkan diri lama. Muncul-muncul terus nak terjah aku macam ni" ujar Tya sedikit marah.
"Aku tak ada masa nak bertekak. Boutique Sophea ada dekat mana sekarang?" Desak Fahim, Sophea lagi penting dari nak gaduh mulut dengan adik dia ni.
"Lakefield, Sungai Besi" Tya juga malas mahu bertekak dengan abang nya itu.
Terus Fahim mematikan panggilan tersebut dan keluar dari balai menuju ke keretanya.
"Eh bro! Nak pergi mana?" Tegur Emeyr melihat rakannya itu bergegas keluar dari balai.
"KL, aku chaw dulu" balas Fahim terus masuk ke dalam keretanya.
Kereta Fahim kini meluncur laju membelah jalan raya. Dalam fikiran nya kini dipenuhi dengan Sophea sahaja.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...