"APPROVED!"
Satu suara mencelah dalam keriuhan menyebabkan mereka yang berada di ruang tamu rumah itu mengalih pandang ke arah punca suara. Terlihat adik-beradik yang lain sudah ke bawah, ikut serta dalam perbincangan yang cukup serius tadi.
Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
"You are the man, bro! Aku suka giler! Straight forward. No kona, kona. Gentleman. Macam nilah nak jadi menantu mama dengan baba!" Rayhan Harriz yang sejenis happy-go-lucky dan jarang bersikap serius ketawa ceria sambil menepuk-nepuk bahu abang angkatnya.
"Han..." Rayyan Harith menegur anak bujang bongsu yang dirasakan kurang sopan. Tidak bersesuaian masa yang diambil anak itu untuk bergurau.
"Tak cukup Deena, Nia pun dia nak kaut. Tamak." Kedengaran pula suara sinis daripada Muhamad Aisy Aidan.
"Aisy!" Giliran Aisyah Humaira menegur kata-kata si anak yang keterlaluan. Biadab!
"Apa? Betullah, kan? Deena tu baru bertunang, belum kahwin... dah niat nakkan Nia pula. Dah tu, nak madukan dia orang berdua?"
Mencerlung pandangan Wadi Aakeef melihat wajah tegang saudara angkatnya itu. Selalu sahaja lelaki itu bertingkah tidak puas hati dengannya. Entah apa yang dibenci lelaki itu kepadanya.
"You know nothing. Just shut up." Selamba dia membidas. Gentar? Buat apa dia perlu gentar dengan lelaki itu?
Raissa Hanania masih berwalikan Rayyan Harith. Jika Rayyan Harith tiada, Rayhan Harriz yang mengambil alih. Muhamad Aisy Aidan hanya akan jatuh pada tangga terakhir meskipun dia juga abang kepada si cinta hati.
"Eh, kau..."
"Aisy! Aakeef! Enough!"
Tidak sempat Aisy ingin menerpa apabila suara dan tangan baba sudah menyekat kemaraannya. Dia kembali duduk diam di tempatnya, namun anak mata menjeling tajam seraut wajah tenang Wadi Aakeef.
"Sorry... Aakeef kurang ajar. Tapi, Aakeef serius dengan apa yang Aakeef cakap tadi. Aakeef nak minta izin mama dan baba, Aakeef nak Nia. Aakeef nak kahwin dengan Nia. Tentang Deena, Aakeef akan selesaikan nanti. Buat masa sekarang, Aakeef nak tumpu cari Nia sampai jumpa."
Rayyan Harith merenung lama wajah penuh yakin anak angkatnya itu. Kemudian, dia memandang si isteri di sisi. Beralih semula ke wajah anak itu, dia hela nafas berat.
"Kita cari Nia dulu. Apa-apa keputusan nanti, kita tanya Nia... sama ada dia setuju atau tidak. Baba tak boleh paksa dia kalau dia tak setuju. Macam awak tahu... Nia bukan anak dara lagi."
Wadi Aakeef mengangguk akur. Betul juga kata baba. Dia harus pujuk Raissa Hanania agar sudi berkahwin dengannya, sebab keputusan sudah terletak sepenuhnya di tangan wanita itu. Bukan lagi baba. Baba hanya menasihati, selebihnya mereka yang tentukan.
YOU ARE READING
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)
RomanceCINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia...