RH | 16

43 6 0
                                    

TANPA pengetahuan mummy, akad nikah terlafaz di antara Wadi Aakeef dan Raissa Hanania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANPA pengetahuan mummy, akad nikah terlafaz di antara Wadi Aakeef dan Raissa Hanania. Bukan baba dan mama yang tidak mahu memberitahu mummy, tetapi Wadi Aakeef yang tidak membenarkan dan dia bertegas dengan permintaannya itu.

Wadi Aakeef tahu jikalau dia memberitahu mummy, mummy akan menghalang hasrat hatinya. Wanita itu punya pilihan lain untuknya. Dia pasti mummy akan membantah bulat-bulat kemahuannya. Dia tidak mahu itu. Dia tidak mahu halangan lagi untuk dia memiliki Raissa Hanania.

Lagi pula, bukan persetujuan mummy yang mengesahkan akad. Cukup syarat nikah dengan kehadiran dia, Raissa Hanania, Rayyan Harith, saksi dan akad... mereka rasmi sebagai suami isteri.

Kasih Nur Irdeena sudah dilepaskan daripada menjadi tunangan. Biarpun dia tidak bersemuka dengan wanita itu secara langsung, tetapi keluarga mereka menerima dengan hati yang terbuka. Kasih Nur Irdeena juga ada mengirim pesan di whatsappnya. Mengucapkan tahniah dan selamat buat dia dan pilihan hatinya.

Kesyukuran dipanjatkan ke Ilahi kerana proses pernikahan mereka menjadi mudah. Kasih Nur Irdeena sangat memahami dan dia mendoakan kebaikan buat wanita itu. Semoga wanita itu bertemu dengan lelaki yang akan mencintainya begitu hebat.

Senyuman kebahagiaan terpancar pada pasangan pengantin baharu itu. Kehadiran keluarga dan sahabat terdekat memeriahkan suasana majlis persandingan secara kecil-kecilan.

Atas permintaan raja dan ratu sehari, hanya majlis kecil sahaja yang terlaksana. Di rumah agam milik keluarga Rayyan Harith dan Aisyah Humaira.

Jarum jam sudah menunjukkan angka 6 petang pada ketika ini. Kebanyakan tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing memandangkan majlis berakhir pada pukul 5.

Wadi Aakeef tercari-cari kelibat isterinya yang menghilang tiba-tiba. Sudah 15 minit berlalu selepas wanita itu memberitahu hendak berjumpa dengan rakannya. Merata dia mencari di ruangan bawah khemah itu. Tiada sosok yang dimahukan.

Perasaan bimbang mulai meraja ruangan hati. Termundar-mandir dia bertanya ke setiap wajah yang ditemui, ada terlihat isterinya atau tidak. Tiada jawapan yang diharapkan daripada mereka.

Tidak putus asa, dia melangkah pula ke luar halaman rumah. Siapa tahu isterinya berada situ...

Tepat sekali!

Pengantin perempuannya yang dicari sedari tadi ada di situ.

Bersama seseorang...

Siapakah gerangan manusia yang membelakanginya itu? Dari lenggok dan gayanya, dia kenal wanita elegen itu.

Untuk meyakini hatinya, dia segera mara ke arah isterinya berada. Kedua wanita itu masih tidak menyedari kehadirannya. Suara wanita berbaju korporat itu semakin jelas di pendengarannya. Melontar kata-kata yang boleh menyakiti perasaan si pendengar yang baru sahaja bergelar seorang isteri.

"Anak I tu lelaki yang gah. Ada rupa, ada pangkat doktor, ada PHD, ada harta. I tak tahulah apa yang anak I pandang sangat dengan you ni. Sampaikan dia sanggup belakangkan I dan pilihan I, semata-mata kerana you. Huh... You rasa anak I ikhlas ke terima you ya? Mungkinlah kan... mungkin tau... anak I nakkan you, sebab you anak kepada orang yang selama ni dah besarkan dia? Itu kita panggil terhutang budilah, kan? Bukan sayang dan cinta..."

Begitu sinis cara penyampaian yang disampaikan suara yang cukup dikenalinya itu.

Mummy!

Tanpa memberi ruang Raissa Hanania membalas pernyataan itu, Wadi Aakeef langsung mara ke arah kedua wanita itu. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Sugul wajah si isteri membakar lagi api amarah dalam hatinya. Tidak segan silu dia mencapai jari-jemari wanita itu. Digenggam erat di sisinya.

