5 Tahun Kemudian
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
"Ya kak, Ian dah ada dekat airport, nanti Ian carila teksi ke grab ke balik rumah."
"Kamu kena ingat Ian, duduk sana diam-diam, jangan buat hal. Jaga diri awak baik-baik. Akak tak nak kejadian dulu jadi lagi."
"Ya kak ya, Ian akan jaga diri Ian. Akak ni janganla risau sangat, orang balik pun akak yang suruh."
"Haih pandai je kamu menjawab, nanti bila kerja akak dekat sini dah siap akak balik sana. Maybe next month ke."
"Yelah. Hati-hati kak. Ni Ian nak cari teksi, nanti lambat pulak sampai rumah."
"Ha yelah baik-baik kamu dekat sana. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam".
Adriana mematikan panggilan telefon dengan kakaknya, Aisyah apabila hari mula semakin gelap. Ketiadaan kakaknya yang seorang itu sedikit sebanyak membuat dirinya merasa sunyi apabila pulang ke tanah air yang telah 5 tahun ditinggalkan.
'Harap-harapla tak ada apa yang terjadi sepanjang aku ada dekat sini. Amin.'
Hati Adriana bersuara dengan harapan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya dan kakaknya yang berada di sana. Sejurus itu dia terus mengusung bagasinya ke luar dari lapangan terbang untuk mencari teksi.
___
Selepas beberapa minit Adriana berkeliaran mencari teksi, dia melihat seorang pak cik yang sedang menuju ke tempat duduk pemandu sebuah teksi.
"Pak cik, saya nak tanya, pak cik lalu tak area Sentul? Sebab saya nak balik ke kondominium Oskar."
"Kondo Oskar? Haa nasib kamu memang baik sebab pak cik alang-alang memang nak ke sana."
"Eh ye ke pak cik? Kalau macam tu memang nasib saya baik la kan." Kata Adriana sambil ketawa kecil dengan kebetulan itu.
Lalu, pak cik tersebut menolong Adriana mengangkat bagasi-bagasinya ke dalam bonet teksi. Sepanjang perjalanan Adriana merasa geli hati dengan gelagat pak cik yang memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Hamid. Pak cik Hamid dengan bersemangat dan ceria menceritakan bahawa anaknya juga turut menetap di kondo Oskar bersama suaminya dan anak kecilnya yang berusia 4 tahun genap bulan lepas. Adriana dapat tahu melalui intonasi dan riak wajah pak cik Hamid yang dia amat sayangkan keluarga anaknya itu.
"Ni kamu dari mana? Pak cik tak pernah nampak pun sepanjang pak cik ke kondo tu." Tanya pak cik Hamid sambil mengerling ke arah cermin pandang belakang untuk melihat reaksi Adriana.
"Ouh saya baru balik dari Amerika. Balik sini sebab kakak saya nak saya habiskan degree saya dekat sini." Jawab Adriana sambil tersenyum.
"Macam tu. Ni kamu balik rumah keluarga kamu ke? Mana tahu, pak cik pernah terserempak ke dekat sana."
"Eh tak pak cik, saya duduk dengan kakak saya je. Parents saya dah lama takde."
"Maaflah pak cik tanya soalan yang macam tu. Tak fikir perasaan kamu." Pak cik Hamid bersuara sejurus melihat air muka Adriana sedikit kelam. Mendengar saja percakapan pak cik Hamid, Adriana tersenyum kembali.
"Buat apa pak cik minta maaf, bukannya salah pak cik." Jawab Adriana cuba untuk membuang rasa bersalah pak cik Hamid.
Perjalanan hingga ke kondominium Oskar diteruskan tanpa soalan tentang keluarga Adriana diulas lagi. Sebaik tiba di tempat parkir kereta, pak cik Hamid menolong mengeluarkan barang-barang Adriana. Pak cik Hamid ingin menolong Adriana mengangkat barangnya, tetapi Adriana menghalang perbuatan pak cik Hamid kerana usianya yang semakin meningkat. Selepas Adriana mengucapkan terima kasih kepada pak cik Hamid, Adriana mula berulang-alik dari lif tingkat bawah hingga ke unit rumahnya di tingkat 6.
___
Adriana mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyusun barang-barang kepunyaannya di bilik tidurnya. Adriana terus ke bilik air untuk mandi kerana badannya terasa melekit kerana berpeluh selepas mengangkat barang-barangnya. Usai mandi, Adriana berbaring di atas katil sambil membaca perbualan Aisyah yang bertanya tentang kediaman yang didiami olehnya. Selepas memastikan Aisyah tidak berasa gelisah, Adriana hanya membiarkan keletihan untuk menguasai dirinya dan Adriana tertidur tanpa berfikir apa pun dengan hanya harapan hari-harinya di sini sehinggalah graduation tidak mengalami apa-apa rintangan.
===
vote n comment
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
Romance"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal