RH | 15

61 7 6
                                    

LEBIH seminggu Wadi Aakeef melarikan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEBIH seminggu Wadi Aakeef melarikan diri. Langsung tidak pulang ke rumah baba dan mama. Langsung tidak pulang ke rumahnya sendiri.

Dia pasti, baba dan mama akan mencari dia di rumahnya. Adik-beradiknya yang lain juga akan mencarinya.

Buat masa ini, dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa. 

Lebih baik keadaan jadi begini. Dia tidak mahu menjadi beban dan masalah bagi orang sekelilingnya lagi. 

Tipu dia kata dia tidak rindu kepada baba dan mama. Dia sangat rindu.

Rindunya juga terselit sama buat si cinta dambaannya. Sudah lama dia tidak menatap wajah wanita itu, apatah lagi berbual bersama.

Tetapi, dia tiada kekuatan untuk bertemu dengan setiap daripada mereka buat masa sekarang.

Dia perlukan masa untuk tenangkan dirinya.

Bunyi ketukan pintu kedengaran mematikan lamunannya berkenaan keluarga angkatnya. Kepala didongak. Pandangan tepat menikam ke arah pintu biliknya. Terjengul satu sosok dari situ. Rakan setugasnya.

"Yes, Dr Syahrul?"

Dr Syahrul tersengih seperti kerang busuk seketika. Dia sedar rakannya itu sedang dalam mood serius. Sejak seminggu lalu, dia perasan Dr Aakeef seakan-akan sedang dalam masalah. Wajahnya sugul. Bercakap pula hanya sepatah dua.

Ini bukan Wadi Aakeef yang dia kenal. Entah apalah yang membelenggu fikiran rakannya itu.

"Ada someone nak jumpa..."

"Siapa?" Berkerut dahi Wadi Aakeef mendengar pernyataan itu.

Ada pesakit yang masih belum selesai urusan dengannyakah?

"Someone yang mungkin akan kembalikan semula senyuman Dr Aakeef. Cik adik, silalah masuk. Abang awak ni memang tengah perlukan awak sekarang ni."

Semakin lebar Dr Syahrul menguak pintu bilik Dr Aakeef.

Sosok seseorang lain pula menangkap pandangan Wadi Aakeef. Riak wajahnya berubah seketika sebelum kembali dikawal. Dia berdeham perlahan. Mengawal hati dan fikiran yang mula terganggu dengan kehadiran si dia.

Wanita itu menapak masuk perlahan-perlahan ke dalam bilik Dr Aakeef.

"Okey, aku cau dulu. Dada..." Ceria Dr Syahrul melambai dan meninggalkan bilik rakannya.

Suasana janggal mula terasa sekejap. Wadi Aakeef tidak tahu apa tujuan wanita itu ke tempatnya. Dia berpura-pura menyibukkan diri di hadapan komputer.

"A... Abang..." Suara halus itu kedengaran. Seperti takut-takut. Wanita itu juga teragak-agak hendak mendekatinya.

"Nia nak apa datang sini? Mama baba tahu tak Nia datang sini?" Wadi Aakeef bertanya tanpa sedikit pun memandang wajah itu. Biarlah... dia tidak mampu memandang wajah yang membawa luka dan cinta pada masa yang sama. Hatinya rapuh dengan apa sahaja berkait wanita itu.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now