Bab 4 - Rayqal

173 6 0
                                        

"Rayqal.. Oo...Rayqal. Kau ni dah kenapa? Daripada tadi duk tenung something." Tegur Hail sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Rayqal. Namun ditepis oleh Rayqal kerana menghalang pandangannya. Mata Rayqal jarang berkedip kerana fokus akan sesuatu di garis penglihatannya.

"Ha ahla Rayqal. Tak pernah-pernah kau nak duduk lama dekat kafeteria ni sebab rimas, ni tiba-tiba nak pulak kau duduk lebih dari 10 minit. Tak takut ke kalau kena baham dengan budak-budak dekat sini. Walaupun aku jauh lebih handsome dari kau." Balas Zack sambil ketawa terkekek-kekek. Hail membuat isyarat ingin muntah mendengar pernyataan Zack, manakala Shah hanya mengendahkan karenah mereka berdua dan meneruskan makan.

Walaupun mereka sudah meninggalkan zaman persekolahan, Rayqal dan rakan-rakannya masih dikenali sebagai DragonX iaitu nama kumpulan mafia milik Rayqal. Rayqal juga masih mempunyai aura golden boy dari zaman sekolahnya, tetapi hanya dipamerkan di kalangan para pengajar dan staf. Sikapnya yang dingin tidak asing lagi dalam kalangan para pelajar. Walaupun begitu, masih banyak wanita yang berani mendekati Rayqal, namun tidak dilayan.

Tidak dinafikan Rayqal dan rakan-rakannya merupakan antara jejaka yang paling terkenal di Pennbrook College. Terutama lagi si Rayqal. TengkuRayqal Haziq, seorang yang merupakan anak kelahiran kacuk Dutch dan Cina, mempunyai penampilandan facial structure yang menyerupai seorang model, bermata biru laut dan rambutnya yang hitam pekat berjaya menarik perhatian setiap wanita yang menemuinya. Populariti mereka tidak kalah juga dalam kalangan para pelajar lelaki dan staf lelaki yang lain. Terdapat juga golongan yang sangat anti dengan Rayqal dan rakan-rakannya. Namun, mereka semua tidak berani bersuara di hadapan sekumpulan jejaka itu kerana tahu bahawa keluarga masing-masing amat berpengaruh besar di kolej itu.

Rayqal seperti berada di alam lain kerana dia langsung tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh rakan-rakannya kerana matanya hanya tertumpu kepada sosok seseorang. Dia melihat gadis itu melarikan pandangannya ke seluruh kafeteria dengan panik. Rayqal hanya tersenyum kecil melihat karenah gadis itu yang seperti sedar akan tenungannya itu. Gadis tersebut ialah Adriana dan pada hari ini dia memakai baju kurung bewarna lavender dan berhijab yang sama warna.

'Aku tak sangka yang penampilan kau dah berubah seratus peratus macam ni... Makin cantik je aku tengok.'

Mengingatkan perkara itu, muka Rayqal bertukar dingin mengingkatkan mata-mata lelaki lain yang sentiasa setia pada gadis itu. Hail dan Zack yang sedar akan pelbagai ekspresi wajah Rayqal hanya mampu menjongketkan kening kepada satu sama lain kerana mereka tidak berani untuk mengganggu fikiran rakan mereka yang seorang itu.

Hati lelakinya semakin berjelonjak menyuruhnya untuk mendekati Adriana. Namun, Rayqal tahankan juga keinginan hatinya dan terus memandangnya sehingga Adriana hilang daripada pandangannya.

Tepukan di belakangnya menyedarkan Rayqal ke alam nyata. Dia dapat melihat Shah yang menepuk belakangnya dan membuat isyarat untuk mereka bergerak ke kelas seterusnya.

"Korang pergi la dulu, aku ada tempat yang aku nak pergi. Nanti korang cakap jela apa-apa dekat Prof. Asalkan, alasan yang masuk akal. Kalau benda ni sampai ke telinga parents aku, korang siap." Rayqal memberi arahan dan dalam pada masa yang sama dia turut memberi amaran kepada mereka.

___

Sebuah kereta sleek bewarna hitam dapat dilihat memasuki kawasan perkarangan sebuah kondominium. Pengawal keselamatan yang menjaga kawasan masuk ke kondominuim itu hanya mampu membenarkan kereta tersebut untuk terus menyelusuri hingga ke dalam bangunan ke tempat parkir kereta. Siapa sahaja yang tidak kenal Tengku Rayqal Haziq Tengku Iskandar Syah. Ketua kumpulan mafia DragonX yang agak terkenal di Malaysia.

Rayqal mencari parkir yang paling dekat dengan lift dan segera memakirkan keretanya di situ tanpa menghiraukan jika tempat itu ialah tempat reserved. Selepas menyemak semula nombor unit kondo yang betul di telefon pintarnya, Rayqal bergerak ke arah lif dan menekan butang ke tingkat yang ingin dituju olehnya. Sesampainya dia di tingkat tersebut, dia mula mencari nombor unit kediaman yang betul dan membuka pintunya menggunakan kunci pendua yang terlebih dahulu berada di tangannya.

Sebaik sahaja Rayqal menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut, bau lavender dan ros menyapa hidungnya. Rayqal menuju ke arah kabinet dan membelek bingkai gambar yang mempamerkan gambar seorang gadis berambut panjang yang berpakaian hoodie dan tracksuit. Senyuman gadis itu sangat manis di dalam gambar tersebut. Jarinya tidak berhenti mengusap wajah di sebalik bingkai.

Selepas meneliti gambar-gambar yang berada di atas kabinet itu, Rayqal bergerak pula ke arah pintu bilik yang mempunyai papan kecil yang tergantung. Walaupun penghuninya tiada saat itu, namun Rayqal dapat membayangkan sosok seseorang yang sedang tidur dengan wajahnya yang terlihat tenang. Keinginan Rayqal semakin sukar dikawal membuatkan dia segera meninggalkan bilik tidur tersebut dan duduk di sofa sambil berhubung dengan anak buahnya untuk memastikan orang yang ditunggunya telah bergerak pulang ke rumah.

Selepas 1 jam

Kedengaran pintu yang dibuka membuatkan Rayqal membuka matanya dan tersenyum ke arah seseorang yang berdiri di hadapannya dengan wajah yang pucat. Namun, belum sempat Rayqal membuka mulutnya, gadis itu segara berlari ke arah pintu hadapan semula. Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, tubuhnya ditarik secara kasar ke dalam dakapan Rayqal dan pintu itu dikunci kembali oleh Rayqal. Rayqal memeluknya erat walaupun gadis itu semakin kuat meronta minta untuk dilepaskan. Rayqal tidak mengendahkan raungan gadis itu dan mula menghidu kawasan leher wanita itu di sebalik tudung untuk melepaskan keinginan dalam hatinya.

"Hai sayang...Dah lama kita tak jumpa kan? Aku rindu sangat dekat kau. Kau pun rindukan aku kan?" Namun hanya tangisan gadis itu yang menyambut persoalannya.

===

vote n comment

Per Sempre (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang