Setelah beberapa jam, Adriana tertidur di atas meja kerana terlalu letih sehinggakan terlupa bahawa seseorang masih belum meninggalkan kediamannya. Rayqal yang masih tidak berhenti merenung ke arah Adriana yang tertidur akhirnya bangun dari sofa dan menggendong Adriana masuk ke dalam bilik tidur. Tubuh Adriana diletakkan dengan berhati-hati agar dia tidak terjaga dan Rayqal duduk disisinya dan mengelus pipinya dengan lembut.
"Kenapa la kau ni keras kepala sangat Ian. Susah sangat ke nak ikut cakap aku?" Rayqal mengomel sendiri dengan tangannya setia merayap dan mencuit seluruh wajah Adriana.
***
Tepat jam 6.30 pagi, jam penggera di telefon Adriana pun berbunyi. Adriana terjaga seperti biasa dan setelah rasa mengantuknya hilang, barulah Adriana perasan yang dia terjaga di atas katilnya sendiri dan bukan di ruang tamu. Dia segara memeriksa seluruh tubuhnya untuk memastikan Rayqal tidak melakukan apa-apa terhadapnya. Setelah yakin tiada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, Adriana memulakan rutin hariannya seperti biasa. Adriana berlalu ke ruang tamu untuk mencari susuk tubuh Rayqal, namun tidak kelihatan. Akhirnya dia berputus asa dan merancang jadual pada hari tersebut memandangkan dia cuti pada hari Sabtu dan Ahad.
Jam 10.00 pagi
Adriana bersiap untuk berjumpa dengan rakannya di kafe berhampiran dengan pusat bandar. Sepanjang perjalanan Adriana ke tempat yang dijanjikan dengan rakannya, Adriana dapat merasakan yang seseorang mengikutinya sejak dia turun dari kondominiumnya lagi sehinggalah dia menaiki teksi. Namun begitu, riak wajah Adriana hanya bersahaja seperti dia sudah mengagak bahawa perkara ini akan terjadi. Sampai sahaja Adriana di kafe itu, terdapat seorang wanita yang melambaikan tangannya memberi isyarat kepada Adriana.
"Ad! At last. Dapat jugak I jumpa you. Bila you balik Malaysia?"
" Wendy! Leganya bila I dapat tengok you depan mata I. I baru ja sampai dalam sebulan macam tu. I memang ingat nak jumpa you tapi banyak sangat hal. Thank you so much tau for your help bila I ada dekat NY. I tak tahu macam mana nak balas jasa you." Balas Adriana seraya membalas pelukan Wendy atau nama panjangnya Wendy Liu Chang Zhi.
Adriana mengenali Wendy ketika dia berada di luar negara bersama kakaknya dan berjumpa dengan Wendy secara tidak sengaja ketika Adriana sedang membaca novel melayu di taman berhadapan rumahnya. Wendy yang menegur Adriana terlebih dahulu dan daripada situ tercetusnya bibit-bibit persahabatan antara mereka berdua.
"Oh ya Kak Aisyah macam mana? Dia tak ikut you balik ke?" Tanya Wendy sambil mata memerhati meja di belakang Adriana dan menghantar isyarat mata kepada Adriana.
"Ha ah, Kak Aisyah tak ikut pun. Dia kata susah nak handle business jarak jauh. So, I pun iyakan jela." Balas Adriana sambil menerima isyarat daripada Wendy. Mereka meneruskan perbualan seperti biasa mengenai perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.
1 jam kemudian...
"Ha Ad, you ambil course IT kan? I ada bawa nota-nota past year ingatkan it might be useful for you." Kata Wendy sambil menghulurkan sebuah fail kepada Adriana.
"Eh Wendy, thank you banyak-banyak. Susahkan you je."
"No hal la. Ok la I gerak dulu. If anything, just ring me ok?" Sempat lagi Wendy meninggalkan pesan kepada Adriana lantas bangun untuk memeluk Adriana. Adriana mengangguk dan membalas kembali pelukan Wendy selepas menyimpan fail yang diberikan ke dalam beg sandangnya. Sebaik sahaja kelibat Wendy hilang daripada pandangan mata, Adriana bergerak ke arah kaunter pesanan.
"One large Frappuccino to go please."
Selepas pesanannya siap, Adriana menelusuri tepi jalan smabil menikmati minumannya. Walaupun perbuatan Adriana kelihatan bersahaja, tetapi segala deria Adriana tetap aktif. Adriana sedar akan kehadiran mereka yang sentiasa memerhatikan pergerakannya. Namun, untuk berhadapan dengan Rayqal lagi, Adriana lebih sanggup berdiam diri sahaja daripada cuba untuk mengelak daripada pemantauan mereka.
***
"Bos, Cik Adriana dah selamat sampai rumah." Beritahu seseorang kepada Rayqal yang sedang menaip sesuatu. Rayqal membuka cermin matanya dan mula memfokuskan perhatiannya kepada setiausaha untuk mendengar laporan daripada orang yang diarah untuk mengikuti Adriana.
"Hm. She's with who?"
"Nampaknya Cik Adriana jumpa dengan kawan waktu dia dekat abroad at a cafe. Her name is Wendy. After that, Cik Adriana ke mall beli barang dapur. Lepas siap, she went straight home"
"Hm, good. Run a background check on her friend. Make sure that there's nothing left behind." Arah Rayqal sambil jarinya mengetuk meja.
"Baik bos. Bos ada arahan lagi?" Tanya setiausahanya dengan hormat.
"Not now, Kau boleh keluar sambung buat kerja kau. Make sure tugas yang aku bagi dekat kau siap dalam minggu ni jugak." Balas Rayqal dengan wajahnya kelihatan serius memandang tepat ke arah setiausahanya. Setiausahanya hanya menggangguk dan segera meninggalkan ruang bilik Rayqal.
Rayqal bangun dan bergerak ke arah jendela yang tinggi sambil matanya menjamah pemandangan bandar yang cukup indah. Tetapi, penglihatan Rayqal bukan kepada suasana bandar yang sibuk itu, matanya terarah kepada beberapa bangunan tinggi di hadapan yang tidak jauh dari syarikatnya. Tiada siapa yang tahu akan perkara yang berlegar di dalam kepala Rayqal. Hanya tuan milik badan sahaja yang tahu.
***
"Hm... Let see what we've got in here." Bicara Adriana seorang diri sambil tangannya menyelak setiap helaian dokumen dalam fail yang diberikan oleh Wendy.
Helaian-helaian kertas yang telah dibaca oleh Adriana diletak ke tepi sambil matanya terus membaca helaian-helaian yang lain. Dapat dilihat daripada kertas yang ditinggalkan oleh Adriana, resume milik Rayqal terdampar di muka hadapan sekali.
===
vote n comment
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
Romance"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal