"Shush, shush. Kenapa kau nangis ni sayang? Kau gembira sangat ke jumpa aku lepas 5 tahun? Aw... Comelnya kau ni..." Rayqal masih lagi memeluk Ian erat seakan tidak mahu melepaskannya.
"Kau ni kenapa ah?! Macam mana kau boleh ada dalam rumah aku?!" Jerit Adriana sambil meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, usahanya hanya sia-sia kerana pelukan Rayqal menjadi semakin kuat.
"Hm? Takkanlah aku takde kunci rumah buah hati aku. Semua maklumat kau, aku ada. You name it. Your number? Your class schedules? Semua ada dalam pegetahuan aku. Jadi kalau kau ingat kau boleh lari dari aku, kau memang silap la." Rayqal berkata sambil sebelah tangannya menyeka air mata Ian seakan-akan memujuk Ian untuk berhenti menangis.
"Okay-okay, aku boleh lepaskan kau. Tapi dengan syarat kau takkan cuba lari. Kalau kau lari jugak, kakak kau yang akan terima balasannya. Faham?" Rayqal cuba berunding dengan Adriana melalui cara mengugut kakaknya. Adriana hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil matanya masih deras mengeluarkan air jernih.
Rayqal yang melihat Adriana akur akan arahannya berasa gembira dan lambat-lambat melepaskan pegangannya terhadap Adriana. Lalu, Rayqal memusingkan badannya untuk kembali duduk di sofa. Namun, tidak sampai beberapa saat, Adriana cuba memulas tombol pintu depan rumahnya sekali lagi. Tidak sempat pintu itu dibuka, Rayqal menarik tubuh Adriana dan melemparkannya ke arah sofa.
Kedua-dua belah tangan Adriana dipegang oleh Rayqal dengan hanya sebelah tangan dan dipinkan di sofa. Manakala, sebelah tangannya lagi memegang dagunya dengan kuat dan Adriana yakin akan meninggalkan lebam. Kulit wajah Rayqal yang berwarna putih bertukar menjadi kemerah-merahan kerana rasa marahnya kepada gadis itu sedang meluap.
"Kau ni kenapa ah?! Aku dah cukup baik dengan kau. Kau tak sayang kakak kau dah ke? Teringin sangat nak tengok dia mati ke ah?!" Kata Rayqal tanpa menghiraukan apabila Adriana mengaduh kesakitan.
"Aku tak mintak pun nak hadir dalam hidup kau. Kenapa nak babitkan kakak aku sekali hah? Kenapa kau buat aku macam ni?!" Jerit Adriana sambil meludah ke wajah Rayqal. Sejurus itu, Rayqal merentap tudung yang dipakai oleh Adriana dan melemparkannya ke tepi. Rayqal cuba mencium bibir Adriana, namun Adriana dengan segera memusingkan kepalanya ke tepi dan bibir Rayqal terkena pipi Adriana. Hal ini membuatkan Rayqal lebih marah.
"Mula-mula kau tipu aku, lepastu kau ludah dekat muka aku, and now kau tolak kiss aku? Kau teringin sangat ke virginity kau hilang malam ni?!"
"Kau ni bodoh ke ape? Kau tahu tak benda yang kau buat ni haram?! Takkan aku nak biarkan je!" Jawab Adriana.
"Kau memang mencabar kesabaran aku." Sejurus selepas itu, Rayqal mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon sesorang.
"Apartment 8B No. 611, 129 West 81st Street, New York. Kau bunuh orang yang ada dalam rumah tu. Make it fast"
Apabila Adriana mendengar alamat apartment di mana kakaknya sedang duduki, terus Adriana menjadi panik dan merayu kepada Rayqal agar dia menarik balik arahan yang diberikan kepada orang suruhannya.
"Rayqal, tolongla jangan bunuh kakak aku. Dia je yang aku ada dalam dunia ni sekarang. A-Aku akan ikut semua cakap kau lepas ni. Aku janji. Jadi tolonglah lepaskan kakak aku..." Pinta Adriana sambil menangis teresak-esak. Rayqal yang melihat Adriana dalam keadaan itu mengusap mukanya secara lembut.
