CHAPTER 49

123 8 0
                                    

hi? after 2 freaking years hehehe sorry lambattttt!!!!
saya ubah the chapter cuz i just realized that byk benda lagi belum explain. Mungkin after 1 or 2 more chapter barulah tamat.


DIIRINGI rasa puas yang terpancar jelas di wajahnya Exandra kembali ke istana Savanna Kingdom, istana yang sebentar lagi akan menjadi miliknya.
Melihat Arya yang tergeletak tak berdaya tadi dengan darah mengalir deras dari luka tikaman diperutnya
membuatkan Exandra yakin jalan menuju takhta kerajaan Savanna terbuka lebar dihadapannya.
  
Namun dibalik rasa puas yang mendalam, Exandra juga merasakan sensasi ketegangan. Dia sedar bahawa masih ada banyak rintangan yang harus dilewati sebelum dia benar-benar dapat menguasai Savanna. Para prajurit setia Arya masih berjaga, siap untuk melindungi
sang puteri dan negara tercinta. Tapi itu bukan ketakutan terbesar Exandra. Sebelum ini ketakutannya apabila Arya menyeru naga guardian lagendanya untuk menentangnya tetapi dia sudah mempunyai cara untuk mengalahkan naga tersebut. Dia akan membangkitkan creature yang paling berbahaya dan digeruni oleh semua. Creature yang akan membantunya untuk menguasai Savanna, lernaean hydra the evil creature. Exandra tertawa puas, dendamnya akan terbalas! dendam yang telah dipendam selama beratus tahun. Dia akan membuatkan Savanna merana dan menderita, dia bersumpah akan membunuh keturunan diraja Savanna. Itu janjinya pada dirinya sendiri dan  dia yakin tunaikan janji tersebut dalam waktu terdekat.

MALAM menjelang dan Exandra si ahli sihir memilih untuk berundur seketika, mungkin masih berasa puas atas kecederaan Arya.

Suasana mencekam menyelimuti Knight Academy. Istana Savanna Kingdom telah dikuasai oleh Exandra dan para demons prajuritnya dan sekarang para kesatria muda knight academy dan sebahagian besar tentera Savanna Kingdom bersembunyi di dalam benteng akademi, bertekad untuk mempertahankan kerajaan mereka dari serangan musuh.

Arya membuka matanya perlahan, kelopak matanya terasa berat. Rasa sakit yang menusuk di seluruh tubuhnya membuatnya meringis. Dia mencuba untuk bangun tetapi rasa sakit itu membuatnya kembali terbaring di tempat tidur. Nampaknya tubuhnya masih belum pulih sepenuhnya. Kuasa penyembuhan sendiri yang diperolehinya perlahan-lahan menghilangkan rasa sakit yang menusuk. Proses menyembuh agak lambat mungkin kerana lukanya cukup dalam dan tenaganya yang lemah membuatkan proses itu melambat.

"Tuanku berehatlah," kata seorang healer yang bertugas dengan suara yang lembut. "Tuanku perlukan masa untuk pulih."

Arya menggelengkan kepalanya "Savanna kingdom dalam bahaya," bisiknya. "Kita harus melakukan sesuatu."

Healer tersebut menundukkan kepalanya. " Kami tahu Tuanku tapi apa yang boleh kita lakukan? musuh terlalu kuat."

"Kamu menyerah? kita belum kalah. Jangan terlalu awal menyerah."

"Tapi tentera kita semakin banyak yang tewas. Healer yang ada juga tidak cukup untuk menyembuhkan semua orang."

" Saya akan pikirkan cara untuk mengalahkan musuh." balas Arya tegas. " Selagi kita belum menang, tolong jangan menyerah terlalu awal."

Healer itu tersenyum, terharu dengan kata-kata Arya. Tidak sangka di usia yang muda, bakal pemimpin baharu itu bijak dalam berkata-kata dan sangat bersemangat.  Kata-kata Arya membuatkan dia kembali bersemangat.

"Dimana Aryna dan Aryan?" soal Arya apabila melihat healer tersebut hanya diam.

"Tuanku Aryna dan Aryan baru sahaja keluar. Saya tidak tahu mereka hendak ke mana."

Arya bingkas bangun. Rasa sakit yang masih terasa tidak dipedulikan. Dia harus mencari adik-adiknya sebelum mereka masuk ke perangkap Exandra sekali lagi. Dia sudah lali dengan perangai adik-adiknya jadi dia yakin mereka akan berdepan dengan Exandra untuk meminta penjelasan.

ARYA : THE PRINCESS Where stories live. Discover now