"Sophea okay Fahim?" Soal Puan Amanda risau.
Kecoh petang tadi tentang jirannya Timah serang Sophea tiba-tiba. Mujur tetamu semua dah balik, hanya tinggal keluarga sahaja.
"Dia tidur mommy" Fahim memejamkan matanya rapat dengan kepala disandarkan pada sofa yang diduduki.
Selesai sahaja Sophea mandi petang tadi gadis itu minta untuk duduk di bilik Tya. Fahim memberi ruang pada isterinya, Sophea perlukan masa.
Perkara itu yang buat dirinya serabut sekarang. Dia nak tahu dari mulut Sophea sendiri apa yang makcik Timah cakap kan.
Sekarang sudah pukul 9, Sophea masih tak keluar bilik. Tya kata gadis itu tidur selepas Maghrib.
Dan Tya juga beritahu dirinya yang pipi Sophea seperti ada kesan kena tampar.
Kalau tak fikir tentang undang-undang, memang nahas orang tua itu dia kerjakan.
Nasib baik juga keluarga Sophea pulang awal, kalau tidak dia tak tahu mahu berikan alasan apa pada keluarga mertuanya.
"Wani dengar apa yang makcik Timah cakap pada Sophea?" Soal Puan Amanda, orang yang berada di ruang tamu kini semua tumpukan perhatian pada Wani.
"Wani nampak Sophea macam tak bermaya jalan masuk rumah. Wani tegur, dia kata okay je lepastu pergi dapur. Wani pun sambung la kerja macam biasa." Wani berhenti seketika menarik nafas, gugup semua mata pandang ke arahnya seorang.
"Then Athirah minta tolong ambilkan air kosong, Wani pergi la dapur. Tengok makcik Timah tengah cakap benda yang bukan-bukan pada Sophea siap tunjal kepala Sophea lagi. Wani terus lari panggil Fahim, tu je" sambung Wani memberi penjelasan yang tepat.
"Memang biadap la makcik Timah tu mak usu" ujar Athirah dengan nada geram pada Puan Amanda. Mahu saja dia tarik tarik tudung sarung makcik Timah itu.
"Mak usu pun tak tahu la apa yang dia benci sangat pada Sophea" Puan Amanda memicit kepalanya. Kasihan lihat menantu sendiri kena perkara sebegitu rupa.
"Elok sihir je dia tu satu keluarga" tambah Athirah lagi, geram betul dia rasa.
"Betul" sokong Wani bersungguh mengangguk kepala.
"Tak baik buat benda yang bukan-bukan" tegur Puan Amanda, terus terdiam budak berdua itu.
Dia bukan la nak membela Timah, dirinya juga marah bila lihat menantu sendiri yang kena hadap perangai tak semenggah jirannya itu.
Tetapi perkara yang diucapkan oleh Athirah kan benda yang tidak bagus.
Setelah berlakunya kekecohan petang tadi di dapur, Timah terus lesapkan diri balik ke rumah. Kalau dia dapat Timah tu memang diganyang habis-habisan.
"Kau tengok la mamat dingin tu, dah kahwin dengan Sophea perangai terus berubah" bisik Wani perlahan pada Athirah.
"Ya, tadi aku tengok dia asyik berkepit je dengan Sophea. Macam tak percaya mamat dingin boleh jadi sampai macam tu sekali" balas Athirah yang turut berbisik.
"Kamu berdua berbisik apa?" soal Puan Amanda, kalut Wani dan Athirah membetulkan posisi duduk mereka.
"Tak ada la mak usu. Kitaorang masuk bilik dulu, good night" laju saja budak berdua itu berlari masuk ke bilik.
Puan Amanda menggelengkan kepala, macam-macam perangai anak buah nya dua orang itu.
"Tya, aku tumpang bilik. Kau tidur la bilik aku dulu malam ni" ujar Fahim terus mengorak langkah masuk ke bilik Tya.
Fahim melihat Sophea yang masih tidur di atas katil. Dia berjalan ke arah Sophea dan menelek kesan tamparan yang dikatakan oleh Tya di pipi Sophea.
Fahim melepaskan keluhan yang panjang. Dia gagal jaga Sophea dengan baik, dirinya sedikit lalai atas keselamatan isterinya sendiri.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...