Cayden College
Bunyi deruman enjin motosikal yang kuat membuatkan para pelajar yang berada di tempat parkir menoleh kepala ke arah bunyi itu. Seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi menjadi perhatian. Apabila lelaki itu selesai memakir motosikal Kawasaki Ninja ZX-10 RR-nya yang berwarna hitam, dia membuka helmet muka penuhnya dan menggalas beg sandang ke bahu serta mengusung helmetnya sekali ke kelasnya pada pagi itu.
Sepanjang perjalannya ke kelas, dia ditegur oleh setiap pelajar yang terserempak dengannya. Seorang gadis cantik yang memakai crop top dan seluar pendek berjalan dengan penuh lenggok ke arah lelaki itu. Tangannya naik menyentuh dada Haiqal yang dilitupi oleh jaket kulit.
"Hai Haiqal. Harini pun you handsome. Malam ni you free tak? Kalau yes, I ada present untuk you." Tegur wanita yang berambut perang itu. Haiqal cuba mengingati nama perempuan yang pernah ditidurinya itu. Tetapi, seakan hilang ingatan, segala nama perempuan yang pernah terjebak dengannya hilang daripada kepala kecuali satu nama. Berbekalkan rasa keyakinan, Haiqal menjawab kembali pertanyaan gadis itu tadi sambil memeluk pinggang ramping gadis itu.
"Hm? Malam ni? I tak confirm la baby. Tapi kalau I ada buat apa-apa perubahan dekat jadual I, I'll make sure to contact you." Balas Haiqal sambil tangannya segera melepaskan pinggang ramping itu dan segera melarikan dirinya ke arah rakan-rakannya yang berkumpul di sebelah tandas lelaki.
"Haiqal you tak ambil lagi pun nombor I." Jerit gadis itu. Namun, Haiqal tetap meneruskan langkahnya dan berlakon seperti dia tidak mendengar jeritan tersebut. Rakan gadis tersebut yang sedar bahawa Haiqal ingin segera lari daripada rakan mereka itu hanya mampu ketawa mengekek ke arah gadis berambut perang itu. Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai tanda marah dengan perbuatan Haiqal di hadapan rakannya. Lalu dia dan rakan-rakannya segera beredar dari situ kerana malu dipandang oleh pelajar lain.
"Korang tengok ape ah?! Takde benda lain ke nak usyar?" Sempat lagi gadis itu memarahi pelajar di sekelilingnya. Pelajar lain berbisik antara satu sama lain selepas memerhatikan perangai gadis yang tidak semenggah itu selepas dimalukan oleh 'raja' di kampus itu.
___
Sekumpulan pelajar lelaki yang berada berhampiran tandas lelaki itu ketawa terbahak-bahak melihat Haiqal yang berjalan dengan cepat seperti punggungnya terbakar menuju ke arah mereka sehingga beberapa orang daripada mereka mengelap air mata kerana terlalu banyak ketawa. Haiqal hanya menggulingkan matanya melihat keadaan rakan-rakannya.
"Dah habis? Benda ni memang selalu jadi dekat aku. Korang? Babi pun tak nak dekat korang. Muka macam shit." Kutuk Haiqal apabila rakan-rakannya masih tidak puas ketawa.
"Amboi, lawak kasar nampak. Aku tak kisah pun kalau perempuan kat sini tak nak dekat aku. Asalkan kau dapat terima aku sudah cukup buat aku."Haikal membalas sambil mendepakan kedua tangannya seperti ingin memeluk Hayqal. Hayqal segera mengelak daripada Haikal dan mengangkat jari tengahnya.
"Sudah-sudah. Haiqal, kau tengok tak group chat basketball?" Tanya Izdiyad Fikri, salah seorang wakil pemain bola keranjang kolej mereka.
"Tak pun. Aku rushing tadi sebab tidur lewat semalam. Why? Kita lawan dengan which team?" Tanya Haiqal sambil membuat headlock kepada Haikal kerana cuba untuk memeluknya sekali lagi.
"PennB City."
Mendengar nama itu, Haiqal melepaskan pegangannya terhadap Haikal dan pandangannya bertukar mendung mengingatkan musuhnya yang turut bermain sukan ini. Haiqal tersenyum sinis mengingatkan wajah musuhnya dan mula bergerak ke arah kelasnya.
"Okay la, aku gerak lu. Apa-apa rojer."
'Well. This is gonna be fun.'
===
vote n comment
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
Romance"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal