CHAPTER 50

99 4 0
                                    

ELVIND dan permaisuri Edica berjalan dengan berhati-hati. Mengikut perkiraanya mereka akan tiba ke sempadan Morland sebentar lagi, kerajaan yang paling dekat untuk mereka datangi. Sekarang sudah hampir tengah malam, mereka sudah berjalan berjam-jam. Mereka tidak membuka pintu portal kerana takut kuasa itu dikesan oleh demons jadi mereka hanya berkaki ayam sahaja. Dengan keadaan permaisuri Edica yang lemah , Elvind terpaksa mendukungnya di belakang menyebabkan perjalanan mereka semakin lambat. Angin malam yang sejuk menggigit kulit mereka yang hanya memakai pakaian nipis namun mereka tetap berjuang untuk terus bergerak. Tidak mahu bertangguh lagi untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka, lebih-lebih lagi Elvind yang sudah hampir lebih sepuluh tahun tidak bertemu keluarganya.

" Are you okay, Your majesty? " tanya Elvind setelah sudah agak lama mereka berdiam diri.

" I am, thanks for asking my son." jawab ratu Edica perlahan hampir tidak didengari oleh Elvind. "How about you? kita boleh berhenti sebentar jika kamu penat." sambungnya lagi.

" No we can't, kita harus tetap bergerak Your majesty, mungkin musuh masih mengejar kita."

" Maafkan beta kerana telah menyusahkan kamu dan buatkan perjalanan kita semakin lambat." ucap sang ratu merasa bersalah atas keadaannya.

Elvind menggeleng tidak setuju. "Jangan berkata seperti itu tuanku, ianya sudah menjadi tanggungjawab patik untuk menjaga tuanku."

Sejujurnya Elvind sangat penat tetapi dia tidak akan mahu untuk berehat biarpun hanya sebentar. Mungkin demons suruhan Exandra sudah menyedari kehilangan mereka dan sedang mengekori langkah mereka sekarang, jadi dia tidak boleh mengambil risiko untuk hentikan perjalanan. Jika demons yang datang hanya seberapa dia mampu mengalahkannya tapi jika yang datang sejumlah, agak sukar untuk mengalahkannya. Tenaganya juga sudah mengurang setelah perjalanan yang jauh. Oleh itu, dia akan meneruskan perjalanan mereka sehingga mereka sampai di sempadan Morland.

DEMONS telah mencerobohi tembok sempadan Morland. Arya dan Elvand bekerjasama membunuh demons yang cuba menyerang mereka. Setiap kali demons menyerang mereka, kepala demons tersebut di penggal serta merta tidak diberi ampun sama sekali. Charles dan Braxlen yang sentiasa murah dengan senyuman kini terlihat sangat serius. Mata mereka berubah tajam seperti bukan diri mereka yang sebenar. Aryan, tanpa belas menikam jantung demons berkali-kali menunjukkan sisi kejamnya. Dalam masa yang sama, Sheren, Esha dan Star sedang sibuk menghalang demons yang berjaya naik ke atas tembok Morland.

Bantuan yang mereka minta tadi diketuai sendiri oleh Raja kerajaan Morland, Raja Eldric. Sebagai Raja yang memerintah negara tersebut dia merasa bertanggungjawab untuk melindungi negaranya. Sekurang-kurangnya jika dia tewas di medan perang, dia sudahpun berjuang sehabis mungkin untuk negaranya.

Peperangan yang awalnya kecil semakin lama semakin serius. Demons tidak putus-putus menyerbu dan menyerang tembok sempadan. sebahagian daripada demons itu sudah berjaya naik ke atas tembok. Tentera Morland semakin ramai yang sudah tewas melawan demons.

" Tuanku, bilangan demons semakin ramai! Tentera kita juga sudah semakin berkurang! " jerit general Draven kepada rajanya. Tangannya tidak henti membunuh dan memenggal kepala demons dengan pedangnya.

" Kita akan kalah dengan bilangan tentera kita yang tinggal sedikit! " sahut Elvand pula. Dia sudah membuang pedangnya dan hanya membakar terus demons yang berani menghampirinya menggunakan kuasanya.

" Kita tidak boleh biarkan mereka melepasi sempadan ini! " kata Raja Eldric dengan tegas. Dia tidak ingin untuk menyerah dan membiarkan negeranya ditawan pihak musuh.

" Kita harus berundur, your majesty." sambung general Draven lagi.

" Tidak! jika kamu mahu, kamu pergilah. Beta akan tinggal dan pertahakan negera beta!"

ARYA : THE PRINCESS Where stories live. Discover now