"Kau merapu apa, perempuan? Kau tak payah buat cerita yang bukan-bukan dekat isteri aku! Aku dah kata aku ada pilihan hati aku dan dia memang pilihan hati aku! Aku tak bodoh nak berkahwin dengan mana-mana perempuan sebab terhutang budi semata-mata!"

Sungguh, kali ini Wadi Aakeef tidak peduli status mummy sebagai ibu kandungnya. Ini sudah melampau! Apa tujuan mummy? Hendak memporak-perandakan hubungan yang baru sahaja hendak bermula?

Melihat raut wajah keruh isterinya, dia tahu wanita itu pasti terasa dengan apa yang disampaikan mummy.

"Apa ya kelebihan dia sampaikan Aakeef beriya-iya nak kahwin dengan dia? Aakeef tahu tak Liyasna tu jauh lebih cantik, bijak, berkerjaya dan berharta! Aakeef jumpa dia, mummy yakin Aakeef akan lupakan perempuan sebelah Aakeef ni!"

"Bezanya dia perempuan yang aku sayang! Dia yang duduk dalam hati aku berbelas tahun lamanya! Dan aku langsung tak berminat nak berkenalan dengan pilihan bodoh kau tu! Kau tak malu ke hah? Kau ada dapat jemputan ke? Tak ada, kan? Pergi balik!"

Kali ini, Wadi Aakeef langsung tidak peduli apa pandangan orang terhadapnya. Dia anak kurang ajar? Mummy yang ajar dia biadap begini!

"Fine. Mummy balik. Tapi Aakeef jangan lupa ya. Mummy, ibu kandung Aakeef. Rahim mummy yang lahirkan Aakeef. Aakeef ingat Aakeef boleh bahagia tanpa restu mummy? Never! Jangan sampai nanti Aakeef datang melutut minta ampun dengan mummy!"

Usai menghabiskan ucapannya, mummy langsung pergi dengan wajah yang tegang kemerahan.

Wadi Aakeef buat tidak peduli. Ugutan mummy sedikit pun tidak menakutkannya. Kenapa ya orang tua asyik memikirkan dosa anak kepada mereka? Apa mereka fikir mereka tiada dosa terhadap anak?

Berpaling ke sisi, dia melihat wajah kemerahan si isteri pula. Nafas dihela berat. Dia pusingkan tubuh agar posisinya bertentangan dengan wanita kesayangannya. Dia nampak air mata yang ditahan isterinya dan hati meronta marahkan keadaan. Kehadiran mummy langsung tidak terduga. Mana mummy tahu tentang perkahwinan mereka?

"Are you okay, baby?" soalnya prihatin. Gusarkan si isteri.

"I'm okay. Nia tak sangka pula mummy abang yang nak jumpa Nia tadi. Abang tak bagi tahu pun mummy abang ada pilihan lain untuk abang."

Tipu...

Raissa Hanania tidak terluka dengan kata-kata mummy. Dia sedar kekurangannya hendak bergandingan dengan Wadi Aakeef. Dia gagak, suaminya merpati. Mana mampu terbang bersama.

"Pilihan mummy, bukan pilihan abang." Laju Aakeef perbetulkan kata-kata isterinya. Dia faham apa yang bermain dalam hati dan minda wanita itu.

Raissa Hanania tersenyum segaris di hujung bibir. Tidak tahu hendak memberi reaksi apa, biar pun hatinya masih lagi terasa ngilu.

"Jangan fikirkan kata-kata mummy. Selagi abang masih memilih Nia, selagi tu Nia tak perlu takut. Dia tak ada hak untuk menghalang pilihan abang." Wadi Aakeef cuba memujuk resah dan lara perasaan seorang isteri.

Bisu lagi.

Tetapi, hati Raissa Hanania berdesis...

Hati ni berbolak-balik, abang. Nia takut nanti abang betul-betul berpaling daripada Nia yang jauh dari kata sempurna ni.

"Jom... masuk dalam. Kita berehat dekat bilik. Tinggal kita-kita je. Ramai dah balik."

Wadi Aakeef capai semula tangan isterinya sebelum wanita itu ditarik mengikut langkahnya.

Raissa Hanania akur sahaja.

Wahai Allah,
Hubungan ini baru sahaja hendak bermula...

Jika Engkau restui kami, maka peliharalah hati kami sebaiknya.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now