Di sebuah gudang terbiar
Kedengaran suara seorang lelaki menangis dan merayu bergema dalam gudang itu. Namun segala jeritannya tidak diendahkan, malah pukulan dan tumbukan ke arah tubuhnya makin kerap diberikan.
"Boss, tolonglah boss. Saya janji yang saya takkan curi lagi duit boss. Maafkan saya boss. Saya ada family lagi boss. Siapa nak bagi anak isteri saya makan kalau saya dah takde boss?" Mohon lelaki yang terbaring di lantai dengan darah yang memenuhi tubuh dan keseluruhan wajahnya. Namun, lelaki yang berpakaian sut dan duduk bersilang kaki di atas kerusi hanya menjongketkan sebelah kening dan tersenyum sinis mendengar rayuan lelaki itu.
"Jadi? Kalau kau mampus pun, apa kaitan dengan aku? Dorang tu tanggungjawab aku ke? Sape yang pandai-pandai suruh kau curi duit aku? Aku paling pantang kalau orang khianat aku. Sekarang ni kau menangis sampai keluar air mata darah pun aku peduli apa?" Lelaki yang memakai sut itu pun memetik jari dan mengeluarkan satu ayat kepada anak buahnya.
"Finish him off."
Sejurus selepas itu, kedengaran bunyi das tembakan sebanyak tiga kali bergema dan tangisan seta rayuan lelaki itu buat kali terakhir pun semakin senyap. Lelaki bersut itu mengarahkan agar mayat itu untuk dibuang di tempat yang sunyi. Lelaki yang dikenali sebagai boss terus keluar dari gudang tersebut tanpa memandang ke arah mayat itu.
"Pasal family dia, aku nak kau ugut dorang. Aku tak kira macam mana. Aku nak duit aku balik. Biar yang lain dapat warning ni jugak."
Orang kanannya hanya mengangguk dan menjawab arahan tersebut. "Baik boss."
___
Sebuah kereta BMW M4 Competition menyelusuri sepanjang jalan raya sehingga tiba di sebuah rumah agam. Selepas memarkir kereta, lelaki tersebut terus masuk ke dalam rumah, namun belum sempat kakinya menjejak tangga menuju ke biliknya, suaranya seorang lelaki bergema di rumah agam itu. Dato' Sri Dzal Aidi berdiri tegak di atas tangga bersama isterinya, Datin Sri Sharifah sambil matanya tajam memandang ke arah Hayqal.
"Haiqal Qayyum! Apa nak jadi dengan kamu ni ah?! Setiap hari papa dengar kamu dengan kumpulan mafia kamu tu buat hal! Kamu ni memang tak serik lepas banyak kali masuk jail. Kamu tak malu ke dah malukan nama keluarga ni hah?! Ramai orang ingat keluarga kita ni keluarga mafia. Disebabkan kamu!" Dato' Sri Dzal Aidi menjerit ayat terakhir itu sehingga mukanya yang berkulit kuning langsat bertukar sedikit merah.
Datin Sri Sharifah mengusap belakang suaminya itu sambil mengingkatkan agar dia tidak terlalu marah kerana takut suaminya terkena lagi serangan jantung seperti peristiwa yang lepas sehingga suaminya harus bermalam di hospital untuk beberapa hari.
"Salah ke Haiqal nak teruskan legasi atuk? Papa yang tolak jawatan ni. Dah atuk bagi dekat Haiqal, Haiqal ambil jela. Kalau papa jealous cakap jela. Peningla balik sini. Tiap kali balik sini asyik dengar papa membebel je. Takde benda lain ke nak cakap."
"Macam mana papa tak bising! Benda yang kau buat tu semua salah! Sama ada dari segi agama mahupun undang-undang. Tiap kali kau beli sini, kau mabuk tak pun kau bau darah. Parents mana je tak angin kalau dapat anak macam kamu ni!"
Haiqal hanya memandang orang tuanya itu dengan pandangan sinis dan berlalu keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan panggilan papanya untuk masuk ke dalam rumah kembali. Haiqal terus masuk ke dalam keretanya dan kembali menyelusuri jalan raya menuju ke destinasi baru.
___
Atrum Condominium
Haiqal bergerak ke arah lift untuk dan menekan nombor kondonya untuk membersihkan dirinya yang berbau hanyir darah. Selepas dia selesai mandi, Haiqal ke almari pakaian dan memilih sehelai hoodie dan tracksuit dan menukar kepada pakaian tersebut.
