ARYA yang tidak mahu terus dilanda kesedihan datang bersama Sheren memberi bantuan kepada Highland. Manakala Elvand, Esha dan Aryan membantu di Terraland. Aryna ditinggalkan untuk merawat bonda mereka dan menjaga kubu pertahanan mereka bersama Star dan Elvind. Tenaga Elvind masih kurang jadi dia tidak dibenarkan untuk membantu peperangan di dua negara ini.
Keadaan yang menyambut kedatangan Arya dan Sheren mengejutkan mereka. Beribu demons sudahpun berjaya masuk ke Terraland melalui tembok sempadan. Walaupun berpuluh anak panah sudah menembusi badan demons, mereka masih gagah untuk menyerang. Banyak tentera Highland sudah gugur, membuatkan tempat itu dipenuhi oleh mayat mereka. Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Arya menghasilkan pedang api untuk bertarung bersama. Sheren juga tidak tinggal diam, pedangnya sudah disaluti dengan racun yang mematikan. Sesiapa sahaja yang terkena akan mati dengan serta merta.
" You are late Sheren." kata seseorang yang membuatkan Sheren menoleh. Charles menghayunkan pedangnya dengan cekap. Bajunya sudah basah oleh peluh menandakan dia tidak berhenti bertarung dari tadi. Dia berdiri membelakangi Sheren untuk menjaga bahagian belakangnya.
" Better late than never, playboy." balas Sheren tersenyum senget.
Menjelang tengah malam, tentera mereka sudah semakin ramai yang rebah. Bilangan tentera yang terkorban melebihi tentera yang selamat. Keadaan di Highland semakin genting, sudah tidak ada cara lain selain berundur ke kubu pertahanan utama mereka.
Raja Highland kingdom, Raja Cairos terpaksa menitahkan untuk mereka berundur. Lagipula tidak ada gunanya untuk bertahan disitu kerana tempat itu sudah didominasi oleh demons.
DALAM masa yang sama di Terraland, keadaan sudah memihak kepada pihak musuh. Meskipun bilangan tentera mereka sangat sedikit, semangat juang mereka tidak luntur dengan tekad mereka akan berjuang sehingga nafas mereka yang terakhir.
Meskipun tembok mereka sudah diperkukuhkan menggunakan kuasa tanah, tetap sahaja demons berjaya merobohkan tembok tersebut. Berpusu-pusu demons masuk melepasi tembok, menghancurkan setiap apapun yang berada disekitar mereka.Raja Bradden yang sedar bahawa keadaan semakin buruk, mengarahkan tenteranya untuk berundur ke headquarters. Dia berharap disana mereka dapat berkumpul kembali dengan semua raja-raja kerajaan lain dan merancang serangan balas yang lebih strategik.
Di tengah huru hara di Terraland, Aryan bersama Elvand dan Esha yang baru sahaja ingin membuka portal ke headquarters, tiba-tiba merasakan getaran telepati dari kekandanya, Arya. Suara Arya bergema dalam fikirannya, penuh dengan keprihatinan dan ketegangan.
"Aryan, Aqualand is under attack right now. All our kingdoms are being attacked simultaneously. We need your help here, we won't last long without reinforcements."
Aryan terkejut "Change of plans! Aqualand is also under attack. They need our help immediately."
" Let's move now!" balas Elvand, dengan serta merta membuka portal untuk mereka ke Aqualand, satu-satunya kerajaan yang selamat tapi kini sudah juga diserang musuh. Hancurnya Aqualand, hanya akademi sahaja akan menjadi kubu pertahanan mereka.
Mereka yang baru sahaja tiba di Aqualand segere menyertai peperangan yang sedang berlangsung. Tentera Aqualand yang dipimpin oleh Raja mereka, Raja Aeloris dan jeneral mereka yang berani, berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air mereka.
Raja Aeloris dari atas kudanya bertitah lantang " Kita tidak akan membiarkan Aqualand jatuh! Perkuatkan pertahanan depan!."
Pertempuran berlangsung dengan sengit. Tentera Aqualand berjuang tanpa henti.
"Kita perlukan strategi baru! Demons datang dari semua arah!" jerit Sheren apabila demons tidak henti-henti bertambah bilangannya.
" Tidak ada strategi baru! penggal sahaja kepala mereka semua!" balas Aryan. Dengan pedang ditangannya, dia berusaha mengawal kemarahan yang membara di dalam dirinya. Setiap serangan demons membakar semangatnya untuk membalas. " They will pay for this." gumamnya perlahan. " aku bersumpah Savanna akan dibebaskan."
YOU ARE READING
ARYA : THE PRINCESS
Fantasy🏅Winner -Yokina Hoshi Award - The Best Fantasy🏅 She is the naughty one. She is the happiest one. She is the lucky one. She is the princess. She is the chosen one. She is the one. She is Arya Scarlet. _____________________________________ On going...