Bab 2 - Rayqal

168 7 3
                                    

TZ Holding

"... setakat ini sahaje presentation kami, terima kasih."

Tanpa mendengar respons daripada staf-staf yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Rayqal terus menjejak kaki keluar menuju terus ke biliknya. Selepas beberapa minit, Rayqal mendengar ketukan di pintu biliknya lalu mengarahkan orang di sebaliknya untuk masuk ke dalam bilik. Staf yang dipanggil sebagai Aamir memaklumkan bahawa Tengku Iskandar Syah memanggilnya ke dalam bilik CEO. Rayqal hanya mengangguk dan melepaskan stafnya untuk kembali ke tempatnya. Dengan hati yang malas, Rayqal ikuti juga arahan yang disampaikan oleh CEO syarikat tersebut.

Sebaik sampai ke depan pintu bilik, Rayqal mengetuk pintu dan menunggu sehingga dipanggil masuk. Sebaik menutup pintu bilik tersebut, Tengku Iskandar Syah mula bersuara lantang kerana sikap anak lelakinya yang dingin dan tidak menghiraukan staf-staf mereka. 

"Rayqal, kamu ni dah kenapa? Kan ayah dah cakap banyak kali! Tunjuk perangai elok sikit dekat tempat kerja, bukannya sombong dengan staf-staf di sini. Kamu ingat disebabkan kamu waris company ni kamu tak perlula tunjuk hormat dekat orang lain? Kita sebagai orang atasan kena sentiasa merendah diri biar semua staf hormat kita sebagai seorang ketua. Bukannya as a thug. Ni kamu baru datang untuk latihan, kalau ayah dah bagi position ni dekat kamu, tak tahulah apa tanggapan semua orang dekat company ni." 

Rayqal hanya membiarkan saja ayahnya melepaskan marahnya tanpa mencelah, tidak ingin kemarahan ayahnya membara. Namun begitu, Rayqal tetap juga merengus tanda tidak bersetuju dengan percakapan ayahnya tentang sikapnya. Bagi Rayqal, hormat itu perkara yang subjektif dan harus diperoleh dan bukannya diberi secara membuta-tuli. Oleh itu, Rayqal cukup tegas akan staf-stafnya dan hanya akan mendengar segala percakapan mereka sekiranya isi percakapan mereka sesuatu yang logik dan tidak membuang masanya.

Selepas Rayqal dibenarkan bersurai oleh ayahnya, Rayqal kembali ke pejabatnya untuk mengambil kunci kereta dan telefon bimbitnya dan Audi R8 berwarna hitam mula menyusuri sepanjang jalan raya tanpa mengira trafik menuju ke sebuah kafe.

___

Setibanya di Kafe H Holic, dapat dilihat tiga orang jejaka sedang duduk di sebuah meja di penjuru kedai. Tetapi, dapat dilihat mata setiap pengunjung wanita memfokuskan ke arah meja tersebut. Namun, setiap daripada mereka tidak menghiraukan mata-mata yang berkeliaran ke arah mereka. 

Selepas beberapa detik, terdapat seorang jejaka yang berpakaian sut kemas menjejakkan kaki ke dalam kafe tersebut. Mukanya yang kelihatan serius namun tetap kacak dipandang oleh pelanggan-pelanggan kafe itu tanpa menyembunyikan pandangan mereka. Rayqal tidak menghiraukan pandangan tersebut dan matanya yang berwarna biru laut tajam memandang ke arah sebuah meja yang menempati tiga jejaka yang awalnya. Daripada tiga sekawan itu, seorang dapat dilihat berdiri dan menyapa Rayqal yang baru sahaja sampai. 

"Eh kau ni Rayqal, aku ingatkan kau dah lupa kita orang dekat sini. Yela, bakal CEO katakan." Lawak Zack atau nama penuhnya Zachary Aathif. Tawa Zack hanya dibalas oleh Hail Lutfan atau Hail, rakan yang dikenali sejak tahun pertama di kolej sehinggalah sekarang ke tahun akhir mereka tahun ini. Shaher Wafiy hanya memandang gelagat mereka berdua dan mengangguk ke arah Rayqal sebagai tanda sapaan dan Rayqal membalas kembali. Lalu, menjeling ke arah Zack. Selepas melihat jelingan Rayqal, Zack dan Hail terdiam dan terus pandang ke arah lain. 

" Aku datang sini bukan nak dengar lawak bodoh kau. Aku dah cukup panas kena dengan orang tua tu dekat pejabat, kau nak bagi aku lagi panas ke apa." Kata Rayqal dengan suaranya yang deep sebagai tanda amaran kepada rakannya untuk tidak membuatnya naik angin.

"Okay-okay. Sorry-sorry. Itupun nak marah. Kita orang lawak je." Jawab Hail sambil membuat muka kasihan ke arah Rayqal. Namun, Rayqal hanya buat tidak endah akan alasan mereka dan terus straight to the point to the topic that was discussed by them before. 

"Aku dengar dia dah balik sini?" Tanya Rayqal sambil memandang ke arah Shah yang sentiasa menyampaikan segala informasi kepadanya.

"Ha ah, baru tadi orang kita bagitahu yang dia baru sampai dekat KLIA. Tapi,  kakak dengan maid dia tak ada sekali." Beritahu Shah sambil melihat wajah Rayqal secara teliti untuk melihat reaksinya. Raut wajah Rayqal berubah mendengar tentang berita orang tersebut. 

"Dia? Maksud kau budak Ian tu? Budak yang buat Rayqal macam nak gila ni?" Hail sempat mengutuk Rayqal sambil melirik ke arahnya. Tetapi, Rayqal hanya memandang ke arah Shah dan mendiamkan diri. Melihat keadaan Rayqal yang diam, Zack mengangguk untuk mengiakan persoalan Hail. 

"Sekarang kau nak buat apa? Kau nak terus jumpa dia ke apa?" Tanya Zack. 

"Tak, sebab aku tahu lama-kelamaan kami akan berjumpa jugak. Sekarang aku nak bagi dia freedom dulu." Komen Rayqal pendek. Melihat Rayqal tidak mahu membuka mulut lagi, Zack menukar topik tentang semester-break mereka yang akan berakhir minggu ini dan perancangan mereka untuk minggu semester baharu atau second last semester mereka.

___

Sesampainya Rayqal di penthousenya, Rayqal duduk bersandar di sofanya dan jarinya bergerak ke arah galeri untuk membuka sebuah fail yang dipenuhi dengan gambar seorang gadis yang bertudung litup. Jarinya mula beralih ke segenap wajah di sebalik telefon pintar tersebut. Rayqal merenung lama wajah tersebut dan akhirnya gambar itu dicium dengan penuh rasa asyik. 

"Tak lama je lagi sayang. Sabar Rayqal, sabar." gumam Rayqal sambil bergerak ke arah bilik tidurnya.

===

vote n comment

Per Sempre (BOOK 2)Where stories live. Discover now