Sementara menunggu pukul 10 malam, Haiqal ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Tetapi, apabila Hayqal berada dalam keadaan yang sunyi, dia mula terbayangkan wajah seorang gadis yang sangat cantik yang dia kenali ketika dia berada di tingkatan 4. Namun, selepas peristiwa 5 tahun yang lepas, dia tidak pernah lagi melihat bayangan gadis itu.
'Mine, mine. Aku punya seorang.' Otaknya mengulangai perkataan itu.
Apabila jarum jam menunjukkan pukul 10 lebih malam, dia mengambil kunci kereta, dompet dan telefon pintarnya dan keluar untuk berjumpa rakan-rakannya.
___
Esperance Club
"Ay! Tengok who's here. Our Devil is here!" Haikal Haiyan yang dikelilingi oleh beberapa orang wanita yang memakai dress pendek itu melolong sebaik sahaja terlihat kelibat Hayqal.
"Muka kau cemberut ni dah kenapa? Gaduh dengan awek?" Tanya Farid Marzuq, rakannya sejak sekolah rendah lagi. Hayqal hanya menunjukkan jari tengahnya.
Sebaik sahaja Haiqal duduk di sofa, dua orang wanita yang berpakaian sangat jarang menghampirinya dan duduk di kedua belah Haiqal. Haiqal soerang lelaki yang sangat kacak. Dengan matanya yang berwarna grey, rambut yang berwarna perang gelap serta ketinggian yang mencecah 6'3", berjaya menarik perhatian sesiapa yang memandang. Jadi tidak hairanlah ke mana sahaja Hayqal pergi, dia pasti dikepit oleh wanita yang berbeza. Itu tidak termasuk lagi dengan nilai kekayaan keluarga si Haiqal. Semua wanita pasti akan jatuh ke tangannya jika dia menginginkannya.
"Aku semak la dengan parents aku tu. Tak habis-habis memekak bila aku balik. Sampai telinga aku ni nak naik nanah dengar dorang membebel." Jawab Haiqal sambil sebelah tangannya mencapai segelas minuman di hadapannya.
Melihat rakannya Haikal yang mabuk seperti tidak ingat dunia, Haiqal bertanya kepada Farid, "Apa yang dia ambil sampai jadi macam orang hilang akal?"'Vodka." Mendengar jawapan itu, Hayqal hanya ketawa kerana tahu yang Haikal seorang yang lightweight, tetapi masih memesan minuman yang tinggi kadar alkoholnya.
Haiqal akhirnya bangun daripada tempat duduknya dan menarik kedua orang wanita tersebut ke lantai tarian untuk melepaskan rasa marah yang menyelebungi dirinya. Dalam keadaan yang mabuk, Haiqal terus melupakan rasa marahnya kepada kedua orang tuanya dan mula berasa nikmat dengan suasana sekarang.
___
Haiqal terjaga daripada tidur dengan kepalanya yang berdenyut kerana minum terlalu banyak semalam. Dia melihat ke kirinya, dan terdapat seorang wanita yang tidak berpakaian sedang menggosok matanya tanda baru bangun daripada tidur. Haiqal bangun dari katil dan memakai robenya sambil memeriksa mesej penting di telefon pintarnya.
"Morning sayang." Sapa wanita itu sambil tersenyum. Namun, Haiqal langsung tidak melihat ke arahnya malah mengarahkannya untuk keluar dari rumahnya.
"Aku bagi kau masa 5 minit je, aku nak kau keluar dari rumah aku. Bawak sekali semua barang kau. Lepas 5 minit kau tak keluar jugak, aku lempar kau keluar, tak kisahla kau bogel ke apa." Lalu Haiqal mencapai dompetnya dan dan mengeluarkan beberapa helai keping wang RM100 dan melemparkannya ke arah wanita tersebut. Melihatkan perbuatan Haiqal itu, wanita tersebut menjadi marah dan mula memaki-hamun Haiqal sambil mengutip pakaiannya yang bertaburan di atas lantai.
"You are a jerk, Haiqal Qayyum!"
"And you just a whore. Now, get out of my house before I call the security." Jawab Haiqal sinis.
Wanita tersebut tersebut berlalu keluar dengan keadaan yang marah tetapi dia masih sempat mengutip wang-wang yang dicampakkan oleh Haiqal. Haiqal yang memerhati gelagat itu hanya tersenyum sinis.
"Women are all the same. Trash." Haiqal bersuara sebaik sahaja bayang wanita itu hilang daripada pandangannya.
'Tak. Not our woman.' Jawab hatinya dan Haiqal menggangguk kepalanya tanda bersetuju dengan kata hatinya.
===
vote n comment
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
Romance"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal