Tiga tahun berlalu...
SATU pasangan berjalan seiringan menuju ke pintu keluar balai ketibaan. Sang jejaka tegap dan bergaya dengan t-shirt putih yang dipadankan jaket berkulit hitam di luar, manakala si wanita anggun serta penuh keyakinan dalam jubah muslimah moden fesyen terkini.
Kaca mata hitam terletak di batang hidung keduanya. Bagasi kecil yang dibawa ditarik santai bersama langkah mereka.
"Your family datang jemput?" soal sang jejaka kepada wanita tidak jauh di sisinya.
Mereka berhenti di hadapan pintu keluar balai ketibaan. Kaca mata sudah ditarik daripada terus bertenggek di batang hidung.
Pada ketika ini, keadaan agak sesak kerana ramai orang yang menunggu untuk menjemput pulang si dia yang mungkin pasangan, ibu bapa, anak, teman atau boleh jadi sesiapa sahaja.
"Only my sister. Family I yang lain semua tunggu dekat rumah. Nak buat kenduri kesyukuran esok. Tu yang dia orang sibuk prepare untuk kenduri," jawab si wanita seraya mengukir senyum manis di bibirnya.
"Ohh... so, your sister dah sampai belum?" Soalan diutarakan lagi oleh sang jejaka.
"Tak nampak kelibat dia lagi ni. Lambat sikit..."
Ada suara yang memanggil tanpa sempat si wanita menghabiskan bicara.
"Aakeef!"
Pasangan itu menoleh dan mencari arah suara si pemanggil datang.
Melihat wajah-wajah yang dikenali dan dirindukan sejak tiga tahun dahulu, merekah sebuah senyuman di bibir Wadi Aakeef.
"My family... jom, kenal-kenal dengan dia orang!"
Aakeef tidak menunggu lama untuk kembali menarik bagasi kecilnya lalu menapak ke arah keluarga angkatnya berada. Seperti pemergiannya, wajah-wajah yang sama menjemput kepulangannya.
Si wanita yang sedari tadi bersama mengikut langkah teman lelakinya. Dia juga menarik bagasi dan datang merapat ke arah keluarga Wadi Aakeef. Penuh aura seorang model muslimah. Senyuman tertampal di bibir seksinya menyerlahkan keanggunan yang dimiliki.
"Baba!"
Susuk tubuh tegap berusia itu yang pertama sekali dicari dan dipeluk Wadi Aakeef. Agak lama pelukan bersatu. Melepas rindu yang selama ini membalut kepingan hati.
"Terima kasih sebab awak sudi balik semula ke sini."
"This is my home. You... and your family... is my family. Mestilah Aakeef balik, baba."
"Baba ingat Aakeef dah tak nak balik. Tiga tahun Aakeef menyepi tanpa khabar. Baba ingat Aakeef memang nak tinggalkan kami dah." Sayu ungkapan yang dikeluarkan Rayyan Harith.
Selama tiga tahun ini, anak angkatnya memutuskan hubungan. Langsung tidak dapat dihubungi. Dia dan isterinya mencari juga di tempat belajar si anak, tetapi mereka hanya pulang dengan kehampaan.
YOU ARE READING
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)
RomanceCINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia...