RH | 07

132 11 0
                                    

TERBATAL niatnya yang baru sahaja ingin melelapkan mata tatkala mendapat panggilan telefon daripada hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERBATAL niatnya yang baru sahaja ingin melelapkan mata tatkala mendapat panggilan telefon daripada hospital. Pakaian santai yang tadinya tersarung pada tubuh segera ditukar. Kalut-kalut dia menyiapkan diri tanpa mempedulikan pandangan si adik yang memerhati sedari tadi.

Usai menukar ke pakaian lebih sesuai, dia segera mencapai kunci motor serta barang peribadinya yang lain. Saat dia ingin pulas tombol pintu untuk meninggalkan ruangan bilik, suara serak basah milik Rayhan Harriz kedengaran.

Langkahnya terbejat seketika. Dia menoleh pandang ke arah si empunya suara.

"Kau nak ke mana, bang?"

"Aku nak pergi hospital. Emergency," jawabnya terus.

"Kau on-call dari tadi?" Pelipis Rayhan berkerut. Sekejap dia kerling gajet di tangan, sekejap lagi dia melirik pandang ke arah abang angkatnya. Dia fikirkan lelaki itu sememangnya sedang lenggang malam ini.

"Tak. Aku tak on-call. Tapi, kawan aku call. Minta aku datang. Ada pesakit yang aku kena jumpa."

Semakin aneh Rayhan, tetapi dia malas mahu bertanya lebih kerana si abang sudah berkata itu panggilan kecemasan. Pasti lelaki itu terburu-buru ke hospital.

"Okeylah. Hati-hati."

"Ermm... tak payah tunggu aku. Kau tidur. Dah malam sangat ni," pesan Aakeef sebelum dia terus menapak keluar dari bilik.

Dia tidak perlukan bantuan sesiapa untuk keluar rumah kerana baba telah memberinya kunci pendua. Hanya dia yang kadang terlebih berhemah mengetuk pintu sehingga ada yang membuka. Tidak mahu orang perempuan dalam rumah ini kelam kabut mencari pelindung kepala setiap kali melihatnya.

Motorbike yang terparkir dalam kawasan rumah dituju. Dia sarungkan jaket kulit, helmet dan sarung tangan ke anggota tubuh.

Selesai semua itu, segera dia menghidupkan enjin sebelum motorbike gah milik Wadi Aakeef menderum laju membelah kepekatan suasana malam yang gelap.

Selesai semua itu, segera dia menghidupkan enjin sebelum motorbike gah milik Wadi Aakeef menderum laju membelah kepekatan suasana malam yang gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AAKEEF..."

Masuk sahaja ke ruang kerjanya yang dikongsi bersama seorang rakan, dia disapa oleh rakan itu. Rakannya, doktor yang on-call malam ini, tetapi entah mengapa lelaki itu menghubunginya dan menggesa dia segera ke hospital.

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now