RH | 05

156 16 6
                                    

HARI baru, nafas baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI baru, nafas baru. Dalam ketenangan pada pagi itu, Wadi Aakeef mengorak langkah keluar dari rumah bujangnya. KPJ Specialist menjadi destinasi yang ingin dituju.

Sedar tidak sedar, sudah dua bulan berlalu sejak dia pulang ke Malaysia. Statusnya kini juga sudah berubah. Dia bergelar tunangan kepada Kasih Nur Irdeena. Keluarga masing-masing sepakat ingin mengikat tunang selama setahun.

Sekarang, dia dan tunangannya itu sudah mulakan kerjaya masing-masing. Sibuk dengan rutin tugas sendiri. Hanya sesekali berbual atas talian. Tunangannya itu menjadi seorang pensyarah di universiti tempatan. Berlainan negeri dan mereka hanya bertemu beberapa kali dalam sebulan. Hal-hal nikah pula hanya diuruskan jika bertemu.

Jadual hariannya pula memang agak padat. Dia harus sentiasa bersedia untuk hal kecemasan. Jadi, dia sudah jarang pulang ke rumah keluarga angkatnya. Hanya sesekali berbual dan bertanya khabar melalui video call.

Tiba di hospital, dia menuju ke bilik kerjanya. Berpapasan dengan beberapa orang jururawat dan doktor yang sama bertugas, dia mengukir senyum dan bertegur sapa.

"Good morning, Doktor Aakeef. Nampak handsome betul pagi ni." Seorang jururawat wanita memuji bersama senyum mesra yang tersungging di bibir.

"Pagi ni je? Sebelum ni tak handsome?" Aakeef melayan perbualan itu dengan usikan dan senyum nakalnya.

"Eh, taklah. Doktor Wadi Aakeef kita ni hari-hari pun handsome. Cuma hari ni extra handsome. Senyum pun berseri-seri. Cair hati semua jururawat perempuan dalam bangunan ni."

Wadi Aakeef menyambut kata-kata itu dengan tawanya.

"Banyaklah akak... Saya gerak dulu ya. Selamat berkerja, puan misi!"

"Selamat berkerja, doktor..."

Langkah kembali diteruskan sehingga tiba di bilik kerja. Beg galas diletakkan di bawah meja sebelum dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Baru sahaja hendak meneliti jadualnya pada hari ini, dia dikejutkan dengan sebuah panggilan yang masuk daripada seseorang.

Hasyaf Asyriq.

Aneh. Mengapa lelaki itu menghubunginya pada waktu begini? Atas urusan apa dia dihubungi?

Bersama persoalan yang mengasak di minda, dia menjawab panggilan itu tanpa keraguan.

"Bro, Nia menghilangkan diri. Dah seminggu dia tak balik rumah. Kita orang cari merata tempat, tapi tak jumpa. Tak dapat call sebab dia tinggalkan handphone dia dekat rumah. Aku kesiankan mama dengan baba. Dia orang risaukan Nia sangat-sangat."

Terpegun Wadi Aakeef mendengar berita tidak terjangka yang sampai ke pendengarannya. Kebimbangan mulai menghimpit diri. Dia bangkit daripada duduk. Termundar-mandir di sekitar bilik kerjanya.

"Seminggu dia hilang, kau orang baru nak bagi tahu aku?"

Tidak dapat menahan diri, dia bertanya soalan itu. Geram dan risau pada masa yang sama. Geram kerana tiada siapa menceritakan tentang Raissa Hanania yang menghilang kepadanya. Risau memikirkan ke mana dan mengapa adik angkatnya itu menghilang.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now