RH | 12

209 11 3
                                    

"AWAK okey?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AWAK okey?"

Aakeef tersenyum dan menggeleng kecil tatkala mendapat soalan itu daripada baba. Wajah baba yang prihatin dan penuh sayang akannya ditatap penuh kasih. Lelaki terhebat dalam hidupnya itu sedang bersandar di kepala katil. Manakala, wanita terkuat yang ada dalam hatinya sedang mengemaskan pakaian sang suami.

Seperti anak kecil dia rasakan, tatkala dia memilih untuk duduk di dalam bilik baba dan mama pada ketika ini. Semuanya kerana hendak lari daripada tetamu di bawah sana.

Harap tetamu-tetamu itu sudah pulanglah. Jika tidak, sememangnya mereka itu muka tembok. Tidak diundang, sibuk tunjukkan diri.

"Aakeef yang patut tanya baba dan mama soalan tu... mama dan baba okey?"

Rayyan mengangguk.

"Baba okey."

Humaira pula menjawab dengan senyuman.

"Aakeef minta maaf sebab keterlaluan tadi. Aakeef minta maaf... sebabkan perangai Aakeef, mama dan baba pula dikatakan tak pandai jaga anak," ucap Aakeef tulus dalam perasaan serba-salahnya.

Rayyan Harith tersenyum lebar mendengar ungkapan sang anak. Terusik juga hatinya dengan tingkah si anak tadi. Dia bukan terasa kerana Aakeef dikatakan kurang ajar, biadab dan seangkatan dengannya, tetapi kerana dia teringat cerita lama. Cerita hidupnya sendiri.

"Awak tahu apa?"

Aakeef tunjuk minat apabila baba memulakan ayat 'awak tahu apa?'. Kebiasaannya, ayat itu menunjukkan ada cerita menarik yang hendak dikongsi baba kepada dia atau adik-beradiknya yang lain.

"Baba tengok awak tadi, baba teringat diri baba yang dulu. Masa remaja baba. Baba pun kuat melawan juga. Baba tak suka orang provok baba, tak suka orang remeh-remehkan baba atau keluarga baba... memang baba akan bersuara. Tak kisahlah sampai tahap kena bertumbuk ke apa."

Sukar untuk Aakeef percaya cerita baba, kerana sepanjang dia hidup di bawah jagaan baba dan mama... baba sangat tenang. Baba sentiasa positif. Baba sentiasa tersenyum.

Jarang melihat baba marah. Bukan baba tidak pernah marah, tetapi marah baba bukan tahap mengherdik, meninggikan suara. Baba lebih suka ambil pendekatan menasihati anak-anak berbanding memarahi.

Mama pula akan membebel jika perangai anak-anak tidak semenggah atau tidak berkenan di hatinya. Tetapi, mama pun bukan jenis ibu yang membebel 24 jam.

Mama dan baba ibarat kawan-kawan untuk anak-anak mereka.

"Tak percaya baba? Tanya mama awak... Mama awak yang rajin layan 'nakal' baba. Kalau orang lain semua pilih untuk pergi, mama awak... dia lebih pilih untuk ada dan selam kehidupan baba."

Aakeef hala pandang ke arah mama pula apabila baba mula membuka tentang kisah mereka berdua. Dia hanya tahu mama itu guru yang pernah mengajar baba semasa sekolah dahulu. Selain itu, baba dan mama jarang bercerita. Cuma dia yang menilai betapa ibu bapa angkatnya itu begitu menyayangi antara satu sama lain.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now