RH | 09

152 14 11
                                    

"BABA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BABA..."

Tumpah lagi air mata Raissa Hanania tatkala tubuh baba sudah dapat dipeluk.

Sampai sahaja di ruangan wad baba, langsung dia bangkit daripada kerusi roda, memanjat katil dan memeluk erat tubuh baba. Wajah disembam ke dada baba. Melepas tangis di situ.

"I'm sorry, baba. Sorry... sebab Nia buat baba susah hati pasal Nia. Sorry... Nia keluar rumah tanpa bagi tahu dan minta izin baba. Sorry... sebab Nia, baba masuk hospital." Hanania mengungkap kata bersama tangisan yang masih lebat di wajah.

Melihat si anak yang mengongoi kuat di dadanya, Rayyan Harith menghembus nafas lega. Tidak sangka, dia masih diberi peluang melihat wajah anak itu lagi. Pelukan erat anak perempuannya dibalas. Dia mengusap manja belakang tubuh itu, cuba menenangkan.

"Aakeef?" Dalam pada tubuhnya dipeluk erat, dia mencari wajah anak angkat yang memerhati sedari tadi.

"Ya, baba?" sahut Aakeef laju.

Ikutkan hati, banyak perkara yang hendak ditanya kepada anak itu. Terutama tentang di mana si anak bertemu dengan anaknya yang dicari-cari. Tetapi, perkara pertama yang terungkap dari ulas bibirnya adalah...

"Terima kasih... bawa balik Nia kepada kami."

Aakeef mengangguk. Senang hati mendengar ucapan itu. Dia rasa sangat dihargai. Walaupun pertemuan itu adalah takdir Tuhan, bukan dia yang sedang mencari keberadaan si adik.

"Baba! Nia!"

Tidak lama selepas itu, muncul pula dua susuk tubuh ke dalam ruangan wad. Ammara Hannah yang merupakan puteri sulung baba hadir bersama suaminya. Laju wanita itu menerpa ke arah bapa dan adik perempuannya. Dia turut serta dalam pelukan anak beranak itu.

"Baba sakit apa? Kenapa kita orang tak tahu? Kenapa rahsiakan daripada kita orang? Sampai hati baba..." Ammara Hannah bersuara dalam tangisan yang semakin lebat.

Untuk beberapa ketika, hanya sedu-sedan kedua puteri mereka yang kedengaran tatkala Rayyan Harith dan Aisyah Humaira saling bertatapan mata.

"Tadi keluarga..." Rayhan Harriz yang sedari tadi menemani ibu bapanya hendak menjawab persoalan itu, tetapi dipintas laju oleh babanya.

"Baba tak ada apa-apa. Baba cuma kepenatan."

Semacam Wadi Aakeef mendengar jawapan sang bapa. Seolah-olah lelaki itu menyembunyikan sesuatu. Rayhan Harriz sebut perkataan 'keluarga' tadi... apa maksud lelaki itu?

"Betul, mama?" Kepastian dipinta daripada si ibu yang memandang setiap satu wajah ahli keluarganya.

Humaira mengangguk.

"Tekanan darah tinggi. Doktor minta baba banyak rehat dan jangan stress-stress..." jelas si ibu pula.

Aakeef mengangguk faham. Rayhan kembali bisu. Hanania masih tidak sudah memeluk babanya. Melekap kemas di tubuh lelaki itu. Tangisan wanita itu sudah reda, walaupun sedu-sedannya masih ada. Ammara Hannah sudah berhenti menangis. Dia melepaskan semula tubuh baba. Bergerak menjauhi baba. Adik perempuannya dibiar bermanja dengan baba.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now