Chapter 43

22K 1K 110
                                    

Genap 3 minggu Fahim berada di Sabah, dia masih belum mulakan tindakan untuk jatuhkan Tiger.

Sepanjang 3 minggu ini, pihak atasan hanya menghantar orang untuk mengintip setiap pergerakan Tiger.

Hari ni, di mana hari yang dia akan berdepan dengan Tiger di gudang lama dan hanya mereka berdua sahaja.

Fahim perlu settle kan hal ni hari ni juga, tarikh pernikahan Sophea tinggal 5 hari sahaja lagi.

Dia perlu pulang ke Johor secepat mungkin.

"Kau betul ke tak nak kitaorang ikut?" Soal Azri memandang Fahim yang sedang bersiap.

"Yang lain dah standby dekat sana, pandai la aku handle si Tiger tu" jawab Fahim membetulkan topi di kepalanya.

"Aku tak rasa Tiger turun sorang" kata Emeyr yang tak lepas memandang tubuh Fahim itu.

"Tiger tu pengecut dari dulu dia mesti ada bawa konco-konco dia ikut sama" sambung Azri menyokong kata-kata Emeyr.

"Macam biasa, target dari jauh" Fahim menepuk bahu Azri lalu keluar dari rumah usang itu.

Fahim terus bergerak ke gudang yang diberitahu oleh Tiger di mana gudang itu juga merupakan tempat yang sama dia memperhatikan kerja kotor Tiger tempoh hari lalu.

"Finally, kau dah sampai" Tiger tersenyum sambil menepuk tangan menyambut kedatangan Fahim ke gudang itu.

"Sihat kawan baik yang lama?" Soal Tiger tertawa, lebih kepada tertawa jahat.

Fahim masih diam tidak membalas apa-apa.

"So kita nak mula dari mana dulu? Mula dari perempuan kau la syok sikit" Tiger berjalan ke arah Fahim dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam kocek seluar.

"Aku dengar cerita perempuan tu dah bertunang. Oh ya, bukan tu je dia pun akan berkahwin tak lama lagi. Kesian kau dari dulu nak kan dia tapi sedih tak dapat" Tiger cuba provoke Fahim di hadapannya.

Fahim sudah mengepal tangan nya sekuat hati.

"Dia tak ada kena mengena antara hal aku dengan kau" ujar Fahim dingin.

Mata helangnya tepat menikam anak mata Tiger.

"Woo takut nya aku" balas Tiger membuat gaya seperti takut lalu tertawa kuat.

"Perempuan kau tu cantik sangat mesti kau dah rasa kan? Hari tu aku nak rasa tapi tak sempat" suaranya diperlahankan seperti kecewa tak dapat sesuatu.

"Kau tak ada hak nak sentuh dia" Fahim sedaya upaya menahan diri dari membuat tindakan yang bukan-bukan terhadap rakan nya seorang ini.

"Same goes to you sebab lepas ni dia dah jadi isteri orang. Untung laki dia dapat rasa bibir dia yang munggil tu" Tiger masih cuba untuk menaikkan kemarahan Fahim.

Dada Fahim sudah berombak laju bila dengar kata-kata jijik keluar dari mulut kawan lamanya itu.

"Haritu aku hampir dapat dia, tapi ada hero datang selamatkan. Kalau kau tak datang mesti sekarang ni dalam perut dia ada anak aku" ujar Tiger lagi tak ubah seperti seorang psycho.

"Apa yang kau tak puas hati pada aku sampai nak libatkan Sophea?" Fahim menarik collar baju Tiger. Had kesabaran nya sudah di tahap maksimum ketika ini.

"Woo woo relax la bro" Tiger menepis tangan Fahim kuat.

"Baru kau tahu macam mana rasa bila kau tak dapat sesuatu yang kau nak" ujar Tiger sinis.

"Aku kena buang daripada UTK disebabkan kau, orang semua nampak yang kau bagus. Tapi aku? Orang layan macam sampah" kini suaranya sudah bertukar menjadi dingin.

His Bambina |  EditWhere stories live. Discover now