"So beautiful...Mine and mine alone...Macam mana aku nak tahu yang kau takkan tipu aku lagi? Hm?" Tanya Rayqal lembut.
Adriana mula berasa takut jika Rayqal tidak mendengar permintaannya. Dia sekali lagi cuba memujuk Rayqal.
"B-Betul. K-Kali ni aku janji takkan ingkar cakap kau. Tolonglah Rayqal... Aku mintak maaf.." Rintih sahaja kedengara suara Adriana. Sebahagian daripada diri menyalahkan dirinya kerana cuba memberontak kata-kata Rayqal kerana dia masih ingat lagi peristiwa 5 tahun yang lepas ketika Rayqal bersikap seperti orang psycho. Adriana tidak dapat membayangkan jika dia tinggal seorang diri dalam dunia ini tanpa kakaknya.
Rayqal merenung raut wajah Adriana yang cantik itu. Hati lelakinya bersorak riang apabila melihat wajah cantik itu basah dengan air mata untuknya. Baginya, Rayqal tidak kisah jika air mata itu air mata kesedihan, kegembiraan atau kemarahan. Asalkan semua emosi itu hanya dapat disaksikan oleh Rayqal sahaja. Tidak ada lelaki lain yang dapat mendekati wanitanya ini.
Selepas menunggu agak lama, Rayqal menghubungi kembali anak buahnya dan mengarahkan orang di sebalik panggilan itu untuk mengundurkan diri. Dan untuk kesekian kalinya, Rayqal mengusap kembali wajah Adriana dengan lembut selepas suara esakan Adriana semakin reda.
Adriana ingin menepis tangan Rayqal yang tidak habis-habis menyentuh wajah dan mengusap kepalanya. Tetapi, dia akhirnya hanya mampu mengeraskan dirinya kerana takut jika kali ini Rayqal akan teruskan misi untuk membunuh kakaknya.
Akhirnya, Rayqal melepaskan pegangan tangannya terhadap Adriana dan bangun daripada menindih badan Adriana.
"Esok pagi kau siap awal, aku ambil kau pergi kelas. Ingat, aku tahu schedule kau. Jangan-jangan cuba nak tipu aku. I rarely give second chance. Faham sayang?" Arah Rayqal. Adriana mengangguk tetapi dagunya ditangkap oleh Rayqal.
"I want your words sweetheart, not your gesture."
"Faham." Balas Adriana perlahan. Rayqal tersenyum dan mengusap rambut Adriana yang mengurai itu dan mengucup dahi Adriana sebelum bergerak ke arah pintu rumah hadapan.
"Don't forget to lock your door sayang. We don't want any bugs coming in, do we?" Seraya itu Rayqal mengeyit mata ke arah Adriana dan ketawa riang sambil menutup pintu. Sebaik sahaja pintu itu ditutup, Adriana kembali mengalirkan air matanya tanpa mengeluarkan suaranya. Dia berasa amat meyesal kerana berpindah ke Victoria Hugh's High School ketika di tingkatan 4. Mungkin ini semua tidak akan terjadi jika dia tidak meminta untuk berpindah ke sekolah itu.
___
Untuk beberapa ketika, Adriana bangun dari tempatnya dan mengunci pintu depan serta memastikan pintunya itu benar-benar terkunci walaupun dia tahu bahawa perkara itu sia-sia kerana Rayqal mempunyai kunci pendua rumahnya. Habis itu, Adriana menuju ke arah bilik air untuk mencuci dirinya yang dianggap telah tercemar dengan sentuhan Rayqal. Adriana bertekad yang dia akan cekalkan dirinya sehingga dia berjaya mencari jalan untuk keluar daripada cengkaman Tengku Rayqal Haziq.
===
vote n comment
![](https://img.wattpad.com/cover/256426339-288-k108854.jpg)
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
عاطفية"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal