"You nak bawa I pergi mana ni Fahim?" Ni dah kali ke berapa Sophea tujukan soalan yang sama, lelaki itu masih diam tidak menjawab.
Selesai solat Asar tadi Fahim terus suruh dirinya bersiap. Bila tanya buat tak tahu je.
"You kata nak bawa Faiq keluar petang ni?"
"Aryan balik rumah mak mertua dia so tak jadi nak bawa Faiq keluar" jawab Fahim yang sedang focus memandu.
"Kita nak pergi mana?" Soal Sophea lagi tetapi Fahim mendiamkan diri.
Sophea menjeling Fahim di sebelah, bila orang tanya pasal benda lain jawab pula. Tanya nak ke mana, langsung tak buka mulut.
"Baby tunggu dalam kereta I nak jumpa orang" Fahim memarkirkan keretanya lalu keluar pergi ke tempat yang hendak dituju.
Sophea hanya menumpukan perhatian pada phone nya sahaja. Sakit hati bila Fahim tak jawab soalan nya.
Selang beberapa minit Fahim masuk semula ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.
Mata Sophea masih melekat pada phone. Lelaki itu tak layan soalan nya, malas dia nak tanya lebih-lebih lagi.
"Alright. Baby, jom turun" Fahim menarik handbrake lalu mematikan engine kereta.
Sophea memandang ke luar tingkap, Fahim parking kereta tepat di hadapan rumah dua tingkat.
Pintu di bahagian penumpang dibuka dari luar oleh Fahim.
"Baby, come" Fahim memegang tangan Sophea.
Kini mereka berdua berdiri di hadapan rumah tersebut.
"Rumah siapa ni Fahim?" Sophea memandang ke arah Fahim.
Dia lihat persekitaran rumah macam tiada orang, sunyi sahaja.
"Rumah kita" Fahim menarik tangan Sophea masuk ke dalam rumah.
"Rumah kita?" Soal Sophea seperti tidak percaya.
"Ya baby, rumah kita. Sayang suka tak?" Sophea mengangguk memberikan senyuman pada Fahim.
"Bila you beli rumah ni?" Sophea berjalan melihat sekitar dalam rumah itu, cantik sungguh.
"Last year tapi tahun ni baru siap renovate. I harap you suka concept modern macam ni" Sophea menoleh ke arah Fahim, gila tak suka semua perhiasan dalam rumah ni kelihatan tersusun dan kemas.
"Patut la orang tanya banyak kali tak nak jawab" Fahim tertawa kecil melihat Sophea memeluk tubuh.
"Kalau I bagitahu baby kira tak surprise la nanti. Jom naik atas" Sophea mengikut langkah Fahim menaiki tangga.
"Fahim, lawanya!" Ujar Sophea excited melihat dekorasi di bilik utama atau lebih tepat bilik mereka.
"I ikut concept boutique you" balas Fahim, gembira hatinya melihat Sophea teruja begitu.
"Thank you Fahim" Sophea memeluk tubuh Fahim erat.
"Thank you je? Upah tak ada?" Fahim memandang Sophea yang sedikit mendongak melihat dirinya.
Tinggi mereka tak la ketara sangat. Sophea 169cm manakala Fahim 186cm.
Masa kecil Sophea pernah bahasakan diri Fahim hantu galah. Sekarang mendapat la gadis itu kahwin dengan hantu.
"You nak upah apa?" Soal Sophea polos.
"Tak menyesal tanya I?" Soal Fahim sinis, berebut Sophea menutup mulut lelaki itu.
"Tak payah jawab nanti you bagi jawapan merepek" Sophea masih menekup mulut Fahim.
Tangan Sophea beralih menutup mata Fahim, laju-laju dia mengucup bibir Fahim sekilas lalu lari keluar dari bilik.
YOU ARE READING
His Bambina | Edit
RomanceAbang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? La...